BONGKAR Kalau cinta sudah dibuang Jangan harap keadilan akan datang Kesedihan hanya tontonan..
Khamis, 23 April 2009
Imigresen batal larangan ibu Mano ke M'sia
Jimadie Shah Othman Apr 23, 09 2:50pm
Jabatan Imigresen Malaysia telah menarik balik arahan yang melarang ibu Manohara Odelia Pinot, isteri kerabat Kelantan, daripada memasuki negara ini.Dengan itu, Daisy Fajarina kini boleh masuk ke Malaysia untuk menemui anaknya di negara ini.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mahmood Adam (foto) berkata larangan terhadap Daisy Fajarina, ditarik balik berkuatkuasa Isnin lalu."Larangan itu telah ditarik balik. Kita telah maklumkan kepada pihak kedutaan. "Dan kedutaan kita akan memaklumkan kepada pihak sana (Indonesia)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Sebelum ini, dalam satu sidang akhbar di Jakarta pada Isnin lalu, Daisy mendakwa beliau ditegah masuk ke negara ini pada 19 Mac lalu.Daisy (foto) dilaporkan mendakwa, dimaklumkan oleh pegawai imigresen larangan itu dibuat atas permintaan istana Kelantan.Menurut Mahmood lagi, penarikan balik larangan itu dibuat atas arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN). "Kami (di) imigresen cuma menerima arahan sahaja. Jadi, Jabatan Imigresen (hanya) pelaksana. "Yang buat arahannya (tarik balik) adalah dari Kementerian (Dalam Negeri)," katanya ketika ditanya alasan larangan itu ditarik balik.Mahmood tidak mengulas lanjut apabila diminta mengenai punca larangan tersebut, kerana katanya, beliau sedang bermesyuarat.Duta Indonesia pertikaiDalam perkembangan berkaitan, duta besar Indonesia ke Malaysia dilaporkan mempertikaikan larangan terhadap Daisy. "Kita sudah menanyakan kepada keluarga kerajaan (istana) Kelantan. Saat ini kondisinya sehat-sehat saja, mereka sudah resmi dalam perkawinan."Tapi yang kita pertanyakan juga, kenapa ibu Manohara yang ingin bertemu dengan anaknya ditolak oleh mereka," Da'i Bachtiar dipetik berkata di Istana Merdeka, Jakarta hari ini.Menurut laman web berita terkenal Detik.com, kedutaan republik itu sudah mengirim surat rasmi kepada Kementerian Luar Malaysia untuk meminta penjelasan tetapi setakat ini belum ada jawapan. "Kerana masih beberapa hari (lalu) mengirimnya, belum ada jawaban," jelasnya lagi.Da'i mengakui memang agak sukar mengembalikan Manohara Odelia ke Indonesia sebab bekas model muda itu berkahwin dengan kerabat tersebut.Diminta mengulas isu penderaan, duta besar itu dipetik berkata: "Itu kan masih informasi yang belum kita lihat secara langsung. Upaya yang kita lakukan, kita berkomunikasi dengan Sultan Kelantan, ya katanya kondisinya baik-baik saja."
Arrest warrant out for Raja Petra
His lawyer J. Chandra informed judge Rozina Ayob that his client did not turn up in court on the grounds he is on a self-imposed exile from the state for “reasons that are well known.”
“You know these ‘well known reasons,’ so please highlight them to the court,” Rozina said.
“The accused is posting his reasons on his website this morning,” said Chandra.
“You expect the court to go through that, is it?” the judge said.
Chandra then went out to explain that for over a month now, Raja Petra, 58, has posted articles or comments on issues in relation to the Selangor royal house that have angered some members of his own family who have demanded an apology.
On Malaysia Today, explaining why he did not attend court Thursday, Raja Petra wrote, “My family then gave me an ultimatum. I was to either make that public apology or else my family would insert an advertisement in the mainstream newspapers practically distancing itself from me, which could be interpreted as disowning me ....
“I went into exile outside Selangor ... . It has to be noted that this has always been the punishment for any member of the Selangor Royal Family who is considered durhaka (traitorous) since the beginning of the Selangor Sultanate more than 250 years ago.”
He also wrote that another reason why he did not attend court was the he did not expect to get a fair trial.
In court on Thursday, his lawyer Chandra added, “You have to bear in mind that he is a member of royalty and this self-imposed exile is a punishment he has handed out to himself.”
His wife Marina Lee, who is also his bailor, was also absent.
Deputy Public Prosecutor Shahidani Aziz asked for a warrant of arrest to be issued against Raja Petra and a notice of showcause for his wife and bailor Marina. The judge granted both and set May 22 for mention.
Raja Petra, a former Internal Security Act detainee, had on May 6 2008 claimed trial to publishing a seditious article on his Malaysia Today news portal on April 25 of that same year.
He is accused of publishing the article Let’s send the Altantuya murderers to hell on the website www.malaysia-today.net.
The charge under Section 4(1)(c) of the Sedition Act 1948 carries a maximum fine of RM5,000 or three years' jail or both upon conviction.
Najib mansuhkan kuota Melayu dalam sektor perkhidmatan awam
Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. (Sila baca petikan berita di bawah)
Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?
Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:
- Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
- Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?
- Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
- Dimanakah Prowaris?
Apa lagi yang Najib tak lakukan?
Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.
Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.
Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.
Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.
Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!
Oleh Amin Iskandar
——–
3 April 2009 Suspek 'SMS Ugut Bunuh' Blogger ‘GanuLening’?
Suspek tersebut telah dibawa ke balai polis Kuala Terengganu, semalam, untuk ditahan selama empat hari bagi membantu polis Terengganu menjalankan siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Terengganu, ACP Fauzi Abduri berkata, lelaki berusia 31 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 9.30 pagi tiga hari lepas."Kami yakin dapat menyelesaikan kes ini dalam beberapa hari lagi," kata beliau di sini semalam.
Selepas ditahan di Bandar Baru Bangi, kata beliau, suspek berkenaan telah membawa polis ke rumahnya di Seri Kembangan di mana komputer riba, perkakasan komputer dan komputer peribadi turut dirampas.
"Kita telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan insya-Allah ia akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya.
Kerajaan Kudeta BN Lelong 16 Toyota Camry
Foto mesra kerabat-model muncul
Koleksi foto-foto tersebut termasuk majlis rasmi wanita muda itu yang turut disertai suaminya di negeri berkenaan.
Selain blog yang aktif, muncul juga blog yang baru dibangunkan secara misteri untuk memuatkan foto-foto tersebut - kesemuanya tidak diketahui tarikh ia dirakam dan lokasinya.
Dalam Truth Appeared yang dibina 13 April lalu, satu siri foto menunjukkan Manohara Odelia sedang menikmati sajian bersama suaminya diterbitkan semalam.
Beliau yang berpakaian kemeja putih lengan panjang, berselendang kelabu kelihatan menyuapkan makanan di sebuah kafeteria.
Daripada empat keping gambar itu, kelihatan suaminya berkemeja T putih dengan hiasan nombor tiga di bahagian lengan duduk di sebelah kirinya.
Dengan judul 'Mangsa penculikan suami?', blog yang tidak dikenali itu menyebut:
"Inilah wajah terbaru, Manohara dan (nama tidak didedahkan - editor) (suami yang sah) setelah pulang dari umrah.
"Bagaimana mungkin dituduh penculik. Awas berita palsu dari Indonesia."
Dalam siaran pertamanya, Truth Appeared menerbitkan satu siri foto yang dianggap menunjukkan kemesraan pasangan tersebut, di samping kehadiran Manohara Odelia di satu majlis kemasyarakatan.Ia juga memuatkan foto wanita itu sedang bersantai, dikatakan di Lojing, Kelantan.
Wanita kacukan Indonesia-Perancis itu kelihatan bersopan, manis dan bergaya seperti seorang kenamaan.
Beliau kelihatan selesa mengenakan selendang putih menutup kepalanya dan baju kurung merah jambu berjalur putih yang menyerlahkan lagi kejelitaannya.
Tidak kelihatan gambaran muram di wajahnya.
Manohara Odelia, 17 tahun, dilihat bersalaman dan berinteraksi dengan penduduk kampung dalam sebuah majlis rasmi.
Namun, fotonya yang diambil sewaktu sedang makan memperlihatkan tubuhnya agak gempal, walaupun berpakaian hitam.
Beliau dan kerabat diraja itu, 31 tahun, juga kelihatan seakan-akan berpegangan tangan.
Tidak kelihatan tetamu lain.
Terdapat juga gambar yang diambil di kawasan taman.
Foto tersebut menunjukkkan wanita itu berinteraksi dan berbual mesra dengan suaminya.
Mereka memakai pakaian yang sama dengan foto di kafeteria.
Manohara Odelia, bagaimanapun, tidak lagi mengenakan selendang kelabunya.
Turut dimuatkan gambar pasangan diraja itu tersenyum ketika melihat gambar daripada kamera digital dan sekeping lagi mereka sedang menghadiri sebuah majlis, kelihatan seperti sambutan ulang tahun.
Ibunya Daisy Fajarina dilaporkan berkata foto-foto tersebut koleksi lama.
"Itu kan foto-foto dokumentasi. Sudah lama," wanita itu dipetik akhbar Surya hari ini.Manakala satu lagi blog yang dilaporkan memuatkan foto-foto tersebut tidak lagi memuatkan koleksi gambar pasangan diraja itu.
Foto-foto itu kini disebarkan secara lebih meluas di Indonesia dan Malaysia bersama dengan foto-foto lama Manohara Odelia, termasuk sewaktu beliau belum berkahwin, Ogos tahun lalu.
Sebuah laman web di Indonesia turut menyiarkan koleksi gambar Manohara Odelia menghadiri satu majlis rasmi, dipercayai anjuran Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama).
Riak mukanya kelihatan serius dalam pakaian dan tudung jingga.
Beliau juga bergambar bersama sekumpulan wanita pertengahan umur. Suaminya tidak kelihatan bersama.
Foto kad undangan ke majlis kesyukuran sempena meraikan perkahwinan pasangan diraja itu turut dimuatkan – suaminya lengkap berbaju Melayu dan bersongkok.
Gadis muda itu turut kelihatan bergambar di dalam sebuah pesawat. Foto ini juga dimuatkan dalam blog Kelantan Palace, yang melemparkan beberapa tuduhan liar terhadap istana, termasuk berhubung perkahwinan Manohara Odelia.
Sementara seorang pemimpin Umno, Mohd Soberi Shafii berkata beliau terkejut dengan berita dari media Indonesia yang memburukkan kerabat tersebut.
Bekas petugas di ibu pejabat Umno mendakwa beliau bersama dengan kerabat itu dan Manohara Odelia dalam sebuah kenderaan dalam perjalanan pulang bercuti dari Bukit Fraser, Pahang sewaktu mendengar berita tersebut seperti dimuatkan Malaysiakini semalam.
Mohd Soberi juga memuatkan sekeping foto - tidak pasti sama ada gambar itu rakaman terbaru sewaktu sedang bercuti.
Percubaan menghubungi beliau bagaimanapun tidak berhasil.
Usaha mendapatkan reaksi istana Kelantan setakat ini gagal.
Sewaktu dihubungi, seorang kakitangan istana berkata pada kebiasaannya, kenyataan akhbar akan diberikan apabila Sultan mengeluarkan titah baginda.
Memetik sumber akhbar berpangkalan di Surabaya, Malaysiakini melaporkan wanita itu didakwa dilarikan oleh kerabat tersebut selepas mengerjakan umrah.
Dalam akhbar yang sama, Daisy juga mendakwa anaknya pernah dilukakan di bahagian dada.
Akhbar sama hari ini melaporkan istana Kelantan masih berdiam diri dengan dakwaan tersebut.
"Pihak istana bilang tidak mau memberi jawapan," duta besar republik itu di Kuala Lumpur, Dai Bachtiar dilaporkan memaklumkan kepada Daisy setelah wanita itu cuba melalui saluran diplomatik.
Daisy akan membuat aduan tentang nasib anaknya kepada suruhanjaya hak asasi Indonesia, esok.
Suri rumah kesal kenaikan bil air Sinar Harian 22 Apr 2009
Norliah Md Nor, 50 berkata, dia berasa kesal dengan keadaan yang berlaku kerana mengundang masalah baru terhadap diri, keluarganya dan penduduk sekitar di Felda Lui Muda.
Menurutnya, masalah kenaikan bil air rumahnya itu baru sahaja dihadapi semenjak Jabatan Bekalan Air Jempol di bawah kelolaan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) menukar meter air lama kepada meter air baru kepada hampir 90 buah rumah di kawasan ini.
“Meter air rumah makcik yang baru ditukar pihak JBA kira-kira dua minggu lalu sudah menimbulkan masalah baru kepada makcik.
“Sebelum ini jumlah bayaran bil air yang perlu makcik bayar hanya dalam lingkungan RM15 hingga ke RM20 sahaja tetapi sejak ditukar kepada meter baru bil air rumah ini meningkat ke RM140 walaupun baru dua minggu ditukar meter baru.” katanya.
Meter air yang baru ditukar bertujuan untuk memudahkan penduduk di kawasan ini mendapatkan bekalan air yang lebih baik dan sempurna bertukar kepada rasa ketidakpuasan hati apabila mereka perlu membayar jumlah bil air yang melambung tinggi dan tidak boleh diterima akal.
Norliah berkata, jumlah bayaran bil air yang perlu dibayar sama sekali tidak wajar kerana dia hanya tinggal berdua sahaja di rumah dan apabila menerima bil berjumlah ratusan ringgit, ia menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap JBA.
“Meter air yang dipasang ini mengeluarkan air yang banyak dari saluran paip sehingga makcik terpaksa membalutnya dengan kain tebal supaya air tidak memancut keluar.
“Kawasan peletakan meter air ini juga seakan-akan membentuk longkang kecil dengan aliran air yang tidak henti-henti secara tidak langsung menimbulkan pembaziran air setiap hari,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2684055.asp




