BONGKAR Kalau cinta sudah dibuang Jangan harap keadilan akan datang Kesedihan hanya tontonan..

Rabu, 3 Jun 2009

Samy: Dakwa penulis Utusan di bawah Akta Hasutan

Malaysiakini -  Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu hari ini menggesa supaya penulis artikel yang didakwa berunsur perkauman yang disiarkan dalam Malaydiakini - PUtusan Malaysia - akhbar milik Umno - didakwa di bawah Akta Hasutan.

samy vellu
Beliau mengutuk penulis tersebut kerana secara tidak langsung telah merujuk kepada kaum India dan Cina di Malaysia sebagai "kaum pendatang".

Sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang menjijikkan, Samy Vellu berkata, beliau mengesyaki penulis tersebut bukan dari akhbar tersebut, tetapi telah menggunakannya untuk mempromosi agendanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, presiden MIC itu berkata, penulis Utusan itu yang menggunakan nama Awang Selamat "mesti dan sepatutnya didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan".

"Komennya adalah tidak wajar sama sekali, terutama ketika perdana menteri kita sedang mempromosikan konsep 1Malaysia," katanya.

Berikutan itu, Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan mengambil tindakan segera terhadap penulis berkenaan kerana membangkitkan rasa tidak senang di kalangan rakyat Malaysia, terutama kaum Cina dan India.

Malah, katanya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri menegurnya kerana ia bercanggah dengan konsep 1Malaysia.

Stadium: Pemuda PAS desak exco letak jawatan

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mendesak exco kerajaan berkaitan, meletak jawatan ekoran kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak runtuh pagi semalam.

Ketuanya, Mohd Noor Hamzah berkata, exco berkenaan harus mengambil bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku ke atas stadium berkenaan.

stadium sultan mizan gong badak 020609
"DPPNT hairan kenapa projek stadium yang menelan belanja RM270 juta itu, yang dirasmikan pada 10 Mei 2008, mengalami kerosakan yang begitu teruk, walaupun usianya baru mencecah setahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian semalam, 60 peratus bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter runtuh.

Ia menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP).

"Kami difahamkan bahawa Jabatan Kerja Raya tidak terlibat dalam projek ini secara langsung kerana ia diuruskan oleh sebuah konsultan," kata Mohd Noor.

"DPPNT bimbang wujudnya unsur rasuah dan penyelewengan dalam pengendalian projek pembinaan Stadium yang berstatus mega tersebut," katanya.

Alu siasatan SPR

Sehubungan itu, katanya, DPPNT mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi terhadap insiden tersebut.

Beberapa pegawai SPRM dilihat mengambil gambar dan menemubual saksi di tempat kejadian semalam.

Pengarah SPRM Terengganu, Ahmad Sabri Hussin juga dilaporkan dilihat di tempat kejadian tengahari semalam.

Seorang pegawai SPRM dilaporkan berkata, siasatan itu membabitkan pemberian dan pengurusan kontrak pembinaan stadium itu kepada firma dari Korea Selatan.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya sedang menyiasat sama ada wujud unsur-unsur rasuah dan salah pengurusan.

Teen model escapes 'abusive' Malaysian prince


Teen model escapes 'abusive' Malaysian princeAFP – Teenage US-Indonesian model Manohara Odelia Pino, seen here,has returned to her family in Indonesia with …

JAKARTA (AFP) – A teenage US-Indonesian model has returned to her family in Indonesia with tales of abuse, rape and torture at the hands of a Malaysian prince, after her dramatic escape with the help of Singapore police.

Manohara Odelia Pino, 17, told reporters she was treated like a sex slave after her marriage to Tengku Temenggong Mohammad Fakhry, the prince of Malaysia's Kelantan state, last year.

Her mother, Daisy Fajarina, said she would press charges against the prince and blamed the Malaysian and Indonesian governments for trying to cover up the abuse.

"The things I've been afraid of were revealed to be true. Manohara has suffered physical abuse. She's got several razor cuts on her chest," Fajarina told AFP on Monday.

"I will sue him. No parent could be silent if their child was treated in such a barbaric way."

The Malaysian government had ignored her pleas for access to her daughter and had blocked her from entering the country, she said, while the Indonesian embassy had said that Manohara was fine with her new husband.

But the young woman -- a well-known socialite in Jakarta -- said her life at the royal palace involved a "daily routine" of rape, abuse, torture and drug injections which made her vomit blood.

"I am still traumatised by all that happened and it has left an impact on me," she told reporters in Jakarta on Sunday, after escaping the royal family during a trip to Singapore over the weekend.

"Sexual abuse and sexual harassment were like a daily routine for me, and he did that every time I did not want to have sexual intercourse," she was quoted as saying in The Jakarta Globe.

"I could never think a normal man could do such things," she said, adding: "Some parts of my body were cut by a razor."

She said she was forced to pretend she was happy with the prince and to attend social functions with him as his happy young bride.

"Every time I went for events they forced me to smile and would torture me if I did not do what they said," she told the press conference.

She said she secretly called Singaporean police and pleaded for help after the royal family took her to the city state when they accompanied Fakhry's father, Sultan Ismail Petra Shah II, for medical treatment.

A spokesman for the Indonesian foreign ministry said the government would help Manohara if she wanted to file charges against her husband.

She has already filed for divorce.

There has been no comment from the Kelantan royal family or the Malaysian government.

Bumbung Stadium Gong Badak runtuh


Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.

Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus.

Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.

Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.

Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.

Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.

Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing.

"Walaupun sudah tahun memintanya dari kontraktor asng tersebut, difahamkan mereka masih belulm menerimanya," katanya.,

Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya.

-Malaysia Kini-