BONGKAR Kalau cinta sudah dibuang Jangan harap keadilan akan datang Kesedihan hanya tontonan..

Khamis, 7 Mei 2009

Drama Persidangan DUN Perak hari ini

Sorotan adegan yang mesti kena lihat sepanjang 5 jam DUN Perak bersidang dari jam 10 pagi tadi. Di dalam umpama TAIWAN, diluar pula umpama THAILAND..Adehhh..! Bila kerja blogger nak selesai nih..azab giler nak tunggu habis telenogila nih..! Foto di dalam Dewan

Foto terkini, penamat Siva sebagai Speaker DUN Perak..perjuangan hingga saat akhir, kemana beliau akan dibawa ? Hanya Tuhan yg tahu..wak tak tau !

bengis tu beb !

Kecoh..terus kecoh ! mana satu speaker nak ikut !

Bubar DUN..bubar DUN..jeritan DUN PR !

Lu sudah kencing kaa ? kalau belum..tunggu malam laa..!
Boleh tahann..maa !!








Foto di luar Dewan..!



Adun Teratai, Janice Lee

Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar


Salahudin Ayub, Ketua Pemuda Pasyang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian


Sidang belum dirasmi, mahkamah juga penentu status?

ADUN Pakatan dan BN saling menolak antara satu sama lain pada sidang DUN Perak di Ipoh, hari ini --foto THE STAR oleh SAIFUL BAHRI

IPOH: Status Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang masih belum dirasmikan sehingga 2 petang ini kemungkinan akan ditentukan oleh mahkamah kelak.

Perkembangan hari ini memperlihatkan krisis politik yang tercetus awal Februari lalu akan berlarutan.

Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak Barisan Nasional (BN), Datuk Hamdi Abu Bakar berkata, beliau percaya akan ada pihak yang akan membawa isu berkenaan ke mahkamah berdasarkan perkembangan hari ini.

"Mahkamah akan menjadi penentu. Saya fikir berdasarkan apa yang telah berlaku selama ini, isu lantikan telah dibawa ke mahkamah, soal SPR dibawa ke mahkamah, saya pasti akan ada pihak yang akan membawa isu hari ini ke mahkamah," kata beliau.

Beliau ditemui di waktu rehat sidang DUN. Ia ditangguhkan oleh Speaker yang dilantik oleh BN iaitu Datuk R Ganesan.

Selain pelantikan Ganesan, BN turut meluluskan tiga lagi usul dalam 'sidang' yang diadakan dalam sidang DUN hari ini.

DUN yang sepatutnya dirasmikan oleh Raja Muda Perak pada pukul 10 pagi tadi masih belum dirasmikan dengan anggota Dewan bertikam lidah sehingga mencetuskan kekecohan.

Speaker V. Sivakumar yang memasuki DUN pada pukul 10 pagi mengumumkan beberapa ketetapan mesyuarat sebelum sidang dirasmikan Raja Nazrin.

Antara ketetapan itu ialah memecat Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exconya yang telah digantug dari memasuki DUN.

Turut digantung ialah tiga ADUN Bebas yang telah keluar parti masingI-masing dan dikatakan telah meletakkan jawatan.

Katanya ia selaras dengan ketetapan sidang bawah pokok 3 Mac lalu.

Di sebalik kekecohan itu anggota BN pula mengadakan sidang mereka dengan meluluskan usul memecat Sivakumar dan digantikan dengan wakil BN.

Wakil BN itu, Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengenakan jubah Speaker dan mengangkat sumpah.

Beberapa kemudian 'pengerusikan' sidang DUN dengan meluluskan usul membatalkan ketetapan sidang 3 Mac.

Selepas kecoh lebih hampir 70 minit suasana Dewan tenang mulai 11.16 pagi.

Bagaimanapun SIvakumar berkata, beliau tidak akan membenarkan sidang diteruskan selagi 10 anggota terbabit keluar Dewan.

Sivakumar mengarahkan 10 ADUN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir keluar dari Dewan.Sembilan lagi yang diarahkan keluar adalah enam ADUN yang juga Exco negeri iaitu Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Datuk Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Sementara tiga lagi adalah ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong.

Sivakumar berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak akan memulakan sidang selagi 10 ADUN tersebut tidak meninggalkan Dewan.

Setakat 11.50 pagi, sementara Raja Nazrin masih menanti di Kamar Diraja suasana DUN masih kelihatan tenang.

Speaker Sivakumar diangkut keluar Dewan

oleh G. MANIMARAN

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar dari Pakatan Rakyat yang tidak berganjak dari tempat duduknya sejak lima jam lalu telah diangkut keluar oleh pasukan polis keluar dari Dewan.

Walaupun tindakan membawa beliau keluar telah dihalang oleh anggota DUN Pakatan tetapi Sivakumar telah diangkut keluar dari Dewan kira-kira pukul 2.40 petang tadi oleh sepasukan polis.

Suasana dalam Dewan masih lagi kecoh dan kelam kabut sementara pergelutan antara anggota DUN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan masih berterusan.

Dalam pada itu, Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah masih berada di bangunan SUK negeri untuk merasmikan sidang DUN tersebut.

Baginda dijangka akan memberi ucapan Titah Diraja dalam waktu terdekat.

Sementara itu, Speaker baru 'lantikan' BN, Datuk R Ganesan kini mengambil alih tempat untuk memulakan sidang DUN negeri.

Bagaimanapun, tindakan Ganesan itu dihalang oleh beberapa anggota DUN Pakatan.

Two ‘Speakers’, two sides and a state in chaos

Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan - menentukan hidup mati pentadbiran menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan kestabilan kerajaan pencabarnya Datuk Zambry Abd Kadir - bermula seawal menjelang subuh hari ini apabila sekumpulan penyokong PAS mengadakan solat hajat di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh. 

Berikut perkembangan terkini di Perak:

12.37pm Hampir semua ADUN Pakatan Rakyat mengerumuni kawasan tempat duduk ADUN BN bagi meminta R Ganesan - speaker baru lantikan BN yang duduk di situ - meninggalkan dewan. 

Kumpulan ADUN BN mempertahankan Ganesan, dan berlaku sekali pertengkaran di dalam dewan yang mulia itu. Berlaku sedikit pergelutan seketika antara ADUN BN dan Pakatan tetapi mereka kemudian menghentikannya.

Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan pemimpin MIC Perak, tetap berdegil dan terus duduk di situ.

12.15pm Speaker asal V Sivakumar mengharamkan R Ganesan, speaker baru yang dilantik BN, meninggalkan dewan. 

Kemudian beberapa ADUN Pakatan mendekati Ganesan agar berbuat demikian dan mereka bertengkar. 

Mengejutkan, wakil-wakil rakyat BN hanya duduk dan memerhatikan gelagat tersebut, sambil membuat bising.

11.59am Tidak pasti bila Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah akan masuk ke dewan untuk merasmikan pembukaan persidangan DUN Perak. 

Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan sedang menunggu di dalam dewan. Tiada lagi pertikaman lidah seperti sejak dua jam lalu. Mereka sedang menunggu. 

11.22am V Sivakumar, speaker Pakatan, memulakan semula persidangan DUN walaupun R Ganesan, speaker BN, menangguhkannya sebentar tadi. 

perak state assembly chaos in the assmbly between speakers and state reps 070509 04Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh ADUN BN termasuk menteri besar mereka Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.

Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut.

Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi.

Wakil-wakil rakyat Pakatan berkumpul di sekeliling menteri besar mereka Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka tindakan selanjutnya.

Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak sehangat tadi.

11.13am Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan.

Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum boleh memasuki dewan.

11.01am Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan menteri besar mereka Zambry. 

Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya. 

Dengan perlindungan kumpulan ADUN BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V Sivakumar daripada kerusi Speaker.

Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut.

Kemudian Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru.

Dengan cepat Ganesan tampil dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN.

Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit "Speaker (Ganesan) ini haram", "selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram" dan "Perak ada Speaker haram."

Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi.

Sivakumar kemudian bangun semula dan mengumumkan - tanpa mikrofon - semua usul yang dibawa sebentar tadi ditolak oleh beliau sebagai Speaker.

ADUN Pakatan bersorak gembira. Kumpulan wakil rakyat BN mengabaikan arahan Sivakumar, dan meneruskan dengan usul bahawa perhimpunan di bawah pokok, pada awal Mac, anjuran Pakatan Rakyat sebagai tidak sah.

10.35am Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang. Speaker terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah, sementara menteri besar BN itu tetap bertegas Speaker itu telah diganti.

perak state assembly chaos in the assmbly between speakers and state reps 070509 02Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas. Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.

Kedua-dua pihak berkerumun di kerusi menteri besar di dalam dewan dan terus bertikam lidah. Setiausaha dewan cuba campur tangan tetapi ADUN Pakatan mengawalnya, sementara Speaker tidak melayannya.

Zambry cuba mengumumkan Speaker telah ditukar tetapi tetapi semua mikrofon ADUN telah dimatikan kecuali di depan Speaker. Setiap kali Zambry cuba bersuara, ADUN Pakatan Rakyat membuat bising.

Suasana tegang berlanjutan.

Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan tersebut belum boleh memasuki dewan akibat ketegangan tersebut.

10.20am Suasana kecoh di dalam dewan apabila kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat masing-masing bangun untuk campur tangan keputusan Speaker, V Sivakumar.

perak state assembly chaos in the assmbly between speakers and state reps 070509 01Sekumpulan ADUN Pakatan menghalang setiausaha dewan Abdullah Antung - yang juga digantung tugasnya - duduk di depan Speaker untuk memulakan persidangan. 

Mereka menggesa Abdullah agar tidak campur tangan dengan alasan beliau hanya seorang kakitangan kerajaan.

Tindakan itu mendorong wakil-wakil rakyat BN bangun dan turut berhujah. Kedua-dua pihak saling bertengkar dan menjerit-jerit. Suasana dewan menjadi tidak tentu hala. 

Bagaimanapun tiada pergaduhan fizikal berlaku.

Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir cuba berkata sesuatu tetapi Speaker menjawab bahawa beliau enggan mendengarnya. ADUN-ADUN Pakatan juga cuba menghalang Zambry bercakap. 

Menteri besar BN cuba membawa usul menggantikan Speaker tetapi ditolak. 

mujahid rawa10.19am Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat ditahan polis berdekatan DUN Perak kerana memasuki kawasan larangan polis 500 meter dari bangunan tersebut. 

dr jeyakumar 180108Wakil rakyat PAS bagi Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan wakil PSM bagi Sungai Siput, D Jeyakumar antara ADUN dan ahli parlimen pembangkang yang telah ditahan.

9.55am Speaker DUN V Sivakumar mengarahkan Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exconya - yang digantung oleh jawatankuasa khas dewan tersebut - keluar. 

Beliau enggan memulakan persidangan jika ketujuh-tujuh itu enggan mematuhi arahannya. Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja sebagai tanda sokongan.

Tindakan tersebut bermakna Speaker - yang mempunyai kuasa tersendiri dalam cabang legislatif - tidak mengiktiraf keputusan mahkamah yang telah membatalkan penggantungan yang dibuat oleh DUN.

Sivakumar, yang mengetuai jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak, juga mengarahkan tiga ADUN bebas meninggalkan dewan. 

Ketiga-tiganya dianggap telah meletakkan jawatan awal Februari lalu, sebelum rampasan kuasa BN.

Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja dan menjerit "keluar" ke arah 10 ADUN tersebut, tetapi mereka masih berdegil. 

ADUN Pakatan dan BN masing-masing menjerit ke arah satu sama lain.

Speaker DUN terus mengarahkan 10 ADUN itu meninggalkan dewan. Kedua-dua pihak BN dan Pakatan masih saling jerit-menjerit ke arah satu sama lain. 

salahuddin ayub 019.45am Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, ditahan polis di belakang bangunan utama pentadbiran Perak - yang menempatkan DUN.

9.30am Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN. 

Kedatangan baginda disambut dengan rasa hormat semua ADUN Pakatan Rakyat, mereka semua berdiri, tidak seperti sikap mereka terhadap Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir yang tidak menerima penghormatan itu.

ampang mp zuraida arrested ipoh 070520099.24am Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN sebelum pembukaan rasmi sidang. 

Beliau berjabat tangan dengan Speaker DUN V Sivakumar, juga seorang ADUN DAP bagi Tronoh.

9.23am Bilangan anggota polis yang kebanyakan berpakaian biasa - dalam vest kuning bertulisan "polis" - semakin ramai di bangunan Umno. 

Suasana tenang, helikopter kelihatan mengawal dari udara.

9.00am Ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin [foto, serba hitam] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong - yang ditahan - dibawa di dalam trak polis. 

Mereka menjerit "1Black Malaysia", "bubar DUN" dan "reformasi."

janice lee smiling arrested ipoh 070520098.50am Sekurang-kurangnya 11 orang ditahan polis, termasuk ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin, ADUN Teratai (Selangor) Janice Lee [foto, tersenyum] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.

8.40am Semua lebih kurang berada di perkarangan lobi bangunan Umno Perak, beberapa kilometer dari bangunan DUN. Sepanduk yang direntang berbunyi, antaranya, "kami anti penderhaka, pertahankan hak rakyat, biarkan DUN bersidang dengan aman."

Mereka juga melaungkan "daulat tuanku." 

8.35am Mohamad Nizar dan semua ADUN Pakatan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan. Semua pengawal peribadi mereka disekat masuk di pintu utama. Pemandu dibenarkan masuk.

perak state assembly police blockade and arrest of opposition mps and ngo reps 070509 138.30am Semua ADUN Barisan Nasional tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan dalam sebuah bas. Mereka disambut oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang berpakaian hitam di luar bangunan tersebut - yang menempatkan DUN Perak.

Tiga orang ditahan polis, termasuk ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.

7.55am Kira-kira 100 penyokong BN berkumpul di bangunan Umno, beberapa kilometer dari bangunan DUN Perak. 

7.45am Kawalan keselamatan ketat di Bangunan Perak Darul Ridzuan - yang menempatkan DUN Perak - bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada hari pertama persidangan yang akan dibuka secara rasmi oleh Raja Muda Perak.

Speaker asks Zambry to leave, Pakatan lawmakers and others arrested

UPDATED 10.20am

By Adib Zalkapli and Asrul Hadi Abdullah Sani

IPOH, May 7 — With the streets outside turned into what the DAP’s Lim Kit Siang has called a “warzone,” the Perak state assembly has convened with the Speaker V. Sivakumar asking Barisan Nasional’s (BN) Mentri Besar Datuk Dr Zambry Abd Kadir and six other lawmakers to leave the hall, turning the assembly into a scene of chaos amid shouting and screaming.

Earlier, all other assemblymen arrived, with Pakatan Rakyat (PR) lawmakers seated at the government benches.

Outside, more than 20 people, including at least six lawmakers, were arrested and scores others refused entry into the Perak State Secretariat as police locked down Ipoh city into what DAP supremo Lim Kit Siang called "a war zone" ahead of a controversial state assembly meeting.

Traffic was gridlocked as police rolled out barbed wire and mounted road blocks in a 500-metre radius from the building, allowing in only those with special passes and preventing hundreds of protesters clad in black T-shirts from the sitting to be opened by Raja Muda Raja Nazrin Shah.

"This has become a war zone. This is a national and international disgrace. Even when we have received official invites from the speaker, we are refused entry," Lim told reporters outside the restricted zone after his car was stopped from entry.

"It is most shameful and outrageous," the Ipoh Timur MP added. Beside him was Ipoh Barat MP M. Kulasegaran who was also not allowed into the complex. Kula's political secretary P. Sugumaran was earlier detained by police for refusing to leave the place.

PKR Wanita chief and Ampang MP Zuraida Kamarudin and DAP's Teratai assemblywoman Jenice Lee, Ayer Keroh's Khoo Poay Tiong and Bahau's Tey Kok Seong were also among those arrested. They were clad in black T-shirts and wore caps that said “Bubarkan DUN” or “Dissolve the State Assembly”, a key demand by the Pakatan Rakyat government toppled by Barisan Nasional in early February.

The electoral reform group Bersih, comprising opposition parties and some activists, urged Malaysians to wear back today, prompting police to arrest its spokesman Wong Chin Huat two days ago for sedition. The media studies lecturer is expected to be released from police remand tomorrow.

It is learnt that police have seized 200 black T-shirts emblazoned with the words “1BlackMalaysia” from a stall near a Kampung Manjoi surau where PAS supporters had earlier performed subuh or dawn prayers. Police had earlier warned against people gathering or wearing black.

They also shut down the roads around the state secretariat, causing traffic congestion in this normally sleepy capital city. Police said the roads will be reopened later in the day.

Ousted Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin and his executive council together with backbenchers, equalling the Barisan Nasional numbers at 28, were taken with police escort to attend the sitting in the 59-seat assembly.

Three other lawmakers are independent after they walked out of Pakatan and precipated the imbroglio.

Sivakumar arrives at the state secretariat at 9.35am and gets a salute from the honour guard as he is escorted by assembly secretary Abdullah Antong Sabri.

He is followed by Zambry who also receives a salute as Sivakumar and Abdullah escort him.

Raja Nazrin Shah arrives at 9.45am and inspects the honour guard. Secretariat officials then allow lawmakers, special guests and journalists into the assembly hall.

Police yesterday set up roadblocks at the Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab-Jalan St John junction and near the Jalan Tunku Abdul Rahman flyover.

They had obtained a court order to prevent illegal gatherings around the state secretariat and traffic police were on hand to divert traffic around the government sector in Ipoh.

Ipoh suram, jalan masuk Dun Perak 'dikepung' Polis!

IP- seluruh Kawasan menuju jalan masuk ke bangunan Perak Darul Ridzuan bermula di susur keluar Ipoh Utara pengunjung bandaraya Ipoh disambut dengan sekatan polis yang bermula sejak jam 9.00 malam tadi.

Sekatan berpagar putih dengan menempatkan sekurang-kurangnya 10 anggota di setiap OH, 7 Mei (Hrkh)sekatan membuatkan bandaraya ipoh kaku, tidak bergerak.

Tinjauan yang dibuat Harakahdaily mendapati kenderaan yang mahu menelusuri jalan ke arah bangunan persekutuan tidak boleh masuk walau darei mana sudut sekalipun.

Dari Jalan Bukit Gantang sekalipun krew Harakah gagal memasuki jalan ke pejabat Badan Perhubungan PAS Perak dan Pejabat DAP yang mana dua pejabat ini berada kira-kira setengah kilometer daripada bangunan Perak DarulRidzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Beberapa kenderaan diperiksa teliti oleh polis yang membujat sekatan, yang menyebabkan beberapa buah kenderaan tersadai di tepi jalan.

Sekatan juga diadakan di Taman Tasek Seenivasagam dan berhampiran Pejabat Mufti Perak.Kawalan keselamatan dilihat lebih hebat berbanding kawalan dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu.

Orang ramai yang mahu masuk ke Ipoh akan mendapati bukan sahaja bangunan yang menempatkan Dun Perak tidak kelihatan,malah bumbungnya juga tidak akan dapat dilihat akibat sekatan yang mengepung setiap penjuru jalan masuk ke Dun Perak. _

3 ditahan cuba serah kek hari jadi Altantuya

PETALING JAYA: Tiga lelaki ditahan polis dipercayai kerana cuba menghantar kek ke pejabat Perdana Menteri sempena ulang tahun hari kelahiran wanita Mongolia di Putrajaya pagi tadi walaupun telah dilarang berbuat demikian.

Ketua Polis Putrajaya, Supt Abdul Razak Abd Majid berkata, tiga lelaki tersebut iaitu Md Sani Md Shah, 32; Saufi Mihad, 28, dan Yasser Sheikh Abdul Rahman, 26 daripada kumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.

Setakat malam ini mereka masih ditahan polis bagi memberi keterangan lanjut.

"Mereka bertiga telah pun memberi keterangan tadi tapi kita masih menahan mereka untuk melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi mStar Online, lewat petang tadi.

Kira-kira 20 ahli SAMM berkumpul di kawasan letak kereta bangunan Perdana Putra dipercayai cuba menghantar sebiji kek sempena hari lahir wanita Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu.

Katanya, dua lagi lelaki daripada kumpulan itu iaitu Badrul Hisham Shaharin iaitu ahli Majlis Tertinggi PKR dan Nor Azizi A Aziz yang turut berada di tempat kejadian hanya diminta memberi keterangan.

"Kita hanya tahan tiga orang itu kerana kumpulan itu yang membawa kek.

"Sementara itu, yang dua lagi tidak ditangkap kerana mereka hanya mahu menyerahkan memorandum," katanya.

"Saya dah buat 3, 4 keputusan penting" - Speaker DUN Perak



Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar ketika ditemui media selepas mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini.

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berhadapan dengan kemungkinan hilang jawatannya esok telah memutuskan tindakan berhubung tiga hingga empat perkara penting untuk dilaksanakan apabila sidang Dewan bermula esok.

"Saya sudah buat keputusan berkaitan banyak perkata, tiga hingga empat perkara.

"Ada beberapa lagi belum saya putuskan," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan butiran tentang keputusan yang telah pun ditentukan tindakannya.

Ketika ditanya sama ada akan menolak dua usul yang dikemukakan oleh BN, Sivakumar yang merupakan ADUN Pakatan Rakyat enggan mengulas lanjut sambil meminta menunggu hingg esok.

BN mengemukakan usul agar Sivakumar digantikan oleh wakilnya dari MIC sebagai Speaker yang baru.

Bagaimanapun Sivakumar menekankan bahawa beliau sebagai Speaker mempunyai hak untuk menerima ataupun menolak mana-mana usul.

"Itu adalah kuasa Speaker," katanya yang turut enggan mengulas sama ada akan membenarkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exconya yang lain masuk ke Dewan pagi esok.

"Itu soalan serius. Saya tahu mahu menjawab," katanya.

Semalam bekas Exco Kanan semasa kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat berkata, Zambry dan enam Exco yang lain masih tidak layak untuk mengambil bahagian dalam sidang penggal baru esok.