![]() |
TV Antara - Penangkapan hampir 160 pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sejak Najib Razak menjadi Perdana Menteri mencerminkan kepada dunia bahawa Malaysia telah menjadi sebuah negara polis. Menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham polis menyalahguna kuasa dengan bertindak menahan orang awam sesuka hati mereka tanpa menghiraukan hak asasi manusia. Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas mendakwa penahanan hampir 160 dalam jangka masa dua bulan adalah lebih buruk daripada Operasi Lalang pada 1987 semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad di mana 106 ditahan di seluruh negara. "Sekarang jumlah mereka yang ditahan kali ini mencecah 157 orang di mana 80 daripadanya adalah di Perak," katanya. Melihat kepada zalim dan melampau batas undang-undang mereka Ngeh berkata, "Polis DiRaja Malaysia" kini lebih dikenali oleh rakyat Perak dan rakyat Malaysia sebagai "Polis Raja Di-Malaysia". Ini kerana dilihat sebagai polis bersekongkol dengan Umno dan Barisan Nasional untuk menyekat sepenuhnya kebebasan bersuara dan bergerak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Malam Selasa lalu, G Haridas, 34 - pemandu setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming - dan ahli Majlis Perbandaran dari DAP, Simon Uthaya Kumar, 51, ditahan diluar pintu masuk bangunan ibupejabat DAP di Ipoh. Ngeh dan Nga bertikam mulut dengan timbalan ketua polis Ipoh, Ibrahim Abu Bakar berhubung tangkapan tersebut.Ibrahim dikatakan memberitahu bahawa polis boleh menangkap orang ramai yang berkumpul dalam kumpulan lima orang atau lebih. Bagaimanapun, Ngeh pula menegaskan bahawa alasan tersebut tidak boleh diterima kerana dua orang sahaja yang ada ketika (Haridas dan Simon) dan mendakwa ia merupakan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis. |
BONGKAR Kalau cinta sudah dibuang Jangan harap keadilan akan datang Kesedihan hanya tontonan..
Khamis, 28 Mei 2009
PDRM Sudah Jadi "Polis Raja Di Malaysia"
Ketua-Ketua Kampung Saman "Menteri Besar Mahkamah"
![]() |
Ketua-ketua kampung lantikan Pakatan Rakyat yang telah dipecat oleh kerajaan negeri "Menteri Besar Mahkamah" Dr Zambry Abdul Kadir telah memfailkan saman terhadap beliau di Mahkamah Tinggi Ipoh pagi tadi. |
Umno turut adakan ceramah di Penanti
Di Penanti, walaupun ia tidak mendapat restu penyertaan calon Umno dan BN namun mulai dua malam berturut-turut parti yang hampir tengelam itu mula mengerakkan jentera penerangan ke beberapa buah kampung hatta di luar Penanti dengan harapan rakyat tahu kenapa BN bertindak begitu.
Semalam dikhabarkan Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Dato' Musa Sheikh Fazir mengadakan pidatonya di hadapan 50 orang di Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh.
Malam ini Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Lokman Nor Adam dijangka mengadakan peneranganya di Dun Penanti. Sehari sebelum ini beliau sempat bertemu pemuda di Bahagian Tasek Gelugor di Kampung Lubuk Meriam dengan kehadiran 70 orang tempatan.
Semalam Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti KeADILan, Badrul Hisyam Sharin ketika berucap di Bilik Gerakan Utama PAS N12 berkata, Umno sekarang macam gila talak berkokok di luar gelanggang.
Pakatan Rakyat katanya, tidak takut menyertai pilihan raya untuk mengembalikan hak rakyat yang telah mengangkat Adunnya sebelum ini. Berlainan dengan Umno dan BN mereka bimbang kalah kerana bagi mereka kekalahan merupakan azab yang paling pedih.
"Umno bukan senang melihat kita dok hentam mereka saban malam bagi menerangkan penyelewengan yang telah dilakukan. Mereka geram tak tentu fasal sehinggakah Timbalan Presiden Umno, Muhyidin Yassin tiba-tiba mengeluarkan kenyataan Umno tetap dibelasah oleh pembangkang walaupun tidak bertanding di Penanti," tegasnya.
Satu lagi kebimbangan Umno dan BN di seluruh negeri ialah golongan 'celik komputer' yang mana rata-rata golongan berkenaan tidak menyokong BN.
Sementara itu Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam ceramahnya pula menegaskan, Umno hampir dengan 'sakratul maut' maka mereka akan lakukan apa sahaja untuk menarik perhatian masyarakat termasuk menangkap sesiapa sahaja yang dikhuatiri boleh menjejaskan pengaruh Umno dan BN.
"Sekarang ini ahli dan penyokong Umno tinggal golongan yang gigit mee tak putus sahaja yang ada gigi lazimnya keluar atau tidak memberi sokongan padu pada BN. Golongan veteran lebih senang dengan keadaan lama," jelasnya. - mns_
Laporan PKFZ didedahkan esok

NST 27/05: Mat Selamat Kastari, caught by police after escaping from Singapore, has been detained under the ISA for two years in Kamunting.







