BONGKAR Kalau cinta sudah dibuang Jangan harap keadilan akan datang Kesedihan hanya tontonan..

Rabu, 19 Ogos 2009

Isu lesen guaman Rohaizat bantut kempen BN?

Ogos 19, 09 12:32pm
Pembatalan lesen guaman calon BN Rohaizat Othman dijadikan modal oleh PAS dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Permatang
Pasir menjelang pengundian 25 Ogos ini.

Pemerhati politik berpendapat BN perlu memberi penerangan yang lebih jelas kepada pengundi berhubung isu berkenaan supaya ia tidak menjejaskan peluang Rohaizat berbanding lawannya daripada PAS, Mohd Salleh Man, 52.

Ketika dihubungi
Bernama, pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains
Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata, Rohaizat, 38, merupakan seorang calon muda yang mempunyai ketokohan dan latar belakang pendidikan serta pengalaman yang baik.

Katanya, walaupun pembatalan lesen guaman sivilnya itu tidak membatalkan pencalonannya, namun jika ia tidak ditangani dengan baik, ia boleh merencatkan kempen BN.

Menurutnya, faktor perbezaan usia kedua-dua calon tidak mempengaruhi undi kerana yang penting ialah penduduk di situ memerlukan seorang wakil rakyat yang mampu berkhidmat untuk mereka dan mempunyai ketokohan sebagai pemimpin.

Lesen guaman sivil Rohaizat dibatalkan dipercayai berikutan masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma guamannya.

Pensyarah sains politik Universiti Tunku Abdul Rahman, Afi Roshezry berkata isu pembatalan lesen itu tidak akan menjejaskan kewibawaan Rohaizat kerana ia satu masalah teknikal berhubung pengurusan dokumen.

"Rohaizat sendiri patut mengambil peluang untuk menjelaskan perkara ini semasa tempoh berkempen," katanya.

Afi berpendapat BN perlu menukar corak kempennya dengan tidak terlalu menumpukan kepada soal pembangunan fizikal.

"Kehendak pengundi Malaysia sekarang bukan lagi dari segi materialistik. Pembinaan jalan raya ataupun memasang lampu jalan tidak boleh menarik sokongan seperti masa dahulu.

"Sebaliknya, keikhlasan dan karisma seseorang pemimpin politik perlu
ditonjolkan dan pendekatan bekempen secara bersemuka dalam kumpulan kecil boleh membantu kemenangan," katanya.

Seorang lagi pemerhati politik, yang enggan namanya disiarkan, berkata isu lesen guaman Rohaizat itu tidak akan menjejaskan BN jika ia dijelaskan dengan baik kepada pengundi.

Katanya, pengundi Permatang Pasir perlu tahu kedudukan sebenar isu itu jika Rohaizat benar-benar tidak bersalah dalam hal itu.

Seramai 20,290 pemilih layak mengundi bagi memilih pengganti kepada Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS yang meninggal dunia pada 31 Julai lepas akibat serangan jantung.
BERNAMA

Zambry memang pengecut - ayuh bubar Dun Perak


B
ernama melaporkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberi amaran kepada pembangkang supaya jangan berlagak samseng dengan mengganggu urusan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) menunaikan tanggungjawab kepada rakyat di negeri itu.

Katanya tindakan pembangkang mengganggu majlis penyerahan borang 5A kepada 188 penduduk untuk membayar premium dan seterusnya mendapat hak milik tanah di Taiping tengah hari tadi sebagai perbuatan yang sangat mendesak. "Jangan anggap saya pengecut atau penakut.

Kata beliau sebagai Menteri Besar, saya bertanggungjawab memastikan supaya kejadian yang tidak diingini tidak berlaku," katanya kepada pemberita di sini Isnin. Beliau mengulas tindakan Angota Parlimen Taiping Nga Kor Ming, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Yew Tian Hoe dan ADUN Pokok Assam, Yee Seu Kai bersama 20 penyokong mengganggu majlis tersebut di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

Ketiga-tiga pemimpin DAP itu bersama penyokong mereka memegang kain rentang yang tertulis "MB Haram, Malu, Malu, Malu, Malu" di perkarangan dewan itu sambil melaungkan kata-kata kesat. Bagaimanapun, Zambry tidak hadir pada majlis itu dan sebaliknya mewakilkan ahli exco negeri Mohd Zahir Abdul Khalid, untuk menyampaikan borang itu kepada penerima dari Kampung Kaki Bukit Jana, Kampung Aulong Baru Tambahan, Kampung Ayer Kuning dan Kampung Batu 14 Trong.

Zambry berkata beliau terpaksa membatalkan kehadirannya pada majlis itu atas nasihat pihak keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dan memohon maaf kepada hadiran.

Jika Zambry tidak pengecut, maka segerakanlah menghadap Sultan Perak dan mohon perkenan baginda untuk pembubaran dewan undangan negeri serta diadakan pilihanraya semula di Perak.

Dan jika itu yang Zambry lakukan untuk mengembalikan maruahnya yang telah sekian lama tercalar kerana sememangnya beliau bukan Menteri Besar untuk sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat Perak, maka itu lebih baik baginya dari dari sekadar bertempik untuk mengatakan "Saya bukan pengecut atau penakut."

"Siapa yang berlagak samseng selama ini jika bukan UMNO yang melarikan ADUN PKR dan DAP untuk melakukan rampasan kuasa di Perak?" tanya seorang pemimpin Pakatan Rakyat.