BONGKAR Kalau cinta sudah dibuang Jangan harap keadilan akan datang Kesedihan hanya tontonan..

Khamis, 25 Jun 2009

SPRM Masih Belum Putuskan Kes Ali Rustam

Bingkas menyiasat dan menuduh pembangkang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun belum lagi membuat keputusan berhubung politik wang yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam bagi jawatan Timbalan Presiden Umno.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berkata SPRM telah menjalankan dua kes siasatan terhadap wujudnya pemberian wang rasuah dengan tujuan mencalonkan Ali sebagai Timbalan Presiden Umno pada Mesyuarat Umno Bahagian Rendang pada 8 November 2008.

“Kedua-dua kes siasatan telah diselesaikan dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk keputusan dan arahan lanjut,” kata Nazri dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Ali telah dilucutkan kelayakan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno Mac lalu oleh jawatankuasa displin parit.

Namun kepimpinan UMNO berpendirian kesalahan rasuah politik oleh Rustam bukan halangan untuk beliau terus menjadi Ketua Menteri Melaka.

Nazri berkata, satu lagi siasatan berhubung dengan dakwaan pemberian sogokan kepada Ketua Cawangan dan perwakilan Umno cawangan Rendang untuk menyokong dan mengundi Ali sebagai Timbalan Presiden Umno ditutup kerana tidak ada bukti.

Panggilan Saiful Ke Mindef

Suara Keadlian - Sebuah laman web yang didaftarkan atas nama Pahangdaily.blogspot.com melaporkan Saiful Bukhari Azlan sentiasa berhubung dengan pihak tertentu di Kementerian Pertahanan sebelum membuat laporan polis berhubung dengan dakwaan liwatnya.

Menurut blog itu, Saiful membuat sekurang-kurangnya enam panggilan ke Mindef sebelum laporan polis berkenaan dibuat pada Jun 2008.

Rekod panggilan tersebut turut mendedahkan Saiful berhubung secara langsung dengan pihak tertentu di Kementerian Pertahanan sejak Februari tahun lalu, iaitu sebulan sebelum beliau bekerja dengan Anwar Ibrahim, menurut blog itu.

Rekod panggilan itu turut mengesan Saiful sebagai berhubung dengan pihak tertentu di Mindef hampir setiap hari ketika beliau bekerja sebagai pembantu Anwar.

Ini menguatkan hujah bahawa ada tangan-tangan tersembunyi yang merencanakan ulangan konspirasi 1998 dalam satu lagi cubaan untuk menjatuhkan Anwar.

Rekod panggilan ke Mindef itu tentunya menimbulkan lebih banyak persoalan dan menguatkan teori konspirasi di peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar.

Blog Pahangdaily berkata Saiful tidak harus terlalu angkuh semata-mata kerana mempercayai beliau dilindungi oleh pihak-pihak tertentu.

“Kebenaran pasti akan terserlah jua nanti. Malah sumpah yang dipermainkan oleh Saiful juga banyak dilihat telah memakan dirinya sendiri dan menambahkan kekalutan kes ini,” ujar blog berkenaan.