BONGKAR Kalau cinta sudah dibuang Jangan harap keadilan akan datang Kesedihan hanya tontonan..

Ahad, 17 Mei 2009

Penyokong banjiri upacara kesyukuran Uthaya di Bt Caves - Malaysiakini

Posted by Skuad Dun Batu Caves

Kira-kira 2,000 membanjiri kuil Batu Caves di Kuala Lumpur untuk menyaksikan pemimpin Hindraf, P Uthayakumar memotong jambangnya dan rambutnya sebagai tanda kesyukuran pembebasannya dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kira-kira 20 orang, termasuk kanak-kanak, turut mencukur rambut mereka sebagai tanda sokongan terhadap peguam tersebut.

Mereka yang datang sejuh Kedah dan Pulau Pinang, kemudiannya mengusung Uthayakumar dan berarak dari tebing sungai, di mana rambutnya dipotong, hingga ke kuil Batu Caves dekat situ.

uthayakumar released from isa detention seremban event 090509 11Mereka turut melaungkan 'Valga Uthayakumar' (Hidup Uthayakumar) dan 'Valga Hindraf'. Poster, baju-T dan lencana wajah pemimpin Hindraf itu turut dijual.

Sebelum itu, ahli Parlimen Puchong (DAP) Gobind Singh, yang turut hadir, menyifatkan Uthayakumar sebagai satu "ikon Malaysia."

Turut hadir memberi sokongan ialah Ahli Parlimen Kapar (PKR) S Manikavasagam dan Adun Batu Caves, YB Amirudin Shari.

Jumlah anggota polis yang hadir juga adalah minima.

Uthayakumar adalah antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA sejak Dec 2007 selepas terbabit dalam bantahan jalanan di ibunegara.

Kesemua mereka telah dibebaskan atas arahan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Malaysiakini dan Skuad Dun Batu Caves.



Bendera Perak juga turut di kibarkan di Batu Caves......

BUBAR DUN PERAK!!! RAKYAT BERSUARA



Seorang penyokong kuat Pakatan Rakyat dari Pulau Pinang telah menyatakan bantahan dengan caranya sendiri atas apa yang sedang berlaku di Perak sekarang.

Beliau telah mengambil tindakan nekad yang mungkin boleh membahayakan diri sendiri dengan memanjat sebatang pokok berhampiran Esplanade, Padang Kota Lama dan berada di atas pokok tersebut selama 8 jam. 


Sementara di Ipoh seorang pemuda berketurunan India semalam telah berdiri
seorang diri di pintu belakang bangunan pentadbiran kerajaan negeri Perak bagi menunjukan protes secara aman (silent protest) terhadap kemelut politik di negeri itu. Dengan menampal mulut beliau dengan pita pelekat sambil memegang bendera negeri Perak dan hanya berdiam diri ketika polis hadir. 

Pemuda berkenaan juga tidak memengang apa-apa sepanduk bagi mewakili mana-mana parti politik.

Adakah lagi protes protes sebegini akan dilakukan oleh rakyat rakyat Malaysia ???


DAP questions Hisham's Hindraf contradictions

By Melissa Loovi - Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 12 May - Home Minister Datuk Seri Hishamuddin Hussein has been accused by DAP leaders of blowing hot and cold regarding the recent ISA releases last weekend.

Newly released Kota Alam Shah assemblyman M. Manoharan says the conditions placed on him by Hishamuddin's ministry are "absurd and will not benefit the people at all."

"On the one hand, they release me and he (Hishamuddin) said yesterday that I am no longer a threat to national security. Yet just before I was released, I was informed of the six conditions which would restrict my movements and make it almost impossible to do my duties as an elected representative."

Hishamuddin had also said that the outlawed Hindraf's status could be reviewed if the organisation made an appeal to the Home Ministry, but DAP Parliamentary leader Lim Kit Siang questioned the logic of such an appeal.

"The Home Ministry never gave Hindraf "show cause" or the right to be heard before slapping a ban on it," Lim stated, adding that if the Ministry now holds that the Hindraf leaders are no more a "threat to the country", then the same judgment must apply to Hindraf as well.

He pledged the DAP's full support for Manoharan and the other Hindraf detainees and will assist Manoharan in filing a civil suit against the conditions next week.

Lim added, "How is it safe for him to be in Klang but not in Petaling Jaya?" referring to the stipulation that Manoharan remain in the Klang area at all times unless he has obtained permission from the police to leave.

"The two cousins, the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and Hishamuddin should realise they are nullifying all positive benefits to the government with the release of the five Hindraf leaders with such unacceptable conditions," said the veteran Ipoh Timur MP. He has faxed Hishamuddin asking for a meeting to discuss the matter and also to discuss lifting the ban on Hindraf.

Lim noted that it was "tragic that Datuk Seri S. Samy Vellu and MIC - like their counterparts in MCA and Gerakan - dare not ask for the revocation of the restrictive ISA conditions imposed on Manoharan and the four other Hindraf leaders."

"My headquarters as a DAP assemlyman is in Petaling Jaya, my current residence is in Puchong, my parents live in Banting, court is in KL, the state assembly is in Shah Alam and my constituents are in Klang," explained Manoharan, adding that the police had not contacted him for violating the restrictions yesterday or today.

"Perhaps they know it is unfair?" he asked.

On Hindraf leader P. Waythamoorthy's possible return from self-exile in London, Manoharan added, "I don't know when he is coming back but we'll certainly be there to welcome him home."

He dismissed the possibility of the outspoken Indian rights leader being arrested upon his return to Malaysia, saying, "Why should they since they have already punished us."

"We are not a threat, we are solicitors and our struggle was and still is a peaceful one. I am an elected representative for Selangor and should be given the freedom to do my duties throughout Malaysia, but especially in Selangor."

 

Hakim Mahkamah Rayuan Kes MB Perak Adalah Lantikan Linggam

"

Patutlah tak sampai beberapa jam dah boleh bagi "stay of execution". Itu pun dia bagi penghakiman yang begitu tidak jelas sehingga sekarang ini hakikat sebenarnya MB Haram, Zambery sedang melakukan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh MB sah yakni Nizar.

Ramly Mohd Ali ini yang dinamakan oleh VK Linggam dalam perbualan yang direkodkan oleh MP Kelana Jaya tempohari. Mengikut perbualan itu, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim.

Mereka adalah Datuk Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002. Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini: Juga, mengikut Jeff Ooi, Hakim Ramly ini baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini. Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambery MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO.

Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan UMNO. Apabila Nizar merayu, terpaksa menunggu 5 hari dan terpaksa berhadapan dengan panel 3 hakim pula. Heran, heran heran. (Correct, Correct, Correct) Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari 3 orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama.

Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar. Malangnya, kes rayuan Zambery ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK LInggam (Correct, Correct, Correct). Inilah dia rupa keadilan Malaysia. UMNO telah berjaya melacurkan mahkamah di Malaysia untuk menjadi pelacur kelas satu kepada UMNO Tulang Besi

Dipetik daripada : http://www.malaysiawaves.com/2009/05/hakim-mahkamah-rayuan-kes-mb-perak.html

Hindraf supporters join Uthayakumar at Batu Caves

By Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, May 17 - About 1,000 Hindraf supporters have gathered at the Batu Caves temple to pray alongside recently-released leader P. Uthayakumar.

The crowd, many of whom had been there since 9am, will witness Uthayakumar shave off the long hair and beard he has kept since he was incarcerated more than a year ago.

 

Many of the supporters are wearing orange, the official colour of the banned movement.

They marched  some 300 metres away where the ceremonial shaving will take place.

Uthayakumar has yet to arrive but Kapar MP M. Manickavasagam is already here. There is a small police presence.

Anifah Berkokok Di Washington Tapi Kelu Di Parlimen

  

TVAntara - Anifah Aman adalah antara pemimpin UMNO Sabah yang lantang mengecam kerajaan Barisan Nasional Pusat di bawah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana kononnya mengabaikan negerinya. 

Tetapi apabila Pak Lah berundur dan Najib menjadi Perdana Menteri serta mengangkat Anifah menjadi Menteri Luar, segala ketidakpuasan hati Anifah itu lenyap begitu sahaja.

Betapa mudah untuk mengubati rasa tidak puas hati seorang ahli politik. Dalam kes Anifah, jawatan menteri kabinet adalah penawar paling mujarab untuk melupakan keperitan rakyat di bumi kelahirannya.

Justeru,  amat sukar untuk menerima kredibiliti Anifah berhubung dakwaan kononnya beliau dipancing oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ditawar menjadi Timbalan Perdana Menteri,  jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat.  

Anifah memilih untuk membuat “pendedahan” itu di Washington Amerika Syarikat, pada sidang media bersama dengan Setiausaha Negara Hillary Clinton.

Kunjungan antara dua pihak yang baru memegang jawatan masing-masing adalah lumrah dalam dunia diplomasi,  tetapi Anifah menggunakan pentas itu bagi membuat tuduhan melulu terhadap Anwar.

Mungkin ia strategji bijak kerana Anifah tidak mungkin mendapat pentas sebegitu lagi untuk menyelar Anwar.

Persoalan yang perlu diaju kepada Anifah ialah mengapa beliau tidak membuat pendedahan itu di sidang Parlimen yang lalu.

Pada sidang itu, Anifah dan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional dicabar oleh Anwar untuk mengaku jika mereka disogok wang ringgit dan jawatan untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Tidak ada seorang pun yang bangun menyahut cabaran itu, termasuk Anifah Aman.

Anwar mengajukan cabaran itu ketika membahaskan krisis perlembagaan Perak yang baru tercetus ketika itu akibat rampasan kuasa oleh Barisan Nasional. 

Apa yang tidak diberitahu oleh Anifah pada sidang media bersama Clinton ialah Najib  dan bukan Anwar,  yang menawarkan gula-gula politik kepada tiga ADUN Pakatan Rakyat Perak untuk lompat keluar dan menyokong BN.

Sebagaimana yang Anifah maklum, dua daripada ADUN itu menghadapi tuduhan rasuah dan menjadi sasaran mudah untuk diajak lompat parti.

Mungkin Anifah membuat tuduhan melulu terhadap Anwar kerana tersentak dengan pertanyaan media asing kepada Clinton mengenai layanan Malaysia terhadap Anwar.

Apapun tuduhan liarnya itu bukan sahaja tidak kena tempat tetapi menyerlahkan sifat Anifah sebagai seorang opportunis politik.