Gombak 25 Feb. 4.24pm | Kegagalan menganjurkan Forum Intelek ‘kudeta dan konflik Perlembagaan Perak’ di Universiti Malaya Sabtu lepas akhirnya berjaya dianjurkan oleh Ma’ruf Club Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM) kelmarin.
Timbalan Presiden I Ma’ruf Club Sdr. Muhammad Zaki Sukery ketika dihubungi menjelaskan bahawa forum tersebut mendapat sambutan yang luar biasa oleh mahasiswa dan masyarakat.
Menarik…ramai mahasiswa datang. Pensyarah, wartawan, bloggers, penganalisis politik tanah air pun ada di sini. Biarlah mereka (mahasiswa dan rakyat) memikir baik buruk pergolakan politik…krisis perlembagaan Perak tersebut,”Jelas Zaki.
Beliau juga menyuarakan hasrat penganjuran forum tersebut demi memastikan mahasiswa dan rakyat peka dengan suasana sebenar politik Malaysia sekarang.
Hasrat kita satu saja…agar mahasiswa dan rakyat peka, cakna dengan senario politik kita sekarang. Tidak lebih dari itu,” jelasnya lagi.
Pentas perdebatan Forum Intellectual Dialogue 2009 yang bertemakan The
Implicatian of the Current PhenomenaTowards the Future of Malaysiatersebut telah diisi oleh Ahli Parlimen Batu Pahat (UMNO) YB Datuk dr. Mohd Fuad Zarkashi, Pesuruhjaya PAS Selangor YB Datuk Dr. Hassan Mohamad Ali, Pensyarah Pengajian Media (UM) Dr. Abu Hassan Hasbullah, Pengerusi TERAS Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid dan beberapa tokoh lain.
Terdahulu, Forum seperti ini terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir di Masjid ar-Rahman (berdekatan Universiti Malaya) kerana beberapa pemimpin persatuan mahasiswa universiti telah diugut untuk dimansuhkan persatuan mereka masing-masing oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) Prof. Madya Dr. Azarae Idrus; sekiranya forum tersebut tetap dijalankan. -mahasiswakini





