BONGKAR Kalau cinta sudah dibuang Jangan harap keadilan akan datang Kesedihan hanya tontonan..

Selasa, 28 April 2009

'Pele Pangkor' bergelut di Perak

Warna kulit serta kelicikannya di padang bola membuat beliau digelar sebagai 'Pele Pangkor', begitulah menurut pembantunya. Tetapi itu dulu. Sekarang Datuk Seri Zambry Abd Kadir berdepan dengan 'pergelutan' paling sukar dalam karier politiknya.

zambry abdul kadir interview 200409 10Beliau bukan sahaja memikul tugas mentadbir negeri, tetapi juga perlu bekerja keras untuk memenangi hati rakyat selepas Perak terlepas dari tangan pembangkang dan jatuh ke tangan BN sekarang.

Walaupun BN sehingga ini dilihat menang di mahkamah, tetapi ia masih 'tewas' di mahkamah rakyat.

Keadaan menjadi semakin sukar selepas BN tewas dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April lalu, yang dianggap sebagai satu penolakan rakyat terhadap tindakan BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak Februari lalu.

Dan yang lebih memedihkan lagi ialah apabila BN tewas kepada tidak lain dan tidak bukan, Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak yang ditumbangkan BN, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin sendiri.

zambry abdul kadir interview 200409 11Jelas bahawa Zambry tidak bermain di padang yang sama rata dan oleh itu 'Pele Pangkor' itu terpaksa bekerja lebih keras lagi untuk menang.

Malaysiakini menemui menteri besar BN Perak ini di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk mengetahui langkah beliau selanjutnya dan bersoal jawab dengannya mengenai kemelut politik di negeri itu sekarang.

Dalam siri pertama ini, Zambry antara lain bercakap mengenai apa yang dijangka apabila sidang DUN Perak bersidang pada 7 Mei depan.

PENANTI : TERKINI

DATO SERI ANWAR IBRAHIM KETUA UMUM PARTI KEADILAN RAKYAT
AKAN MENGUMUMKAN CALON BAGI PRK PENANTI

PADA 28 / 4 / 2009
JAM 9.00 MALAM

DI YAYASAN AMAN PENANTI
BERSAMA - SAMA DENGAN LIM GUAN ENG
( KETUA MENTERI PULAU PINANG )
DAN
PESURUHJAYA PAS NEGERI

AYUH BERAMAI-RAMAI KESANA...!!!

PENANTI TUNGGU KEHADIRAN BLOGGERSNETWORK & SRIKANDI KEADILAN!!!!

BERITA PENTING UNTUK PAKATAN RAKYAT HARI INI DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

BERITA PENTING UNTUK PAKATAN RAKYAT HARI INI DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN

BERITA TERKINI INI PERLU DI KETAHUI OLEH SEMUA MASYARAKAT MALAYSIA TERUTAMANYA DI NEGERI PERAK, ISI BERITA :

DATO' SRI ZAMBRY TELAH MERUJUK KES DATO' SRI NIZAR KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN ESOK BERSAMAAN 28 APRIL 09 JAM 09.30 PAGI DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN, INI MERUPAKAN JALAN PINTAS BAGI DATO' ZAMBRY UNTUK MEMPERCEPATKAN KES DAN MERUPAKAN JALAN PINTAS UNTUK MENDAPATKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH SEBELUM TARIKH SIDANG DUN PADA 7 MAY 09


DATO' NIZAR TELAH MEMBUAT PERMOHONAN 9 ORANG HAKIM UNTUK KES YANG DI HAKIMI OLEH MAHKAMAH PERSEKUTUAN AKAN TETAPI PERMOHONAN TERSEBUT MASIH BELUM LAGI DI PEROLEHI KEPUTUSANNYA SEHINGGA WAKTU INI

Blogger Sayuti Omar (MSO) HINA YB Ir. Nizar

Menteri Besar Perak yang SAH, Datuk Seri Ir. Nizar dicop sebagai "Pak Kadok yang menang sorak kampung tergadai" oleh blogger
mohd sayuti omar (MSO) dalam posting terbaru beliau di SINI (KLIK SINI)


ANTARA PETIKAN KONTROVERSI YANG MEMPERLEKEHKAN YB IR NIZAR DALAM POSTING BELIAU :


" Tidak ada guna kalau cerdik tetapi tidak ada kuasa dan menyusahkan parti. Orang 'cap ayam' menjadi MB, manakala orang 'cap lembu' melopong mulut jaja kekuatan ke sana ke mari.

Ditimbulkan ini bukan bermakna menolak kehebatan Nizar, tetapi apakah maknanya dari konteks politik kalau kita menang, mendapat kepercayaan rakyat tetapi kuasa tidak ada dan masalah itu akan berlarutan dan menjadi satu liabaliti pula kepada masa depan Pas dengan pihak lain.Tetapi apakah ada yang sedar di sebalik kehebatan Nizar ini bahawa cara Nizar itu tidak ubah seperti Pak Kadok yang menang sorak kampung tergadai? Nizar menjadi pujaan tetapi kuasa hilang! Nizar disokong oleh rakyat namun jawatan tidak ada? Inilah perkara yang perlu ahli Pas khasnya kena menilai dan merenungi ke atas tindak tanduk Nizar.

Bila teringat Nizar maka teringatlah saya juga kepada bekas MB Terengganu Idris Jusoh di negeri penyu menangis itu. Idris Jusoh juga macam Pak Kadok, parti menang tetapi tidak dapat jadi MB. Idris Jusoh juga seorang yang bijak, tidak 'cap ayam', tetap 'cap lembu' jika dibandingkan dengan MB Terengganu kini, Ahmad Said yang dilabelkan sebagai tidak ada kelas. Tetapi apa sudah yang berlaku kini. Orang 'cap ayam' menjadi MB, manakala orang 'cap lembu' melopong mulut jaja kekuatan ke sana ke mari. "- MSO

Dilihat sesiapa yag rapat dengan YB Husam musa akan di "BEDIL" oleh MSO.YB.ir nizar adalah rakan karib yb husam musa.

Dikhabarkan MSO pernah ugut orang di kelantan dan menerima sejumlah imbuhan wang.

Yb husam musa banyak menyimpan rahsia " Black Side "MSO cuma dia tak mahu aibkan MSO sahaja.


MSO dilihat cuba meruntuhkan Kerajaan negeri kelantan.