BONGKAR Kalau cinta sudah dibuang Jangan harap keadilan akan datang Kesedihan hanya tontonan..

Rabu, 13 Mei 2009

MB Sah, MB Kekal


Mahkamah Tinggi kata MB Nizar ialah MB yang sah di Perak. Mahkamah Rayuan pula kata MB DPulau ialah MB yang kekal di Perak. Tarikh penentu kes akan dimaklumkan kemudian oleh mahkamah. MB DPulau hanya berjaya memohon perintah mahkamah untuk menghalang MB Nizar daripada menjalankan tugas sebagai MB Perak terutama tugas MB yang boleh memohon perkenan istana untuk membubarkan DUN Perak.

Esok entah apa pula yang akan dibuat oleh MB DPulau? Esok mungkin giliran Speaker MIC@mic pula mendendangkan Sidang DUN. Kemudian Speaker Sivakumar cabar keesahan statusnya di mahkamah. Memang UMNO telah dengan sengaja memeningkan Tuanku Sultan dan rakyat Perak.

Beginilah rupanya nasib negeriku yang dihina oleh Satu Malaysia .. ada MB Sah, ada MB Kekal

Nizar seeks to bury stay order

By Debra Chong

KUALA LUMPUR, May 13 — Pakatan Rakyat's (PR) Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin is applying today to set aside yesterday's Court of Appeal order to stay his declaration as the rightful mentri besar of Perak.

A lawyer for Nizar told The Malaysian Insider the legal team will be filing the application at the same court in Putrajaya after lunch.

Court of Appeal judge Datuk Ramly Ali had yesterday granted Barisan Nasional's (BN) Datuk Seri Zambry Abd Kadir's request to suspend the declaration, effectively preventing Nizar from carrying out the duties of an MB until his appeal proper is heard.

Zambry had filed his appeal early yesterday morning.

Nizar had sued Zambry in the High Court for "usurping" the MB's post in February.

High Court judge Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim decided in Nizar's favour last Monday.

Justice Abdul Aziz ruled that Nizar was the lawful MB, noting he had not resigned nor been officially removed by members of the Perak Legislative Assembly, which can only be carried out through a vote of no confidence tabled against him on the floor of the assembly. Malaysian Insider

Kemelut T'ganu: ADUN BN diarah 'tutup mulut'

Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) telah memanggil semua ADUN BN Terengganu untuk menasihatkan mereka supaya berhenti mengeluarkan kenyataan media yang boleh mengeruhkan lagi kemelut politik negeri itu.

Pertemuan tersebut diadakan di Motel Desa, Kuala Terengganu lebih seminggu lalu selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang, yang menyaksikan 10 ADUN BN tidak menghadirinya.

Mereka bertindak demikian selepas tiga ADUN BN menerima SMS yang berunsur ugutan menjelang sidang DUN awal bulan lalu.

Bagaimanapun, mereka menghadiri hari terakhir sidang DUN tersebut atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seorang ADUN memberitahu Malaysiakini bahawa MPPR menjemput semua ADUN BN untuk menghadiri pertemuan tertutup berkenaan.

ADUN berkenaan yang tidak mahu namanya disebut berkata, Menteri Besar Datuk Ahmad Said tidak hadir kerana difahamkan tidak dijemput.

Manakala tiga daripada 10 exco kerajaan negeri menghadiri pertemuan tersebut berlangsung juga berlangsung selama kira-kira dua jam.

Beliau bagaimanapun tidak tahu mengapa tujuh lagi exco kerajaan negeri tidak menghadiri pertemuan tersebut.

'Hisham jumpa MPPR'

"Kami hanya mendengar nasihat dari dua wakil MPPR tanpa mengemukakan sebarang soalan kepada mereka.

"Kerana itu, kami tidak mahu membuat kenyataan lagi mengenai politik Terengganu kerana ia merupakan tempoh bertenang.," katanya ketika dihubungi semalam.

ADUN berkenaan juga memberitahu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut mengeluarkan arahan kepada mereka supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar.

Sebelum itu, difahamkan Pengerusi Umno Terengganu yang baru, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengadakan pertemuan dengan MPPR di tempat yang sama.

Menurut seorang pegawai yang rapat dengan Ahmad, pertemuan tersebut ada kaitan dengan prestasi Ahmad sebagai menteri besar.

Beliau berkata, Hishammuddin telah menyampaikan hasrat kumpulan ADUN BN yang tidak puas hati dengan Ahmad dan mereka mahu menteri besar itu digantikan.

Berikutan itu, difahamkan Ahmad telah menghadap yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Sultan Terengganu sebaik sahaja baginda pulang dari luar negara.

Baginda dikatakan memberi jaminan Ahmad akan terus menjadi menteri besar Terengganu.

So who’s the boss in Perak?

By Shannon Teoh

IPOH, May 13 — One says he is still the rightful mentri besar but vacates the office. The other says he will resume his duties as mentri besar but will not say when he will move back into the office.

So who's really the mentri besar of Perak now? Neither side wants to appear desperate to cling on to power now and are instead talking about respecting the rule of law.

Pakatan Rakyat's (PR) Datuk Seri Nizar Jamaluddin left the state secretariat here yesterday along with his executive council while telling reporters that he was doing it "out of respect to the Court of Appeal's decision."

Yet later he insisted he was still the mentri besar and the High Court ruling two days ago meant that he has been the uninterrupted chief executive of Perak since he was sworn in.

"We do not want to wait until they send a notice asking us to move out," he said in a press conference later, adding that they were not power crazy but simply wanted the power to be returned to the people.

But this was exactly the same move adopted by Barisan Nasional's Datuk Seri Zambry Abd Kadir when the High Court made its ruling on Monday. His staff and executive council immediately packed their belongings and moved out.

While Zambry said yesterday he would resume his duties according to "the status quo" and declared decisions by Nizar including the suspensions of the state secretary and legal adviser invalid, he shied away from questions of when or whether he would move back into the state secretariat.

The government building seems to have developed a symbolic quality of its own, an icon of power that has in the past three months seen unprecedented scenes in Malaysian political history.

For PR at least, it is adopting a consistent stance of asking for fresh elections, something it has been wanting since being muscled out of government on Feb 5, claiming that the right to choose the government belongs to the people.

BN, on the other hand, is finally catching up to the idea that legitimacy lies in public perception and is not willing to jump the gun again and appear the aggressors as it did during the Feb 5 putsch and the May 7 state assembly where V. Sivakumar was wrestled out of the speaker's seat.

The result? Today, Perak might have two men claiming to be MB but neither actually executing the job.

Masih berharap?

Belum sempat dengung disebabkan ubat kaki tiga aku hilang. Belum sempat hingus akibat selsema  aku berhenti meleleh..belum sempat aku salin seluar dalam…kerajaan Perak bertukar tangan lagi.

Dalam aku dok kata…ia berlaku lagi. Mahkamah Tinggi kata A, Mahkamah Rayuan kata B. Kita nak kata apa? Tahan saja la…kena buli.

Berapa lama hangpa nak tahan? Berapa lama hangpa nak kena buli? Kalau hangpa masih percaya kepada demokrasi ala Malaysia…jangan komplen.Terima saja.

Aku tak mau cakap pasai keputusan mahkamah. Yang tu loyar buruk pun boleh sembang tujuh cawan.

Cuma yang aku nak tanya…siapa yang menangani krisis Perak ini dari sudut Pakatan Rakyat?

Pakatan Rakyat  tak ada Pemerintah. Anwar hanya jadi Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR…tapi bukan Ketua Turus Pakatan Rakyat. Penglibatan Anwar dalam kes Perak cukup sikit. Takat datang bagi ceramah dan keluar kenyataan. Anwar gagal membimbing Pakatan Rakyat Perak…malah membiarkan saja Perak dikemudikan oleh Nizar.

Haji Hadi pun serupa. Takat  bersuara kat masjid Rusila.

Mungkin depa sebok…tak pa la. Tapi ketua-ketua Pas dan PKR Perak pi mana? Hangpa pernah dengar kenyataan atau arahan dari Ahmad Awang dan Hj. Osman?

Pernah dengar ulasan atau pendapat dari Ahmad Awang atau Hj. Osman?

Daripada mula krisis Perak sampai sekarang, penglibatan Ketua PKR dan Pesuruhjaya Pas Perak langsung tak nampak. Dalam sidang media pun tak ada. Nak kata buat sidang media pun tak jugak. Habih depa buat apa?

Krisis Perak memerlukan kepimpinan yang kuat.dan pemimpin itu perlu ada di centre of activity setiap masa. Kalau Anwar sebok di Kuala Lumpur, Hj. Hadi sebok di Terengganu…pemimpin PR Perak perlu ada di Ipoh. Tapi kalau Ahmad Awang pun sibuk di Bagan Serai, Hj. Osman sibuk di Kelang… sapa nak jaga negeri?

dan apa kejadahnya Ketua PKR Perak duduk diKelang? Nak jaga Perak atau nak jaga Selangor?

DAP dah cukup kuat. Tapi Nizar masih belum cukup kuat. Betul…dia Menteri Besar..tapi dia tak boleh nak buat keputusan bagi pihak Pas sebab dia bukan Pesuruhjaya Pas Perak. Dia boleh suruh rakyat Perak turun ke Ipoh..tapi kalau Ahmad Awang kata…”tak payah turun la..”, cakap Nizar tak laku.

PKR Perak…tak tau nak kata apa. Dah la keruntuhan PR Perak disebabkan oleh dua katak PKR yang melompat. Bila jatuh…apa yang PKR Perak buat? Setiap kali pemimpin Pakatan Rakyat Perak bermesyuarat..selalunya selepas tu ada sidang media. Dan orang pun bertanya…mana pemimpin PKR?

sidangmediapr1

kot-kot la ada Hj. Mail kat belakang.  Tapi kalau takat Hj. Mail…lebih kurang aku jugak. Kurang-kurang pun..kemana aku pi…ada jugak peminat nak bergambar.

Kalau dilihat kepada apa yang berlaku sekarang..orang yang mengendali krisis Perak ini hanyalah Nizar dan Ngeh. Orang-orang parti..baik Pas atau PKR hanya menunggu perkembangan kat markas atau kedai kopi.

Sekurang-kurangnya..orang Pas ada juga buat ceramah. Tapi orang PKR buat apa?

Anwar kena ambil perhatian kepada Perak. PKR Perak makin hari makin teruk. Ketua PKR Perak duduk di Selangor. Timbalan Ketua PKR Perak dah jadi calon bebas menyokong Umno. Sapa yang mengemudikan PKR Perak? Kalau Anwar pun tak ambil pot tentang PKR Perak…kalau lingkup pun memang patut.

Haji Hadi pun kena ambil serius tentang Pas Perak. Respek kat Hj. Ahmad Awang tu satu hal…tapi memimpin Perak dalam keaadaan gawat ni satu hal.

Mungkin ada yang akan tanya…pasai apa tiba-tiba aku dok balun Hj. Hadi dan Anwar? Sebab aku dah tak percaya kat mahkamah. Kalau aku percaya kat mahkamah…aku tak payah sebut Anwar dan Hj. Hadi. Serahkan saja nasib Perak ni kepada Sulaiman Abdullah dan Hanipa Maidin. Tapi kedua-dua lawyer ni hanya mampu geleng kepala..melihat bagaimana mahkamah diperkudakan.

Nak harap Sultan? Semalam Sultan ada peluang terbuka untuk membubarkan DUN. Surat permohonan untuk membubarkan DUN dihantar jam 9.25 pagi. Kalau Sultan atau Raja Muda memperkenankan pembubaran DUN semalam…selesai krisis Perak ni. Tapi.. pengurniaan pingat lebih penting dari menyelesaikan kemelut Perak.

Nak harap sapa lagi?

Jalan terakhir ialah menggerakkan kuasa rakyat. 54% rakyat Perak menyokong Pakatan Rakyat. Dan dengan segala kedurjanaan UBN di Perak…sokongan itu makin meningkat. Itu sebab UBN takut mengadakan pilihanraya DUN. Cuma…tidak ada keseriusan dikalangan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Kalau Anwar benar-benar serius dengan Ketuanan Rakyat…buat la sesuatu. Kalau tidak…aku akan mengatakan Ketuanan Rakyat itu hanyalah gimik politik…sebab akhirnya kita masih bertuankan Umno dan Barisan Nasional. Kalau  Ketuanan Rakyat gagal..Anwar gagal.

Kalau Hj. Hadi mahu memartabatkan perjuangan Islam…buat la sesuatu. Kalau tidak..rakyat Perak terpaksa jugak bertuankan iblis.

Jangan salahkan rakyat Perak..sebaliknya rakyat Perak akan mengatakan..Anwar dan Hj. Hadi gagal.

Nizar Zambry : Razaleigh kata Sultan & sistem beraja tanggung malu


S
emuanya kelihatan seperti drama bersiri yang belum ditetapkan bilangan episod terakhirnya. Pengarahnya terlalu ramai.

Kelmarin apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengistiharkan Mohd Nizar Jamaludin masih sebagai Menteri Besar Perak yang sah, terlalu banyak komen termasuk daripada politikus veteran mengatakan, "demokrasi telah dikembalikan" dengan keputusan tunggal hakim berkenaan.

Bagi saya, adalah terlalu awal untuk mencerminkan demokrasi, kebebasan kehakiman, ketelusan kerajaan, kewibawaan institusi istana dan sebagainya hanya dengan satu penghakiman yang dilihat sebagai "mewakili suara majoriti rakyat".

Biar mulut Zambry Abdul Kadir bertasbih beribu kali mengatakan, "kita terima keputusan mahkamah", namun tindak-tanduk awalan Abdullah Ahmad, Najib Abd Razak dan Zambry sendiri telah mencontengkan arang ke muka pengadilan dan demokrasi itu sendiri.

Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa, "kita bimbang tiada penyelesaian. Perkara ini perlu dilihat dari perspektif rakyat" ketika mengulas kemelut di Perak.

Malah, isu penculikan V Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri biar hanya untuk seketika merealisasikan kebiadaban penggubal undang-undang yang dilihat sebagai tidak beretika dan tidak bermoral.

Sudahlah perlantikannya Speaker baru datang dari satu kumpulan yang tidak sah, tanpa upacara mengangkat sumpah seperti lazimnya dan tindakan mereka 'mengkatunkan' DUN yang sebelum ini dikira mulia, sangat-sangat mencemar dan memalukan rakyatnya.

Mei 7 pasti meninggalkan kenangan pahit dan manis. Perak masih menangis sesudah Gaza.

Anak raja Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah berpandangan bahawa peristiwa ini bukan sahaja telah membelit Perak, malah merosakkan keluhuran undang-undangnya, mencalarkan badan kehakiman, polis dan pentadbiran awamnya serta mencemarkan sistem beraja di mata umum.

Tegas Razaleigh lagi, "sultan dan sistem beraja itu sendiri menanggung malu dengan babak ini".

Ahli-ahli politik dari Gerakan, Pakatan Rakyat, pakar perlembagaan, Suhakam, NGO, mereka yang berminat dengan politik dan undang-undang, pemerhati politik, penulis, mahasiswa, pekerja, individu dan rakyat bukan sahaja dari Perak hatta seluruh Malaysia mengharapkan agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan supaya hak rakyat dikembalikan ke tangan mereka.

Mahkamah tidaklah merupakan institusi terbaik. Ia bertindak seperti "muzium". Tiada roh di dalam undang-undang buatan manusianya.

Dewan Undangan Negeri telah dicemarkan dengan kerakusan politikus, polis dan senjata, dan banyak 'binatang betopengkan manusia' di dalamnyabaru-baru ini.

Sistem monarkinya sentiasa menegaskan bahawa mereka bukanlah bisu dan pekak. Tetapi tidak ke mana jua tindakan mereka.

Kuasa hebat yang ada hanyalah pada rakyat. Makkal shakti sahaja dapat merubah keadaan. Bukan sahaja mahkamah, DUN dan monarkinya malah kepimpinan yang buta boleh digantikan dengan kuasa hebat ini.

Tengku Razaleigh menambah, "kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri".

Jangan jadi macam, "hidung sudah rampung, masih mahu diatur orang".-alkerohi

KeADILan Perak buat laporan polis kes hina Speaker

SUNGAI SIPUT, 12 Mei (Hrkh) - Parti KeADILan Rakyat Negeri Perak telah membuat laporan polis serentak semalam mengenai penghinaan dan kekerasan yang dilakukan terhadap Speaker V. Sivakumar oleh Umno/BN di pembukaan DUN Perak 7 Mei lalu.

Dalam kejadian tersebut V. Sivakumar yang masih kekal jawatan Speaker Dun Perak yang sah telah diusir dan diheret keluar oleh pihak Umno/BN yang tiada memakai lencana pengenalan diri ketika Sidang Dewan Negeri Perak sedang berjalan.

Malah dilaporkan juga tragedi ditanggalkan jubah pakaian rasmi Speaker secara paksa oleh anggota polis yang dikatakan tiada pakaian seragam dan tanpa memakai tanda pengenalan diri.

Semalam tepat jam 3.30 petang pimpinan PKR yang diketuai oleh Timbalannya Haji Ahmad Zainal telah membuat laporan polis mengenai perkara tersebut di Balai Polis di sini.

Menurut Ketua KeADILan di sini Haji Mohd Aun Mansor partinya juga akan membuat aduan polis mengenai pemecatan tugas Ketua Kampung dan AJKKK Kerajaan Pakatan Rakyat oleh Umno/BN baru-baru ini. - mns_

Umno 'bermatian' halang pilihan raya kecil di Perak

KOTA BHARU, 12 Mei (Hrkh) - Kini hanya tinggal satu pilihan, bubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi menyelesaikan segala kemelut politik di Perak.

Tanpa tindakan tersebut rakyat negeri terbabit akan terus menjadi mangsa.

Ketidakstabilan politik boleh menjejaskan segala-galanya.

Ini kerana hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Sedangkan Hakim Mahkamah Tinggi semalam mengisytiharkan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pembubaran Dun sahaja satu-satunya jalan keluar yang ada di Perak sekarang.

"Kejayaan Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam menambah lagi kerumitan isu tersebut.

"Polemik ini tidak ada kesudahannya dan sudah pasti kehidupan harian rakyat akan terjejas," katanya di sini.

Hari ini Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam selepas mendengar permohonan Zambry.

Peguam Zambry berhujah penangguhan keputusan mahkamah semalam bertujuan menghalang Nizar mendapatkan perkenan Sultan Perak bagi membubarkan Dun.

Penangguhan keputusan mahkamah itu turut mendapat sokongan Peguam Negara.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, Umno dan BN tidak perlu gusar bagi mendapatkan semula mandat rakyat kerana mereka sering kali mendakwa parti itu kuat di bawah Perdana Menteri baru.

"Umno tidak perlu gusar untuk menghadapi pilihan raya semula. Namun tindakan Zambry mengemukakan rayuan segera secara jelas menggambarkan mereka begitu takut berdepan gelombang rakyat," katanya.

Menurutnya Umno kelihatan bekerja bermati-matian bagi menghalang pilihan raya diadakan sehingga terpaksa mendapat bantuan Mahkamah Rayuan.

Beliau juga berkata, sekiranya pilihan raya diadakan lagi di Perak, Dewan Pemuda PAS Kelantan bersedia menghantar lebih ramai lagi petugas membantu jentera kempen. - mj

NIZAR UMNO ZAMBRY:POLITIK PERAK ALA KARTUN POPEY

Petang semalam Dato' Seri Nizar Jamaluddin disahkan Menteri Besar Perak. Tiba-tiba petang ini pula Dato' Dr Zambry Abdul Kadir diberi semula jawatan itu.

Tidakkah situasi ini memeningkan. Rakyat di bawah lebih bercelaru lagi apabila mengikuti perkembangan kes di Perak sekarang.

Apakah babak-babak kartun sudah mulai meresap ke dalam politik Malaysia.

Anggota parlimen Pasir Puteh, Mohamad Hussin berkata, krisis politik di Perak tidak akan selesai selagi mandat tidak dikembalikan kepada rakyat.

"Mahkamah bukan jalan terbaik bagi menyelesaikan konflik politik yang berlaku di Perak sekarang. Tengoklah apa yang berlaku hari ini. Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar.

"Tetapi hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi. Tidakkah ini seperti kartun yang ditertawakan orang luar," katanya ketika ditemui di sini.

Hari ini Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali yang mendengar permohonan Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah penangguhan keputusan mahkamah semalam penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mohamad berkata, mahkamah bukan lagi jalan terbaik bagi menyelesaikan isu yang berbangkit di Perak sekarang.

"Ini kerana dari awal lagi krisis di Perak berpunca daripada sikap rakus pemimpin Umno selepas hilang kuasa pada pilihan raya umum lalu," katanya.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, BN terlalu takut kehilangan kuasa yang dirampas Febuari lalu apabila segera membuat rayuan bagi menghalang keputusan dibuat Mahkamah Tinggi.

"BN perlu menyedari keangkuhan dan kerakusan akan membawa padah. Sepatutnya mereka lebih profesional sebelum bertindak merampas Perak dahulu," ujarnya.

Menurutnya impak daripada rampasan kuasa tersebut secara jelas menyebabkan suasana di Perak tidak lagi tenteram.

Bagaimanapun kata beliau peluang untuk kembali landasan asal masih ada sekiranya diberi semula kepada rakyat bagi menentukan hak mereka sebagai pemilih. -Zuharman 

dah haram.. mana boleh jadi halal pulak..??

Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Nizar ( bukannya Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Nazri adalah Menteri besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.