BONGKAR Kalau cinta sudah dibuang Jangan harap keadilan akan datang Kesedihan hanya tontonan..

Jumaat, 22 Mei 2009

Keputusan Tiga Hakim Mahkamah Rayuan dianggap luar biasa

Tiga hakim Mahkamah Rayuan hanya mengambil lima minit untuk mengumumkan  Zambry Kadir dari UMNO adalah Menteri Besar Perak yang sah, dan bukannya Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

Lebih mengejutkan ketiga-tiga hakim berkenaan mengambil pendirian senada bahawa Sultan Perak mempunyai kuasa penuh untuk melantik Zambry tanpa mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri untuk mengambil undi tidak percaya terhadap Nizar. 

Hakim Md Raus Sharif, Zainun Ali dan Ahmad Maarop tidak memberikan hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang mempunyai implikasi mendalam terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini dan kuasa-kuasa istana sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Mengulas keputusan mahkamah itu, peguam Nizar, Sulaiman Abdullah berkata,  “negara kita  mempunyai hakim-hakim luar biasa dengan kebolehan luar biasa.” 

Kini Nizar hanya boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan sebagai ruang perundangan terakhir untuk menegakkan mandat rakyat dan perlembagaan negeri Perak.  

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tentunya sukar ditelan oleh bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat tetapi juga pendokong demokrasi malah di kalangan peguam sendiri. 

Presiden Majlis Peguam Malaysia K.Ragunath berkata keputusan mahkamah hari ini seolah-olah meletakkan kuasa-kuasa  Sultan sebagai menjangkau parlimen atau dewan undangan negeri. 

Ragunath berkata Mahkamah Rayuan seolah-olah memberikan Sultan kuasa-kuasa yang menjangkaui daripada apa yang diperuntukan oleh perlembagaan. . 

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata keputusan mahkamah tanpa penghujahan bernas adalah mengejutkan dan satu penganiayaan proses keadilan.

Namun beliau menjangka keputusan itu akan menjejaskan lagi kredibiliti Perdana Menteri Najib Tun Razak. 

“Keputusan hari ini hanya membuatkan rakyat lebih marah dan mempercepatkan kejatuhan BN,” kata Kit Siang. 

Ketua Pemuda Angkatan Keadilan Pemuda Samsul Iskandar menyifatkan keputusan itu “memualkan” dan dipengaruhi oleh tekanan politik. 

Beliau berkata keputusan tiga hakim itu jelas begitu cetek, tanpa disokong oleh fakta bernas,  bukan sebagaimana penghujahan lengkap yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar sah sebelum ini. 

Pemerhati politik berpandangan bahawa keputusan ini memang sudah dijangka kerana bibit-bibit campurtangan politik ini telah diwar-warkan oleh Perdana Menteri sendiri apabila beliau berkata BN hanya akan menimbang mengadakan pertemuan dengan Pakatan Rakyat bagi mencari penyelesaian krisis politik Perak setelah selesai proses mahkamah. 

Umumnya penyelesaian politik tidak ada kena-mengenai dengan keputusan mahkamah dan kenyataan Najib itu menimbulkan persepsi beliau sudah tahu hala keputusan Mahkamah Rayuan sebelum membuat kenyataan itu awal minggu ini. TVAntara

MB MAHKAMAH VS MB RAKYAT

1. MB Mahkamah bermaksud MB yang dipilih atau diputuskan oleh mahkamah sama ada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan. Manakala MB Rakyat dipilih oleh rakyat menerusi proses pilihanraya.

2. MB Mahkamah oleh dipilih dari seorang hingga lima orang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang memerintah. Manakala MB Rakyat dipilih oleh rakyat yang layak berumur 21 tahun keatas yang ada dalam buku daftar pemilih berdasarkan jutaan pengundi.

3. MB Mahkamah dipilih berdasarkan hujah dari peguam yang mewakili sesorang MB berdasarkan hujah perundangan yang memiliki tafsiran berbeza. Manakala MB rakyat diplih oleh rakyat berdasarkan isu dan perkembangan yang berlaku dalam aspek sosial, politik dan ekonomi.

4. MB Mahkamah hanya wujud apabila wujudnya rampasan kuasa setelah gagal menenangi hati rakyat melalui proses pilihanraya. MB Rakyat adalah MB yang dipilih berdasarkan keyakinan dan berjaya memenangi hati majoriti rakyat.

5. MB mahkamah dipilih berdasarkan keputusan hakim yang boleh berubah mengikut masa dan kepentingan ....MB Rakyat ialah MB dipilih dari lubuk dan suara hati rakyat yang akan menjadi HAKIM SEBENAR..HAKIM RAKYAT DI MAHKAMAH RAKYAT...

Mahkamah Rakyat Iktiraf Nizar sebagai MB



Mahkamah Rakyat memutuskan bahawa Dato Seri Ir Hj. Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Rakyat walaupun Mahkamah Rayuan hari ini yang bertindak sebaliknya apabila mengistiharkan Datuk Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Segala keraguan dan kemunsykilan wujud konspirasi terancang teserlah berdasarkan keputusan Mahkamah yang seolah-olah berada di bawah telunjuk Umno@BN.

Apa pun keputusan yang dibuat pada hari ini tidak mampu memadam dan menghakis tuntutan pilihanraya semula di Perak oleh majoriti rakyatnya. Saya yakin keputusan mahkamah hari ini akan meningkatkan simpati dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat di Perak dan seluruh Malaysia untuk menumbangkan Umno@BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Tiada dakwaan terhadap 5 peguam dan 14 lagi

Tiada sebarang dakwaan akan dikenakan terhadap lima peguam dan 14 orang lagi yang ditahan pada 7 Mei lalu kerana didakwa menyertai perhimpunan haram, demikian menurut polis hari ini.

Mereka dimaklumkan mengenai perkara itu ketika hadir melapor diri di balai polis Brickfields pagi ini.

Lima peguam tersebut ditahan ketika cuba memberi bantuan guaman kepada 14 orang tersebut, yang ditahan sewaktu menyertai nyalaan lilin sebagai tanda sokongan terhadap aktivis Bersih, Wong Chun Huat yang ditahan di bawah Akta Hasutan.

Pagi ini, peguam terbabit -kecuali seorang daripada mereka yang mengendali kes di Shah Alam - tiba di balai polis berkenaan pada kira-kira jam 10.10 pagi.

Mereka ditemani peguam masing-masing yang terdiri daripada Latheefa Koya, N Surendran dan Lim Chee Wei.

Kira-kira 20 orang peguam turut hadir untuk memberi sokongan.

Turut hadir ialah 20 orang awam, termasuk 14 orang yang ditahan pada yang hari sama dengan peguam terbabit.

Bagaimanapun, mereka dimaklumkan bahawa mereka tidak akan didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mengikut Akta Polis.

Ketua balai polis Brickfields Wan Bari Wan Abdul Khalid memberitahu media bahawa beliau terkejut melihat kehadiran peguam dan 14 orang terbabit di balai polis hari ini, kerana mereka telah dimaklum mengenai keputusan tersebut semalam.

Menurutnya, pihak polis telah memaklumkan keputusan itu kepada peguam M Puravalen yang mewakili mereka yang ditahan.

Kesemua mereka dibebaskan selepas ditahan semalaman di lokap sehingga mencetuskan bantahan keras daripada masyarakat peguam.

Berikutan itu, Majlis Peguam yang mewakili lebih 13,000 peguam di Semenanjung Malaysia, menuntut supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meletak jawatan.

Lima peguam yang ditahan itu ialah Fadiah Nadwa Fikri, Syuhaini Safwan, Puspawati Rosman, Ravinder Singh dan Murnie Hidayah Anuar..

16 ditahan sertai nyalaan lilin

Enam belas, termasuk ADUN Teratai, Jenice Lee, ditahan polis di luar pusat khidmatnya pada kira-kira jam 8.45 malam tadi kerana didakwa mengadakan perhimpunan haram.

janice lee teratai adun dap candle light vigil arrest 210509 09Mereka yang ditahan, telah dibawa ke balai polis Pandan Indah. Tidak dapat dipastikan sama ada mereka akan ditahan semalaman.

Mereka ditahan sejurus selepas polis memberi amaran supaya mereka bersurai.

Ketua polis Ampang Jaya Abdul Jalil Hassan memberitahu pemberita bahawa mereka ditaha n kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit.

Jenice (foto) bagaimanapun mendakwa beliau mempunyai permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Abdul Jalil pula berkata Jenice membuat permohonan permit itu pada jam 2 petang tadi tetapi ia tidak diluluskan pihak polis.

janice lee teratai adun dap candle light vigil arrest 210509 06Sebelum ini, sekumpulan kecil berhimpuan di pusat khidmat Jenice pada kira-kira jam 8.30 malam untuk mengadakan nyalaan lilih tanda berkabung 'kematian demokrasi" di Perak.

Kira-kira 40 anggota polis berkawal di situ.

Ini adalah kali kedua dalam minggu ini Jenice ditahan. Dia ditahan polis selama enam jam dalam selepas menyertai nyalaan lilin Selasa lalu.

Antara yang ditahan ialah Lim Swee Kuan, iaitu pembantu pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Ketika dihubungi, beliau memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan tersebut berjalan dari pusat khidmat DAP Teratai sambil membawa lilin dan kek untuk meraikan harijadinya.

janice lee teratai adun dap candle light vigil arrest 210509 07"Tetapi bila kami sampai ke jalan, seorang pegawai polis melaung ke arah kami, sambil berkata kami mengadakan perhimpunan haram," kata Swee Kuan.

Selepas itu, Jenice dan beberapa orang lagi cuba berunding dengan pihak polis untuk membenarkan mereka berhimpun sekejap untuk "meraikan harijadinya".

Bagaimanapun, beliau mendakwa, pihak polis tidak melayan dan memberi mereka tempoh 10 saat untuk bersurai sebelum menahan mereka.

Katanya, mereka ditahan sewaktu sedang menyanyikan lagi selamat jadi untuknya.

Nizar vs Zambry: NIZAR AKAN MENANG PETANG INI

Keputusan siapa MB Perak yang sah bakal diketahui sekitar jam 3.30 petang ini selepas mahkamah yang bersidang semalam ditangguhkan.Sebenarnya keputusan siapa MB yang sah telahpun diketahui pada 11 Mei lepas iaitu DS Nizar masih MB Perak yang sah selepas Mahkamah Tinggi mengistiharkannya.Namun DS Zambry memfailkan rayuannya di Mahkamah Rayuan sehari selepas itu.

Penghujahan peguam Datuk Seri Nizar Jamaluddin nampak lebih konsisten dan mempunyai fakta yang kukuh serta berlandaskan perlembagaan manakala hujah yang disampaikan oleh peguam Datuk Dr Zamry Abd Kadir hanya sekadar biasa (tidak relevan) dan merujuk kepada bilangan kerusi DUN Perak.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga menaruh keyakinan kepada keputusan mahkamah yang akan diumumkan petang ini.Beliau berkata apa yang mereka hajati ialah untuk menyelesaikan krisis tersebut secepat mungkin demi kebaikan rakyat.

Walaubagaimanapun kata beliau,keputusan mahkamah hanyalah sebagai mengikuti proses undang-undang,hakikatnya penyelesaian yang sebenar atau muktamad kepada krisis ini adalah menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru.

Sementara itu Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham berpendapat mahkamah bukanlah penyelesai masalah, krisis akan berlanjutan kerana pihak yang kalah akan terus membuat rayuan.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat di luar bangunan mahkamah Rayuan petang semalam,dijangka sekiranya kemenangan diperolehi,DS Nizar akan memohon pembubaran DUN dari Sultan Perak.

Insya Allah...Sama-samalah kita berdoa untuk kemenangan DS Nizar.

Takbir!!!

ADUN PAS meninggal dunia

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.

Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu. 

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini. 

Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei. 


Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai
 
Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02% 
 
1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746 
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394 
 
Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192