BONGKAR Kalau cinta sudah dibuang Jangan harap keadilan akan datang Kesedihan hanya tontonan..

Rabu, 6 Mei 2009

Tindakan BN di Perak mungkin betul tapi kelihatan gopoh - Tun Mahathir

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan.

Jelas beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri tetapi tidak mempunyai hak untuk memecat Perdana Menteri tersebut sehinggalah adanya undi tidak percaya terhadapnya.

"Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tetapi tak boleh pecat kecuali ada undi tak percaya terhadap Perdana Menteri tersebut," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Siri Syarahan Perdana kesembilan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Ditanya sama ada undang-undang tersebut terpakai di negeri Perak, beliau berkata: "Saya fikir ia sama kepada setiap negeri tapi jika Perak mempunyai perlembagana yang berbeza, saya sedia untuk diperbetulkan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai soalan sama ada pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bertentangan dengan undang-undang atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, beliau tidak pasti mengenai perlembagaan yang diguna pakai di negeri Perak dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

"Isu ini dah dibawa ke mahkamah, jadi biarlah mahkamah buat membuat keputusan mengenainya," katanya.

Mengulas lanjut mengenai krisis perlembagaan yang berlaku di Perak, Dr Mahathir berkata, Barisan Nasional (BN) mungkin terlalu gopoh bertindak untuk mengambil alih kembali pentadbiran di Perak.

"Kita tak patut terlalu gopoh...semuanya perlu dilakukan dengan baik dan lancar. Jika terlalu gopoh, kita akan buat kesilapan.

"Dalam apa jua situasi pun, kita perlu mempunyai masa untuk berfikir, mungkin apa yang mereka (BN) lakukan adalah betul tapi masih kelihatan mereka gopoh," katanya.

Eksklusif: Keputusan Rayuan Bagi Penangguhan Bayaran Saman Kes Balak RM63 Juta Pada 29 Mei

KUANTAN [6.30 pm] - Mahkamah Tinggi yang bersidang bagi mendengar permohonan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, untuk penangguhan keputusan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan hari ini menagguhkan keputusan kes tersebut ke 29 Mei 2009 . Hakim Datuk V T Singham telah menetapkan tarikh itu selepas dipersetujui oleh peguam utama Menteri Besar, Datuk Mohammad Shafee Abdullah dan Syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang diwakili peguam Rajoo D Moothy. Perbicaraan hari ini agak panas apabila Shafee Abdullah mengeluarkan berbagai hujah yang mempertikaikan prosiding kes berkenaan. Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Abdul Halim Aman sebelum ini telah memutuskan bahawa Adnan perlu melunaskan bayaran penghakiman dalam tempoh 14 hari selepas membenarkan permohonan perintah 'mandamus' (untuk memaksa) kepada syarikat pembalakan tersebut. Pada 17 September tahun lalu, Kerajaan Negeri Pahang diperintah membayar RM60 juta kepada syarikat itu selepas ia gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu. Namun anehnya, pihak terbabit beriya-iya pula merayu setelah waktu yang sepatutnya dulu telah dipersia-siakan.

Pecat: Imam dibayar pampasan

Imam di Bukit Damansara yang dipecat susulan khutbah Jumaatnya menyeru "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" Februari lalu diberikan pampasan dua bulan gaji.

syamsul firdaus mohamed supri imam at bukit damansara mosque 060509
Bersama surat memaklumkan pemecatannya bertarikh 30 April, Syamsul Firdaus Mohamed Supri, 36, diberikan cek berjumlah RM3,255.50.

Surat itu yang bertandatangan pengerusi jawatankuasa kariah masjid Saidina Umar Al-Khattab, Datuk Wan Mansor Abdullah menyebut tindakannya dibuat selepas mendapat persetujuan Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dalam surat yang sama, pemecatan itu dibuat berdasarkan Seksyen 12(1) Akta Pekerjaan yang menyebut "majikan boleh menamatkan perkhidmatan pekerja dengan memberi notis pada bila-bila masa." 

"Mengikut peruntukan Seksyen 12(2) dan Seksyen 1391) akta yang sama, tuan (Syamsul) layak dibayar pampasan bersamaan dua bulan gaji sebagai ganti notis," surat itu dipetik.

Wan Mansor enggan mengulas tindakan itu – demikian menurut seorang kakitangan masjid sewaktu dihubungi tadi.

Imam lulusan syariah dari sebuah universiti di Jordan itu memberitahu Malaysiakini hari ini, beliau sedang merancang untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat sarjana di sebuah universiti tempatan.

Imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei selepas digantung dua bulan antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman.

Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbahnya pada 20 Februari.

Shamsul semalam menjelaskan, beliau "menambah sedikit" mesej "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah kedua kerana perkara itu biasa dilakukan oleh khatib.

Tambahnya, dalam khutbah pertama, beliau membacakan teks penuh yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjudul "Petunjuk dari Kesesatan" tanpa sebarang tokok tambah.

Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu.

Susulan pemecatannya, bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Jalan Setiajasa, Bukit Damansara – milik masjid itu – sebelum 1 Julai ini. 

Shamsul berstatus imam lantikan masjid dan bukannya kakitangan Jawi seperti dua lagi imam di masjid itu.

Chan tells why he feels compelled to speak

Pandangan Chan Nyarn Hoi, 74,  atau Datuk NH Chan adalah bekas hakim.  Beliau menyatakan secara jujur mengenai kes kudeta Perak.

A no-nonsense former judge Datuk Chan, who has in the last couple of months done the unthinkable: fire away missives at judges who have trampled on the Federal Constitution in deciding issues related to the power grab in Perak.

Still seething over the events that transpired in Perak and decisions of the apex court, he says that if Malaysians are upset with the state of the judiciary and think that the present crop of judges are not up to the mark, they should exercise the power of their  vote to change the state of affairs in the country.

Born in Ipoh on March 27, 1935, Chan was admitted to the Bar in 1961. He was a lawyer for almost two decades before becoming a High Court judge and moving to Kuala Lumpur. He was among the first batch of High Court judges to be elevated to the Court of Appeal, set up in 1994 to act as an intermediate court between the High Court and the apex court.

In an exclusive interview, the former judge, who was recommended to the Bench by none other than Sultan Azlan Shah, the Sultan of Perak and a central figure in the present crisis, tells The Malaysian Insider why he feels compelled to speak out.

Q: Unlike many former judges, you have been very vocal in your criticisms against the judiciary. What drives you?

A: In the first place, I am not against the judiciary. I am sure there are some good judges around, only they have not manifested themselves in the present constitutional, should I say, crisis in Perak.

I expected James Foong JCA (as he then was, he is now a Federal Court judge) to do the right thing but he failed to do that. I suppose it takes great courage for a Court of Appeal judge who sat as a winger in the Federal Court to give a dissenting judgment.

Now, back to your question. When I became a judge I had to be true to my calling which is to know that the essence of justice is fair trial and the duty of the judge is to administer it according to law.

This means that the judge’s only duty is to do justice in the disinterested application of known law. Known law means basic law and the term includes both common law and statute law.

The judge who gives the right judgment but does not appear to be impartial is useless to the judicial process. After that, the judge’s whole duty or function is to decide the case according to
law on the admissible evidence before him.

And what do you call a judge who does not administer justice according to law? A renegade judge? So now you know why I am so vocal when I admonish the errant judges who did not apply unambiguous law as it stands.

Q: You have been especially blunt in your views over the issues in Perak. Why so?

A: You mean for calling a spade a spade? What do you call a judge who doesn’t follow or apply easy to understand and unambiguous statute law as it stands?

Like Article 72(1) of the Federal Constitution which says: “The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court”.

This law applies to all members of the legislative assembly — it does not matter if you are DAP or PKR or MCA or Barisan Nasional or any political party.

Even a child could understand the plain meaning of the words. We do not need the Federal Court to interpret (meaning “explain the meaning of”) the words for us. Nor do we need any law professor from Singapore to tell us Malaysians that the courts should have the power of judicial review over what has transpired in Parliament or a Legislative Assembly.

There is separation of powers between the Legislature and the Judiciary of this country. We all know that one can apply to the courts for a judicial review over executive actions. But there is no such thing as judicial review over what transpired in the legislature — if there is such a thing then we can have judicial review over the passing into law of certain Acts of Parliament that we don’t like — like the ISA.

Q: Why did you choose to air your views so publicly? I’m trying to understand why you got involved.

A: I’m only an outsider and I don’t care. But when everybody is missing the point and all that — and some of them have not even read the Perak Constitution, I thought I better explain why the people are angry.

Q: Why do you think the people are angry?

A: Do you know why the Perakians were up in uproar against the Sultan of Perak?

It’s because, as any lawyer will tell you, especially as he was Lord President before, that before you make a decision, you cannot see the parties. If you want to meet any of the parties, both of them must be present. You never do so by seeing one and then making a decision. The moment you do that, to the losing side or to any observer will think you have been influenced. So it’s the impression that counts.

They were angry with the Sultan because they can sense it in their bones that it is wrong to make a decision to see the other side first.

Q: Is the Sultan morally wrong or legally wrong?

A: If the Sultan had executive powers to rule, it is legally wrong, so they could apply for judicial review of the Sultan’s decision. But I pointed out in my first article he has no executive power to rule because he is not an executive monarch, he is a constitutional monarch. What he did was morally wrong.

Pelantikan Zambry MB Perak tidak ikut perlembagaan

   

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan.

Peguam Sulaiman Abdullah, untuk Mohammad Nizar, berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan.

"Pelantikan seseorang ke pejabat Menteri Besar mungkin hanya sah jika pejabat itu dikosongkan.

"Jika pejabat itu tidak dikosongkan, tidak ada pelantikan yang sah dalam undang-undang untuk menduduki pejabat itu, kerana tidak boleh ada dua orang memegang satu jawatan Menteri Besar," kata Sulaiman dalam hujah dua jamnya.

Pada 13 Februari, Mohammad Nizar, 52, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac, tahun lepas, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau pada ketika mana adalah Menteri Besar Perak.

Dalam afidavit untuk menyokong permohonan itu, Mohammad Nizar mengukuhkan bahawa:

* Beliau telah menasihat dan memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan berlaku sebarang kebuntuan dalam pentadbiran hal ehwal negeri itu memandangkan tiga anggota DUN tersebut telah meletak jawatan;

* Tidak ada pembubaran DUN;

* Tidak ada usul tidak percaya dibentangkan terhadap beliau di DUN;

* Beliau belum meletak jawatan daripada pejabat Menteri Besar. Sulaiman, dalam hujah beliau hari ini juga mempertikaikan bahawa Menteri Besar Perak tidak boleh dilucutkan jawatan oleh Sultan Perak.

"Menteri Besar mungkin hanya boleh dilucutkan jawatan setelah undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota DUN itu," kata beliau.

Ini kerana, kata Sulaiman, Menteri Besar itu tidak memegang jawatan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia tetapi memegang jawatan tertakluk kepada keyakinan anggota DUN yang mana (Menteri Besar) bertanggungjawab.

"Peranan Duli Yang Maha Mulia di bawah Artikel 16(6) hanya memutuskan sama ada atau tidak untuk membubarkan DUN, jika Menteri Besar telah hilang undi tidak percaya," kata Sulaiman.

Sulaiman yang sebelum ini tidak bersetuju dengan hujah pencelah, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata bahawa pembubaran DUN tidak hanya tertakluk pada keadaan di mana Menteri Besar telah hilang keyakinan majoritinya.

"Apabila Menteri Besar menghadap Sultan memohon perkenan untuk membubarkan DUN, ia bukan satu pengakuan bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti. Pembubaran boleh dipohon pada bila-bila masa, untuk sebarang sebab, dan bukan terhad pada hilang keyakinan majoriti," katanya.

Sulaiman juga berkata mahkamah hendaklah mematuhi dan mengaplikasikan keputusan Stephen Kalong Ningkan menentang Tun Abang Openg dan kes Tawi Sli, yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Sarawak pada 1966, pada kes ini.

Pada kes itu yang memutuskan bahawa Gabenor tersebut tidak boleh melucutkan Ketua Menteri tersebut dan tidak boleh melantik seorang Ketua Menteri kedua sementara ada seorang lagi memegang jawatan berkenaan, dan bahawa hanya satu jalan untuk Ketua Menteri untuk melucutkan jawatan dengan cara undi tidak percaya dalam Majlis Negeri.

Perlembagaan Sarawak, Perlembagaan Perak sangat jelas bahawa ia tidak ada kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar itu dan budibicara untuk melantik dua orang memegang jawatan Menteri Besar itu.

"Peruntukan Artikel 7(1) Perlembagaan Sarawak sama dengan Artikel 16(6) Perlembagaan Perak dan keputusan kes itu masih merupakan satu undang-undang yang baik," kata beliau.

Penghujahan di hadapan Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim disambung esok. -  BERNAMA

Sivakumar Harap Sidang Ditangguhkan, 42 NGO Hantar Memo Ke Istana


   

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar berharap Sultan Azlan Shah akan mempertimbangkan permohonan beliau supaya sidang DUN esok akan ditangguhkan demi kestabilan politik negeri tersebut.

Beliau yang  mengutus surat kepada Sultan Perak Isnin lalu berharap mesyuarat itu dapat ditunda kepada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh baginda bagi mengelakkan pertikaian dan perbalahan antara pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

"Saya masih berharap persidangan DUN Perak yang dijadualkan bermula pada 7 Mei 2009 akan ditangguhkan. Jika persidangan diteruskan, mungkin inilah persidangan yang paling hangat dalam sejarah Malaysia. 

"Seluruh rakyat Malaysia sedang menunggu 7 Mei 2009. Apakah akan berlaku dalam persidangan itu? Setiap orang membuat ramalan atau spekulasi masing-masing. 

"Pelbagai idea atau pandangan disalurkan melalui media massa termasuk blog-blog.Semuanya merupakan analisa masing-masing. Belum tentu sealiran dengan apa yang difikirkan oleh Speaker. Tetapi, yang menjadi hakikat sehingga ke detik ini ialah Speaker masih menaruh harapan bahawa Persidangan Dewan Negeri akan ditangguhkan untuk kebaikan seluruh Rakyat Negeri Perak,"Sivakumar mencatat dalam blognya.

Sebagai menyahut seruan Sivakumar agar Sultan Azlan Shah menangguhkan sidang DUN sebanyak 42 badan bukan kerajaan akan menyerahkan memorandun berhubung perkara tersebut kepada Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar esok.

Gani Patail Niat Jahat Terhadap Perbicaraan Nizar-Zambry


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara , Tan Sri Abd. Gani Patail yang menyatakan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin dilucutkan daripada jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak . 

Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata, Tan Sri Gani harus sedar kedudukan ADUN Barisan Nasional berjumlah 28, seimbang dengan ADUN Pakatan Rakyat.

Katanya tiga orang ADUN yang ‘melompat’ mengisytiharkan diri mereka ‘bebas’ dan tidak mewakili mana-mana parti.

Beliau mempersoalkan, sekiranya Datuk Seri Nizar boleh dilucutkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan ADUN, bagaimana pula kedudukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said?

“Menteri Besar Negeri Terengganu, Datuk Ahmad Said, secara jelas tidak mendapat kepercayaan daripada 18 ADUN BN, sehingga menimbulkan ketegangan dan konflik politik di Negeri Terengganu yang memalukan dan melucukan,” katanya

Fariz berkata, ekoran persengketaan politik dalaman, perpecahan UMNO-BN Negeri Terengganu begitu parah sehingga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menurunkan pangkat Datuk Ahmad.

“Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik menjadi Pengerusi UMNO Negeri Terengganu menggantikan Datuk Ahmad, bermakna beliau gagal memimpin dan menyelesaikan polemik yang yang berlarutan dan tiada kesudahan,”  ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Oleh itu, katanya Najib sepatutnya melucutkan jawatan Datuk  Ahmad kerana ADUN-ADUN UMNO sudah hilang kepercayaan kepada beliau.

Katanya Najib sepatutnya mengambil tindakan yang sama seperti mana tindakan yang beliau lakukan terhadap kerajaan negeri Perak.

Tambah Fariz lagi tindakan ADUN-ADUN UMNO menolak, menentang dan hilang kepercayaan terhadap Datuk Ahmad begitu jelas, terbuka dan tanpa segan silu menolak kepimpinan dan peribadi Datuk  Ahmad.

Beliau yang juga Timbalan AMK Pusat, membantah dan kesal dengan campur tangan Peguam Negara yang seolah-olah berniat jahat (mala-fide), berusaha untuk mempengaruhi perbicaraan kes antara Menteri Besar Pakatan Rakyat dengan Menteri Besar Rampasan Kuasa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Kata Fariz, sekiranya hujah Tan Sri Gani diterima mahkamah dan ia menjadi 'precedent case' (kes ikutan), justeru Najib mesti melakukan tindakan yang sama mengikut kes tersebut dan memecat Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

AMK Negeri Terengganu turut mencadangkan, adalah lebih baik Datuk  Ahmad  segera melepaskan jawatan Menteri Besar  secara sukerala atau mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan dan sokongan ADUN-ADUN UMNO. - buletinonline

Debaran 7 Mei di Perak ...

Semua orang berdebar-debar menunggu tarikh 7 Mei. Jadi ke tak jadi? DS Nizar dah bagi isyarat bahawa yang terbaik ialah tangguhkan sidang sehingga mahkamah selesai memutuskan siapa MB yang sah. Speaker V. Sivakumar dah pun menulis surat memohon agar DYMM Sultan menitahkan penangguhan sidang. Masa ada dua hari saja lagi iaitu hari ini dan besok (5 dan 6 Mei) untuk Tuanku membuat keputusan dan menitahkan penangguhan. Kalau titah itu tak kunjung tiba maka terpaksalah sidang diadakan juga.

Bagaimana jadinya nanti sidang itu? Terasa takut untuk membayangkan kekecohan yang mungkin timbul.

Berjayakah Speaker V. Sivakumar sampai dan masuk ke dewan persidangan?

Berjayakah semua ADUN Pakatan Rakyat sampai dan masuk ke dewan persidangan?

Kalau YB V. Sivakumar dapat menjalankan tugasnya sebagai Speaker, apakah ketetapan olehnya tentang kedudukan kerusi di dalam dewan? Siapa yang akan dibenarkan duduk di kerusi Menteri Besar? Apakah ADUN BN atau ADUN PR yang akan dibenarkan duduk di bahagian kerajaan? Siapa yang akan menyerahkan perutusan kerajaan kepada Tuanku Sultan untuk dibaca oleh baginda? Apakah Jamaludin, Osman dan Hee akan dibenarkan masuk dan berperanan sebagai ADUN?

Kalau Speaker memutuskan semua persoalan di atas berpihak kepada PR, apakah ADUN BN akan berdiam diri? Kalau ADUN BN membantah dan mencabar Speaker, apakah mereka akan dikenakan tindakan pengusiran daripada dewan? Mungkinkah berlaku kekecohan sehingga ke tahap pergaduhan fizikal antara ADUN BN dan PR?

Apakah usul pemecatan Speaker yang dikemukakan oleh DS Zambry akan diterima oleh YB Sivakumar untuk dibentang dan diundi? Setakat ini peguam-peguam PR bertegas bahawa Speaker berkuasa untuk menerima atau menolak sesuatu usul yang dikemukakan oleh ahli dewan. Sebaliknya peguam-peguam BN bertegas bahawa usul yang dikemukakan dengan notis kepada Setiausaha DUN tidak kurang 14 hari dari tarikh sidang 'mesti' diterima oleh Speaker. Maksudnya, Speaker tidak berhak menolak usul itu. Mana satu yang betul?

Menjelang sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac lalu, Speaker telah memecat Abdullah Antong daripada jawatan Setiausaha DUN dan melantik Ustaz Misbahul Munir Masduki menggantikannya. Minggu lalu sekali lagi Speaker memecat atau mengulang-maklum pemecatan Abdullah Antong. Tetapi semua proses ke arah sidang 7 Mei masih diuruskan oleh Abdullah termasuk menandatangani notis panggilan sidang dan menerima notis usul pemecatan Speaker. Sahkah tindakan Abdullah itu? Kalau dikatakan sah bermakna pemecatan yang dibuat oleh Speaker tidak sah. Perlantikan Ustaz Misbahul Munir sebagai Setiausaha Dewan juga tidak sah. Benarkah begitu? Kalau tindakan Speaker memecat Abdullah itu sah, dan perlantikan Ustaz Misbah juga sah, maka semua urusan yang dibuat oleh Abdullah berkaitan dengan sidang 7 Mei adalah tidak sah. Kalau Ustaz Misbah adalah Setiausaha Dewan yang sah, maka dia sepatutnya menjalankan tugas dalam sidang Khamis ini. Abdullah tak boleh berperanan dalam sidang itu bahkan tak boleh masuk ke dalam dewan kecuali dibenarkan oleh Speaker untuk tugas atau hal yang lain. Bolehkah keadaan ini berlaku?

Khabarnya rakyat jelata akan hadir beramai-ramai ke Ipoh pada 7 Mei. Polis telah pun mengeluarkan ancaman tindakan terhadap sebarang aktiviti yang boleh disifatkan sebagai perhimpunan haram. Diberitakan di merata laman web dan blog bahawa rakyat akan turun berbaju hitam dari seluruh pelosok negara untuk memberi isyarat bagi pemulihan demokrasi khasnya di negeri Perak dan Malaysia amnya. Seperti puluhan kali rakyat keluar beramai-ramai sebelum ini, misi rakyat ialah perhimpunan aman. Tetapi BN tentu menghebohkannya sebagai menggugat ketenteraman awam. Sekatan jalanraya akan dibuat di merata laluan masuk ke bandaraya Ipoh terutama laluan berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri. Pasukan FRU akan mengepung bangunan itu dan bersedia di merata tempat untuk menyuraikan perhimpunan.

Apakah gas pemedih mata akan memenuhi ruang udara bandaraya Ipoh Khamis ini. Apakah air kimia akan dipancutkan semahu-mahunya oleh water canon yang siap sedia menerima arahan? Apakah beberapa puluh orang atau beberapa ratus orang akan mendiami lokap polis pada hari itu?

Di sebalik laporan polis yang dibuat oleh DS Zambry berkenaan isu bomoh, rakyat sebenarnya amat maklum tentang budaya 'pakai bomoh' dalam politik UMNO. DS Zambry boleh laungkan sejuta kali penafian tapi orang UMNO merata kampung hanya tersenyum sumbing. Di peringkat cawangan dan bahagian pun UMNO berlawan guna kaedah mistik dan ghaib, apatah lagi di peringkat yang lebih atas. Kalau tidak kerana UMNO, dah lama 'institusi perbomohan hajat politik' berkubur. Makhluk politik UMNO bukan setakat gunakan khidmat bomoh local bahkan bomoh global. Bomoh Indonesia dilanggan oleh ramai ahli politik UMNO. Bomoh Siam tak ketinggalan. Ada juga yang mendapatkan khidmat bomoh di negara India. DS Zambry mungkin akan kata ini satu lagi fitnah. Terpulanglah.

Katakan berita oleh YB Khalil Idham Lim itu betul. Apa akan jadi kalau hantu dan jembalang yang diprogramkan oleh bomoh itu benar-benar berkesan? Apakah tak semena-mena semua ADUN PR akan layu dan bodoh lalu akur kepada semua yang dihajati oleh BN? Atau kalau targetnya hanya YB Sivakumar, apakah Speaker yang dilihat tegas dan berani itu tiba-tiba dengan lemah lembut menjemput DS Zambri duduk di kerusi Menteri Besar? Dan Exco BN pun dilayan begitu? Dan ADUN BN termasuk 3 ADUN lompat pun dipersilakan dengan segala hormatnya duduk di kerusi pihak kerajaan? Dengan tegasnya pula YB Sivakumar mengarahkan DS Nizar dan semua ADUN PR duduk di kerusi pihak pembangkang?

Akhir sekali YB Sivakumar pun dengan senang hati meminta Abdullah Antong membaca usul pemecatan Speaker dan usul melantik Speaker Baru untuk dibentang dan diundi. Lalu sahlah Ganesan sebagai Speaker DUN Perak yang baru. Begitukah yang akan terjadi?

Katakan pula segala senyonyong sepeneh bomoh power yang dilanggan oleh UMNO itu tiba-tiba berhadapan dengan perkenan Allah SWT terhadap doa yang dipohon oleh sekelian pemimpin dan penyokong PR yang berhimpun bermunajat dan solat hajat malam besok dan subuh lusa. Tak semena-mena dalam Titah Peresmian DiRaja, Tuanku Sultan bertitah, "Hari ini beta mahu kemelut yang tak berkesudahan di negeri ini diselesaikan. Beta titahkan supaya persidangan dewan hari ini meluluskan ketetapan pembubaran DUN supaya pilihanraya negeri dapat diadakan. Pihak mana yang menang dalam pilihanraya itu nanti akan beta perkenankan untuk menjadi kerajaan negeri Perak yang baru. Selepas itu jangan ada pertikaian lagi seperti yang telah berlaku sekarang ini".

- Ciber Boron

Krisis Perak - Makhamah bersambung hari ini

Sesi penggulungan hujah akan bermula pada jam 11 pagi ini.Dijangkakan keputusan akan diketahui hari ini atau selewatnya esok hari...Marilah seluruh Rakyat kita berdoa kepada allah swt untuk kemenangan ds Nizar demi islam dan Keadilan.. allah hu akbar!!!