LUI MUDA – Seorang suri rumah tidak berpuas hati dengan masalah kenaikan bil air yang perlu dihadapi semenjak saluran meter air yang lama ditukar kepada baru kira-kira dua minggu lalu.
Norliah Md Nor, 50 berkata, dia berasa kesal dengan keadaan yang berlaku kerana mengundang masalah baru terhadap diri, keluarganya dan penduduk sekitar di Felda Lui Muda.
Menurutnya, masalah kenaikan bil air rumahnya itu baru sahaja dihadapi semenjak Jabatan Bekalan Air Jempol di bawah kelolaan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) menukar meter air lama kepada meter air baru kepada hampir 90 buah rumah di kawasan ini.
“Meter air rumah makcik yang baru ditukar pihak JBA kira-kira dua minggu lalu sudah menimbulkan masalah baru kepada makcik.
“Sebelum ini jumlah bayaran bil air yang perlu makcik bayar hanya dalam lingkungan RM15 hingga ke RM20 sahaja tetapi sejak ditukar kepada meter baru bil air rumah ini meningkat ke RM140 walaupun baru dua minggu ditukar meter baru.” katanya.
Meter air yang baru ditukar bertujuan untuk memudahkan penduduk di kawasan ini mendapatkan bekalan air yang lebih baik dan sempurna bertukar kepada rasa ketidakpuasan hati apabila mereka perlu membayar jumlah bil air yang melambung tinggi dan tidak boleh diterima akal.
Norliah berkata, jumlah bayaran bil air yang perlu dibayar sama sekali tidak wajar kerana dia hanya tinggal berdua sahaja di rumah dan apabila menerima bil berjumlah ratusan ringgit, ia menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap JBA.
“Meter air yang dipasang ini mengeluarkan air yang banyak dari saluran paip sehingga makcik terpaksa membalutnya dengan kain tebal supaya air tidak memancut keluar.
“Kawasan peletakan meter air ini juga seakan-akan membentuk longkang kecil dengan aliran air yang tidak henti-henti secara tidak langsung menimbulkan pembaziran air setiap hari,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2684055.asp
Belanjawan Pahang 2026: Wan Rosdy Umum Penjawat Awam Negeri Akan Menerima
Bantuan Khas Kewangan (BKK) Dua Bulan Gaji
-
*KUANTAN: *Kerajaan Pahang mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua
bulan gaji untuk penjawat awam negeri ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Ro...
Sehari yang lalu





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Post a comment