
BONGKAR Kalau cinta sudah dibuang Jangan harap keadilan akan datang Kesedihan hanya tontonan..
Sabtu, 25 April 2009
Hadi dares BN to contest in Penanti
BACHOK, April 25 — PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang today said the Barisan Nasional (BN) should contest the Penanti state seat in Penang.
He regarded BN's action in not deciding yet on whether or not to contest the seat as adopting a defensive attitude.
“Until today, it is positive for PAS based on our victory in Permatang Pauh, Bukit Selambau and Bukit Gantang.
"This has become a nightmare for Umno and they are uncertain whether to contest in Penanti or not," he told reporters after opening the Bachok PAS divisional meeting in Badak here today.
On the idea of a BN-PAS unity government, Hadi said discussions on the matter had to be deferred with the change in the country's leadership.
He said when he mooted the idea it was during the previous leadership of Tun Abdullah Ahmad Badawi.
He refuted an allegation that he retracted the suggestion for a unity government to safeguard his interests in PAS and that of his presidency at the coming party elections.
On the possibility of him being challenged at the PAS general assembly in June, Hadi said he would not campaign to be retained as the party president.
It would be up to PAS members to decide who they want as their president, he added. — Bernama
Karpal terjatuh dari kerusi roda di mahkamah
Beliau yang mewakili syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, diangkat beberapa pembantunya menaiki tangga ke tingkat satu mahkamah sebelum terjatuh di bahagian kaki lima mahkamah berkenaan selepas kerusi roda yang dinaikinya hilang keseimbangan.
Karpal ketika ditemui wartawan selepas kes tersebut ditangguhkan berkata, kejadian itu (terjatuh) adalah pertama kali berlaku kepadanya, lapor Bernama.
Katanya, beliau mengalami sakit di bahagian belakang badan ekoran kejadian itu, malah sukar menggerakkan kedua tangan pada peringkat awalnya.
"Sudah sampai masanya kita mempunyai sistem yang baik bagi kemudahan OKU (Orang Kurang Upaya), nasib baik tidak berlaku apa-apa ke atas saya, kalau tidak, akan ada pilihanraya kecil lagi," katanya.Ditanya sama ada beliau akan memohon untuk meneruskan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi yang terletak di bahagian bawah bangunan itu, Karpal berkata, "I have to" (saya perlu lakukan).
Minta masa balas afidavit
Karpal, 69, berkerusi roda selepas mengalami kemalangan di Jalan Utama ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 29 Januari 2005.
Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuantan menetapkan Khamis depan bagi mendengar permohonan penangguhan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Halim Aman yang memutuskan pihak Menteri Besar perlu melunaskan bayaran penghakiman dalam tempoh 14 hari berakhir 4 Mei ini selepas membenarkan permohonan perintah 'mandamus' kepada syarikat pembalakan tersebut.
Karpal bersama Rajoo D Moothy yang mewakili syarikat tersebut memohon Hakim Datuk V T Singham memberikan masa bagi membalas afidavit yang difailkan pihak menteri besar yang diwakili peguam, Datuk Shafie Abdullah dan Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Datuk Mat Zara'Ai Alias Rabu lalu.
Pada 15 Oktober 2008, syarikat pembalakan berkenaan memfailkan permohonan 'mandamus' setelah gagal menerima sebarang pembayaran walaupun telah menuntut pembayaran jumlah penghakiman dan faedah pada 7 April 2008 dan 27 Ogos 2008.
Pada 17 Sept tahun lepas, kerajaan Pahang diperintah membayar sejumlah RM60 juta kepada syarikat tersebut selepas ia gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu.
Mahkamah Persekutuan dengan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 berserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000.
'Jom Heboh': Zambry ingkar arahan Mufti - DPPK IT
IPOH, 24 April - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini. Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam. Menurutnya merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert 'Sure Heboh' (sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda. Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut. "Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya. Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang. |
Umno siap gempur negeri Pakatan
Najib sendiri kini memimpin Selangor dan melepaskan jawatan tersebut di Perak - tugas itu diserahkan kepada Datuk Zambry Abd Kadir, menteri besar selepas negeri itu dirampas kembali BN, Februari lalu.
Tan Sri Muhammad Muhd Taib digugurkan daripada pengerusi perhubungan Selangor dan juga ketua penerangan Umno Malaysia.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pengerusi perhubungan Wilayah Persekutuan - sebuah lagi negeri yang dikuasai Pakatan dalam pilihanraya umum 2008.
Beliau menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang tidak dikekalkan dalam kabinet dalam rombakan awal bulan ini.
Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini mengetuai badan perhubungan Umno Kedah, menggantikan bekas menteri besar Datuk Seri Mahadzir Khalid.
Seorang lagi naib presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini mengepalai Umno Pulau Pinang, melepaskan jawatannya sebagai timbalan pengerusi Perak.
Beliau menggalas tugas yang dahulunya dipegang oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sementara di Terengganu yang menyaksikan pergeseran dua kumpulan - antara Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dengan tokoh yang digantinya Datuk Seri Idris Jusoh - diambil alih oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang naib presiden Umno.
Perlis yang turut mengalami pergeseran dalaman juga menyaksikan pertukaran ketua perhubungan negeri - kini diketuai menteri besarnya Datuk Seri Md Isa Sabu, menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik menganggotai Majlis Tertinggi (MT).
Kelantan - yang dikuasai PAS selama 19 tahun - turut mendapat ketua perhubungan baru Datuk Mustapa Mohamed, menggantikan Tan Sri Annuar Musa.
Mustapa, yang mendapat jumlah tertinggi undi untuk anggota MT, pernah memimpin negeri itu dalam usaha Umno merampas Serambi Mekah itu
Selain lapan perubahan ini, lima ketua perhubungan negeri dikekalkan di Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.
Rombakan besar-besaran itu diumumkan Najib selepas mesyuarat pertama MT sejak pemilihan parti hujung bulan lalu di bangunan Umno petang ini.
Selain pengerusi perhubungan, Umno juga melantik Ahmad Maslan, seorang timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebagai ketua penerangan.
Manakala Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dilantik menggantikan Datuk Azim Zabidi sebagai bendahari agung.
Ahmad Husni, yang dilantik menteri kewangan kedua awal bulan ini, juga memegang jawatan timbalan pengerusi perhubungan Perak.
Berikut ialah pelantikan jawatan Umno yang diumumkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Setiausaha agung: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Bendahari agung: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
Ketua penerangan: Ahmad Maslan
Pengerusi perhubungan Umno negeri
PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu
Timbalan: Datuk Zahidi Zainul Abidin
KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah
PULAU PINANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Zainal Abidin Othman
PERAK: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan: Ahmad Husni Hanadzlah
SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan: Datuk Noh Omar
WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan: Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan: Datuk Shaziman Abu Mansor
MELAKA: Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop
JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan: Datuk Latiff Ahmad
PAHANG: Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan: Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin
TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan: Datuk Ahmad Said
KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Awang Adek Hussin
SABAH: Datuk Seri Musa Aman
Timbalan: Datuk Salleh Said Keruak
Najib turut mengumumkan semiblan ahli Majlis Tertinggi yang dilantik, iaitu: Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Nazri Aziz, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Ghani Othman dan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Presiden Umno itu juga mengumumkan pelantikan tambahan tiga lagi ahli MT dari kalangan sayap parti itu, iaitu Naib Ketua Wanita, Datuk Kamaliah Ibrahim; Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim dan ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Norashikin Wan Nordin.
Najib berkata semua menteri besar dari Umno yang tidak dilantik ke jawatan MT akan dijemput hadir mesyuarat.
Najib juga berkata, beliau mempengerusikan biro politik manakala Muhyiddin dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Umno dan juga pengerusi biro pendidikan.
Manakala pelantikan pengerusi biro-biro yang lain, tambahnya, akan dibuat dalam mesyuarat yang akan datang.
Ditanya mengenai pelantikan Rafidah dan Shahidan menganggotai MT, Najib berkata, mereka masih boleh memberi sumbangan kepada parti.
"Jadi kita ada kesinambungan dan pembaharuan," tambahnya.
Mengenai pertukaran pengerusi badan perhubungan Terengganu, Najib berkata: "Soal MB (menteri besar) itu lain, ini soal politik parti."

IPOH, 24 April - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini. 


