BONGKAR Kalau cinta sudah dibuang Jangan harap keadilan akan datang Kesedihan hanya tontonan..

Khamis, 11 Jun 2009

Media dedah luka di dada Manohara

Kesan luka di dada Manohara Odeli Pinot, yang mendakwa akibat penderaan putera Sultan Kelantan, kini boleh disaksikan oleh semua pihak apabila ia didedahkan oleh sebuah media Indonesia hari ini.

Sekeping foto, daripada 10, yang dianalisis seorang pakar fotografi republik itu dimuatkan dalam akhbar internet terkenal Detik.com.

Penganalisis foto itu, yang juga seorang ahli parlimen Partai Demokrat, Roy Suryo Notodiprojo meneliti gambar-gambar itu yang diambil oleh ahli forensik Dr Abdul Mun'im Idries yang menjalankan pemeriksaan perubatan awal terhadap wanita 17 tahun itu.

manohara odelia pinot scars on her body 100609 02
Selain pemeriksaan perubatan yang rapi itu, Manohara juga menjalani satu lagi pemeriksaan perubatan bersama pegawai penyiasat polis selepas memberikan keterangan kepada pihak berwajib itu semalam bagi melengkapkan siasatan kesnya.

Roy Suryo dilaporkan berkata beliau membuat analisis foto itu atas permintaan keluarga Manohara dalam satu pertemuan dengan wanita itu dan ibunya Daisy Fajarina di sebuah hotel malam tadi.

Bekas model muda itu, yang bergelar Cik Puan Temenggong Kelantan, menyerahkan 16 keping foto kepada ahli parlimen itu tetapi hanya 10 yang dianalisis kerana bakinya tidak begitu jelas.

Mengesahkan keaslian foto-foto itu, Roy Suryo berkata foto yang dirakam melalui kamera telefon bimbit dipercayai diambil sendiri oleh Manohara pada waktu malam antara Mac hingga April lalu.

Isteri Tengku Muhammad Fakhry Petra melarikan diri ke Jakarta pada 31 Mei setelah berada di Malaysia selama beberapa bulan sejak selesai mengerjakan umrah di Jeddah pada 9 Mac lalu - hari beliau mendakwa diculik oleh suaminya.

Pakar teknologi maklumat itu berkata, hasil analisisnya terhadap foto-foto tersebut, beliau menemui beberapa kesan luka di serata badan Manohara.

manohara odlia pinot kelantan 260509
"Ada 11 titik luka di bagian (bahagian) depan tubuh. Lukanya berbagai macam, sayatan (calar), sundutan (kesan cucuhan api rokok), dan lebam.

"Saya bisa memastikan (foto itu) asli. Tetapi lukanya saya serahkan kepada ahli (pakar) yaitu doktor," Roy Suryo dipetik berkata hari ini sewaktu menunjukkan foto-foto tersebut di komputer ribanya di sebuah hotel.

"Saya menyatakan foto itu masih asli sesuai dengan ukuran asli di (telefon jenama) Blackberry tidak ditambahi dan tidak diedit, (atau) diubah setting-nya."

Roy Suryo menunjukkan, antaranya, foto kesan lebam di tangan Manohara yang bertarikh 10 Mac lalu, manakala foto kesan calar di bahagian tangannya dirakam 29 Mac lepas.

Terdapat juga foto kesan cucuhan api rokok di bahagian kening yang diambil pada 5 April lalu, serta dua foto kesan calar di dada pada 6 April, lapor Detik.com lagi.

Foto-foto itu mampu menjadi bukti sokongan terhadap bukti utama, pemeriksaan kesihatan rapi, tambah ahli parlimen itu.

Sementara itu, akhbar Surya petang ini melaporkan, hasil pemeriksaan perubatan rapi mendapati terdapat bekas calar, suntikan dan kesan terbakar "seperti akibat diseterika" ditemui di bahagian-bahagian dada, leher, belakang dan paha Manohara.

Peguamnya Hotman Paris Hutapea dilaporkan berkata, dua doktor yang memeriksanya telah mengambil gambar Manohara menggunakan kamera khas untuk mengecam kesan-kesan tersebut.

Sultan, Raja Perempuan diseret dalam laporan polis Manohara

Manohara Odelia Pinot akhirnya membuat aduan polis terhadap istana Kelantan, termasuk Sultan dan Raja Perempuan, berhubung dakwaannya beliau diculik dan didera suaminya Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Bekas model muda itu, yang bergelar Cik Puan Temenggong Kelantan, membuat aduan tersebut di ibu pejabat polis Indonesia di Jakarta semalam, lapor akhbar Surya hari ini.

surya live indonesia news website manohara sultan kelantan police report 100609
Peguamnya Hotman Paris Hutapea dipetik berkata, Manohara juga melaporkan nama kapten pesawat peribadi yang didakwa melarikannya dari Jeddah pada Mac lalu, kenalan dekat suaminya Mohd Soberi Shafii dan seorang pengawal peribadi yang dituduh memukulnya dalam pesawat tersebut.

Peguam itu berkata kelapan-lapan itu ingin dituntut disiasat menurut Seksyen 285 Kitab Undang-undang Hukum Pidana (seperti Kanun Keseksaan di Malaysia) berhubung kesalahan penganiayaan dan penculikan.

Menurut akhbar yang sama, beliau juga bercadang membawa kelapan-lapan nama itu bawah Seksyen 333 kitab undang-undang jenayah itu, yakni kesalahan menyekat kebebasan orang lain.

Manohara kemudian dibawa untuk pemeriksaan perubatan yang rapi bersama pegawai penyiasat polis selepas aduan itu, kata Hotman Paris lagi.

"Setelah visum (pemeriksaan perubatan) kami harapkan pihak Kelantan ditetapkan sebagai tersangka (suspek)," peguam itu dipetik berkata, sambil menambah pemeriksaan perubatan itu dibuat secara rasmi oleh polis sesuai menurut siasatan bawah Kitab Undang-undang Hukum Pidana.

"Visum seluruh tubuh termasuk jiwa dan hatinya. Bukti visum ini adalah bukti utama karena dilakukan secara bersama dengan penyidik (pegawai penyiasat) Mabes (ibu pejabat polis).

"Saya yakin (pemeriksaan) ini bisa jadi bukti utama."

manohara odelia pinot jakarta 100609
Sambil menunjukkan foto di telefon bimbitnya kepada media, peguam yang sama semalam dipetik berkata terdapat kesan luka pada dada Manohara, termasuk dekat dengan payudaranya.

"Jika kalian para perempuan tidak sedih... ini aneh. Ini adalah bukti jelas, saya pun hampir menangis," Hotman Paris dipetikSurya.

Sementara ahli forensik Dr Abdul Mun'im Idries yang menjalankan pemeriksaan perubatan awal terhadap wanita 17 tahun itu juga mengesahkan wujud kesan luka, termasuk kesan yang "masih baru", lapor agensi berita AFP semalam.

Mengulas lanjut kes anak guamnya itu, Hotman Paris berkata Manohara akan meminta bantuan polis Indonesia untuk bekerjasama dengan Interpol untuk menyelesaikan siasatan.

"Juga kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk menyelesaikan masalah ini. Begitupun dengan Dubes (duta besar) di Malaysia agar memfasilitasi (memudahkan)," kata seorang lagi peguam wanita itu, Warsito Sanyoto.

Istana Kelantan dengan rasmi menganggap dakwaan Manohara ini sebagai krisis rumahtanggan pasangan diraja itu, sementara Mohd Soberi bertegas menafikan tuduhan-tuduhan tersebut.

Anwar Mohon Perintah Mahkamah Untuk Dapatkan Dokumen Dari Pendakwa Raya

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan pihak pendakwa raya membekalkan kepada beliau semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin.

Anwar,dalam notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, mahu pendakwa raya membekalkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan kes liwatnya bermula dari 1 Julai hingga 24 Julai depan.

Antara yang diminta Anwar ialah pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008, contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis.

Anwar, yang turut menyertakan afidavit sokongannya, memfailkan permohonan itu melalui Tetuan S.N.Nair and Partners, pada pukul 2.15 petang ini. Beliau menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Dalam permohonan itu, Anwar mahu semua dokumen itu dikemukakan sebelum perbicaraan kerana dokumen itu amat diperlukan, relevan dan mustahak bagi mantan Timbalan Perdana Menteri itu menyediakan pembelaannya dengan rapi dan bernas.

Anwar juga memohon mahkamah supaya sebarang prosiding kes liwatnya ditangguhkan atau digantung sementara menunggu dan sehingga permohonan itu selesai.

Beliau memohon mahkamah supaya melepaskan dan membebaskan beliau serta merta daripada tuduhan itu atau prosiding kes berkenaan digantung selama-lamanya jika pendakwa raya tidak mematuhi perintah mahkamah supaya membekalkan dokumen-dokumen tersebut.

Anwar mendakwa beliau melalui peguamcaranya, telah membuat beberapa permohonan bertulis kepada pendakwa raya untuk dokumen-dokumen berkenaan tetapi tiada jawapan atau balasan positif, mencukupi dan memuaskan daripada pendakwa raya.

Oleh kerana kes itu melibatkan keterangan DNA dan rakaman CCTV, Anwar berkata beliau perlu mendapatkan pakarnya sendiri untuk memeriksa sampel-sampel DNA serta rakaman CCTV dan melakukan ujian yang sewajarnya.

Beliau juga berkata pembelaannya membabitkan pemberian notis alibi yang sewajarnya dan jika dokumen-dokumen itu tidak dibekalkan, ia akan melengahkan perbicaraan kes tersebut.

Anwar, 61, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 1151, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

Saiful membuat tuduhan itu beberapa hari selepas beliau menemui Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri. Anwar ketika itu mengecam Najib berhubung beberapa isu termasuk pembunuhan mangsa Mongolia Altantuya Sharibuu serta sogokan dalam kontrak pembelian peralatan tentera.

Dakwaan Saiful bukan sahaja dilihat mempunyai motif politik malah lebih rapuh apabila doktor yang memeriksa beliau mendapati tidak ada kesan-kesan untuk menyokong dakwaan Saiful mangsa liwat.

Najib dan UMNO telah menggunakan dakwaan Saiful sebagai modal politik untuk mengaibkan Anwar dan keluarganya pada pilihanraya kecil Permatang Pauh. Namun cubaan itu gagal apabila Anwar menang dengan majoriti besar dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Peguam: Pendakwa Raya Kes Anwar Tidak Beretika, Enggan Serah Bahan Kes

Pendakwa raya dalam kes tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim tidak professional dan bertindak tanpa etika apabila enggan menyerahkan dokumen dan bahan berkaitan bagi membolehkan Anwar membuat persiapan membela dirinya, kata peguam mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Sankara Nair berkata segala bahan yang diminta adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dan hak Anwar sebagai pihak tertuduh untuk mendapatkan pembelaan adil.

Perbicaraan itu akan bermula 1 Julai depan, namun pasukan peguam Anwar masih belum mendapat bahan seperti contoh DNA dan dokumen tertentu untuk diperinci sebelum mahkamah bersidang.

“Selagi pihak pendakwa raya tidak memberikan kami dokumen dan bahan berkenaan dalam tempoh yang sesuai, pasukan peguam Anwar tidak mungkin dapat menyediakan pembelaan terbaik, yang seharusnya menjadi hak beliau,” Sankara berkata.

Anwar hari ini terpaksa memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan pihak pendakwa raya membekalkan kepada beliau semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin.

Dalam notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, Anwar mahu pendakwa raya membekalkan pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008.

Pihak pendakwa raya juga gagal menyerahkan contoh DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kenyataan polis.

Oleh kerana kes itu melibatkan keterangan DNA dan rakaman CCTV, Anwar perlu mendapatkan pakarnya sendiri untuk memeriksa sampel-sampel DNA serta rakaman CCTV dan melakukan ujian yang sewajarnya.

Sankara berkata semua dokumen dan bahan itu amat diperlukan, relevan dan mustahak bagi mantan Timbalan Perdana Menteri itu menyediakan pembelaan yang tuntas.

Sankara kecewa dengan sikap pendakwa raya kerana tidak mengendahkan segala permohonan peguam bela untuk mendapatkan bahan-bahan berkenaan walaupun permohonan dibuat seawal 8 September 2008.

Malah, pihak pendakwaraya cuba memesongkan fakta dengan mendakwa kononnya peguam Anwar sudah pun dibekalkan dengan rakaman CCTV tetapi hakikat adalah sebaliknya.

Sankara berkata pihaknya hanya boleh merumuskan pendakwa raya dalam kes berkenaan enggan menyerahkan bahan-bahan berkenaan kepada pihaknya kerana:

i. Mahu menafikan Anwar pembelaan yang sebaik mungkin dalam menghadapi tuduhan berkenaan

ii. Menafi atau menyembunyi dari Anwar bukti yang boleh membantu pembelaan beliau

iii. Ingin “menyerang hendap” Anwar dengan bukti yang tidak boleh diperinci atau disiasat oleh pihak berkecuali sebagaimana yang dilakukan oleh pendakwa raya dalam kes-kes Anwar pada tahun 1998/99.

iv. Menafikan Anwar peluang untuk memeriksa dan mengesahkan contoh DNA dan sampel lain yang “mereka kini sedang gunakan untuk membuat dakwaan tidak berasas” terhadap Anwar.

Anwar, 61, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 1151, Desa Damansara Kondominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

Saiful membuat tuduhan itu beberapa hari selepas beliau menemui Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri. Anwar ketika itu mengecam Najib berhubung beberapa isu termasuk pembunuhan mangsa Mongolia Altantuya Sharibuu serta sogokan dalam kontrak pembelian peralatan tentera.

Dakwaan Saiful bukan sahaja dilihat mempunyai motif politik malah lebih rapuh apabila doktor yang memeriksa beliau mendapati tidak ada kesan-kesan untuk menyokong dakwaan Saiful kononnya mangsa liwat.

Najib dan UMNO telah menggunakan dakwaan Saiful sebagai modal politik untuk mengaibkan Anwar dan keluarganya pada pilihanraya kecil Permatang Pauh. Namun cubaan itu gagal apabila Anwar menang dengan majoriti besar dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.