BONGKAR Kalau cinta sudah dibuang Jangan harap keadilan akan datang Kesedihan hanya tontonan..

Rabu, 29 April 2009

Drama Penculikan Manohara Pinot Versi Kerajaan Kelantan

Ibu model cantik Manohara Odelia Pinot (Mano) menuduh putra Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fahkry, menculik putrinya saat berada di bandara di Jeddah, Arab Saudi. Namun, pihak istana mengatakan Daisy Fajarina, ibu Mano, cuma salah paham.

"Pemandu di Jeddah tidak tahu. Dia bawa Daisy ke tempat (pesawat) jet juga. Itu yang jadi masalah sedikit. Apabila jet sudah ditutup, tidak boleh dibuka lagi," kata sahabat dekat pasangan Fakhry-Manohara Odelia Pinot (Mano), Moh Soberi Shafii seperti dikutip dari www.malaysiakini.com, Selasa (28/4/2009).

"Jadi tertinggalah beliau (Daisy). Itu saja. Itu yang beliau katakan diculik itu," kata dia.

Menurut Soberi, pada saat di bandara Jedaah untuk pulang dari Umroh itu, Daisy memang diminta naik penerbangan lain, bukan jet pribadi yang ditumpangi Fakhry dan istrinya.

"Agen perjalanan lupa bilang kepada sopir mobil. Selepas dari hotel, kita ke jet, dan beliau (Daisy) ke (penerbangan) komersial," kata Soberi menjelaskan peristiwa yang terjadi pada Februari 2009 lalu itu.

Soberi mengaku, dirinya satu jet bersama Fakhry dan Mano pulang ke Kelantan. Di dalam pesawat itu juga ada seorang pengawal pasangan tersebut.

"Di dalam jet, Manohara menenelepon memberitahu ibunya bahwa mau balik ke Kelantan dan ibu (pulang) ke Jakarta," pungkasnya.

Dr Mansor calon PKR di Penanti

Seperti yang diduga, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, 58, tahun dipilih sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bulan depan.

anwar ibrahim dr mansor othman pkr candidate for penanti state seat by election 280409 03Pemilihannya diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi Yayasan Aman, di Penanti malam ini.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PKR negeri yang juga ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim; pengerusi DAP negeri dan exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow dan bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin.

Sejak Fairus mengosongkan kerusi tersebut pada 16 April lalu, tercetus spekulasi menyatakan bahawa Anwar akan memilih Dr Mansor bertanding di kerusi tersebut.

Dr Mansor, bekas profesor di Universiti Sains Malaysia, merupakan setiausaha politik Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan pusat BN.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 31 Mei depan.

anwar ibrahim dr mansor othman pkr candidate for penanti state seat by election 280409 01Pada 8 April lalu, Fairus meletakkan jawatan sebagai timbalan ketua menteri 1 selepas beliau disiasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan operasi kuari di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR) menyatakan tidak cukup bukti untuk mendakwa Fairus terhadap tuduhan tersebut.

Minggu lalu, Fairus mengulangi keputusannya untuk meletak jawatan wakil rakyat DUN Penanti.

Zambry @ Nizar - MB kudeta gagal lagi ?

Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan Zambry supaya diisytiharkan sebagai MB yang sah. Keputusan itu dibuat oleh kelima-lima hakim. Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Federal.

Nampaknya jalan pintas yang cuba diguna oleh Zambry melalui peguam-peguamnya telah dipintas juga oleh para hakim yang arif lagi bijaksana. Zambry gagal menggunakan Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkannya sebagai MB yang sah.

Dia berbuat demikian sebab tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf sebagai MB yang sah di Perak. Kemana sahaja dia pergi rakyat mencemuhnya dan mengelar MB haram. Dalam kes yang difailkan oleh Zambry pada beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:
1) Samada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.

2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.

3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.
Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dengan itu, kes permohonan Zambry bagi mengisytiharkannya sebagai MB yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

AL-FAATIHAH - Bantulah keluarga ini seikhlasnya dan kerana Allah

Saya menyeru sekelian rakyat Malaysia yang berhati luhur dan ikhlas agar dapat menyumbangkan simpati dalam bentuk apa saja, dana, pakaian, dan lain-lain kepada keluarga yang ditimpa musibah, di Trong minggu lalu. Sumbanglah..wahai saudara islam ku, buat anak2 yang telah pergi, Al-Fatihah..

Jenazah kanak-kanak Mohd Yusuf Nordin 2 tahun rentung terbakar pada 24 April 2009 .Datin Seri Fatimah kelihatan sedih melihat jenazah Mohd Yusuf (anak syurga)

Jenazah Mohd Saiful Nordin 7 tahun dan Jenazah Amirul (anak2 syurga) mati terbakar dalam keadaan berpelukan- Kelihatan Hj Nizar dan isteri.

Hj Nizar dan Isteri menenangkan Nordin Mat Nor 66 tahun dan Mah Abdul 34 tahun.

Musibah Pilu@Bukit Gantang :
Satu kejadian menyayat hati berlaku ke atas satu keluarga miskin tegar Nordin Mat Nor yang kehilangan 3 orang anak dalam kebakaran di Pondok Di Ladang Kelapa Sawit Kg Sungai Rotan,Batu Hampar.

HJ Nizar sewaktu kejadian di Lumut dalam satu Program Lumut Bandar Tentera Laut,bergegas untuk melihat kejadian rakyat miskin tegar kehilangan tiga anak dalam kebakaran di Sg Rotan. Beliau meminta pihak sekretariat Parlimen Bukit Gantang membantu pengurusan jenazah tiga beradik itu. Dengan kerjasama Ketua Kg Bt 26,Bt Hampar, pengurusan jenazah selesai pada 10.30 malam. Hj Nizar berharap pihak Sekretariat menguruskan pembinaan rumah baru untuk Nordin Mat Nor.

Bagi mereka yang ingin membantu bolehlah menelefon 012-5238483 untuk perhatian Cikgu Shaharudin Ahmad Sani atau di bawah ini di sertakan detail mereka bg sesiapa yang hendak menziarahi atau memberi sumbangan peribadi.

Suami : Noordin b Mat Noh
i/c no.: 430313-08-5413
Acc. BSN (Giro) : 08228-41-00001451-2

Isteri : Mah Bt Abdullah
I/c no. : 751223-08-5118
Acc. BSN (giro) : 08239-41-00001399-4

No. tel : 019-557 3391

Ataupun boleh berurusan dengan Hj Mokhtar@ Pak Ngah Radhi ( didlm gambar memakai kopiah putih). No. tel : 017-561 9351. Beliau yang banyak menolong menyelesaikan segala urusan bg keluarga Pak Noordin.

Tengku Temenggung K'tan hantar 'utusan damai' ke Jakarta

Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Tuanku Ismail Petra telah menghantar "utusan" untuk menemui ibu mertuanya, Daisy Fajarina, di Jakarta bagi mendamaikan hubungan antara kedua belah pihak, kata teman rapat pasangan tersebut, Mohd Soberi Shafii.

manohara odelia pinot indonesia model blog website 230409Mohd Soberi - yang mengaku kerap bersama pasangan tersebut sejak pertemuan pertama Manoharan Odelia Pinot dengan Tengku Muhammad Fakhry tiga tahun lalu - berkata utusan tersebut berlepas ke Jakarta semalam.

"Beliau pergi jam 2 (petang semalam). Saya rasa ibu Manohara (Daisy) tidak mahu berjumpa. Tetapi kita hantarlah," katanya yang kerap menggunakan slanga Indonesia dalam perbualannya.

Mohd Soberi bersetuju menemui Malaysiakini, sebuah agensi berita Indonesia - Antara - dan sebuah stesyen TV republik itu - TVOne - untuk menceritakan versi beliau mengenai isu sensasi itu. Pertemuan hampir sejam itu berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibunegara petang semalam.

Menurut Mohd Soberi, utusan itu juga diminta terus menjaga kebajikan ibu bekas model terkenal itu dan kakak beliau, Dewi Asih Pinot.

mohd soberi shafii"Istana tidak mahu campur," kata Mohd Sobri bahawa utusan tersebut bukan wakil rasmi Istana Kelantan.

Sehubungan itu, kata Mohd Soberi (foto), penyelesaian konflik pasangan tersebut kini "terpulang" kepada sikap ibu Manohara.

Tarik balik larangan


"(Perkara itu) terpulang kepada Daisy. Kalau (beliau kekal) agresif, masih berdendam, bagaimana (hendak selesai)?" kata Mohd Soberi Shafii.

Daisy sebelum ini mendakwa anaknya itu diculik dan didera kerabat diraja Kelantan itu, yang juga suaminya, dan juga mendakwa pernah didera, termasuk dilukakan di bahagian dada.

Isu itu mendapat perhatian besar, khususnya media Indonesia apabila Daisy tampil membuat kenyataan akhbar, mendesak campurtangan pemerintah republik itu.

Daisy juga berkata, beliau tidak dibenarkan masuk ke Malaysia, yang didakwanya atas arahan Istana Kelantan. Bagaimanapun, pihak imigresen menarik balik larangan tersebut Isnin lalu, atas Kementerian Dalam Negeri (KDN).

manohara odelai pinot mother daisy fajarina 230409Mohd Sobri juga berkata tidak perlu Duta Besar Indonesia di Malaysia, Dai Bachtiar membuat kunjungan ke Istana Kelantan berhubung perkara itu.

"Itu sudah jadi (hal) kerajaan. Kerajaan hendak masuk istana, kena sebaik-baiknya. Untuk apa (ke istana)? Kalau Pak Bachtiar pergi, tetapi ibu Daisy (foto) terus menghuru-harakan keadaan bagaimana?" soalnya.

Mengenai dakwaaan Daisy bahawa Tengku Temenggung Kelantan itu 'menculik' Manohara selepas selesai mengerjakan umrah, Mohd Soberi menjelaskan, ia berpunca daripada salah faham semata-mata.

"Pemandu di Jeddah tidak tahu. Dia bawa Daisy ke tempat jet (akan berlepas) juga. Itu yang jadi kelam-kabut sikit. Jet bila tutup pintu, tidak boleh buka dah.

Pulang dari Umrah

"Jadi, tertinggalah beliau (Daisy). Itu saja, itu yang beliau kata culik itu," katanya sambil menambah, Daisy sepatutnya pulang menaiki penerbangan lain.

Mohd Sobri berkata, beliau juga berada di situ dan menaiki jet yang sama dengan Tengku Temenggung dan isterinya pulang ke tanahair.

Menurutnya, turut bersama mereka ialah seorang pengawal peribadi suami isteri itu.

"Ejen perlancongan lupa cakap pada pemandu kereta. Sepatutnya (selepas) turun dari hotel, kita ke jet, beliau (Daisy) ke (penerbangan) komersial.

manohara odelia pinot tengku fakhry kelantan selangor fa cup final 280409"Ibunya tak tahu. Bila ibu tengok anak naik jet, ibu menangis. Tetapi dalam kapal terbang, Manohara telefon beritahu (ibunya) mahu balik Kelantan dan ibu (pulang) ke jakarta," katanya.

Mohd Soberi mendakwa 'ketengangan' antara kedua pihak itu bermula apabila Daisy didakwa menuntut kerabat diraja itu melangsaikan hutangnya.

"Beliau (Daisy) minta supaya Tengku TT (Tengku Temenggung) bayar hutang. Sedangkan TT telah beri RM300,000," kata Mohd Sobri yang mendakwa hutang Daisy berjumlah RM600,000.

"Satu malam beliau bertempik di rumah Tengku TT, tempik macam orang gila. Kenapa tak bagi wang? Anak sudah dikahwini. (Tengku) TT kata hendak bayar, (dan minta) acknowledgement RM300,000 yang telah dibayar sebelum ini," kata Mohd Sobri.

'Berjanji di depan Kaabah'

Selepas itu, katanya, Daisy menerangkan kepada Tengku Temenggung mengenai perbelanjaannya dari wang tersebut.

"Di situ (Daisy) mula marah, kaburkan (bawa pergi) anaknya ke Jakarta," tambah Mohd Soberi.

Diminta menjelaskan keadaan semasa Manohara, beliau berkata, kedua pasangan itu sudah "berjanji dan berbai'ah" sebagai suami isteri daripada dunia sampai akhirat di depan Kaabah.

manohara odelia pinot tengku fakhry kelantan"Saya tanya Mano, masih mahu (bersama Tengku Temenggung)? (Katanya) Kalau tak mahu, saya sudah minta minta cerai. (Tengku) TT adalah lelaki pertama dan terakhir saya. Itulah ucapan Manohara setiap kali saya tanya, berpuluh kali," kata Mohd Soberi.

Beliau juga menjelaskan, Daisy dilarang masuk ke negara ini sebelum ini bagi mengelakkan beliau membuat 'kecoh' di Kelantan, tambahan lagi ketika itu menjelang hari keputeraan Sultan Kelantan Mac tahun lalu.

"Di sana beliau beritahu ejen perlancongan mahu ke Kelantan, suruh Manohara minta cerai. Mahu bawa balik Manohara. Kalau tak, beliau kecohkan hari keputeraan (Sultan). Ibu Daisy ini agresif, beliau tak takut sesiapa," katanya.

Mohd Sobri berkata, pertemuan ibunya dengan gadis berumur 17 tahun itu tidak sesuai diadakan pada masa ini.

"Kalau kita pertemukan (mereka) saat ini, saat beliau marah dan berdendam, beliau nanti menghasut anaknya, (dengan berkata) kamu sayang akukah? Kamu mahu lihat aku matikah? Jadi Manohara tidak boleh stand itu," katanya.

Sementara itu, usaha Malaysiakini beberapa kali untuk menghubungi Daisy bagi mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan Mohd Soberi, setakat ini belum berhasil.