BONGKAR Kalau cinta sudah dibuang Jangan harap keadilan akan datang Kesedihan hanya tontonan..

Rabu, 6 Mei 2009

Eksklusif: Keputusan Rayuan Bagi Penangguhan Bayaran Saman Kes Balak RM63 Juta Pada 29 Mei

KUANTAN [6.30 pm] - Mahkamah Tinggi yang bersidang bagi mendengar permohonan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, untuk penangguhan keputusan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan hari ini menagguhkan keputusan kes tersebut ke 29 Mei 2009 . Hakim Datuk V T Singham telah menetapkan tarikh itu selepas dipersetujui oleh peguam utama Menteri Besar, Datuk Mohammad Shafee Abdullah dan Syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang diwakili peguam Rajoo D Moothy. Perbicaraan hari ini agak panas apabila Shafee Abdullah mengeluarkan berbagai hujah yang mempertikaikan prosiding kes berkenaan. Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Abdul Halim Aman sebelum ini telah memutuskan bahawa Adnan perlu melunaskan bayaran penghakiman dalam tempoh 14 hari selepas membenarkan permohonan perintah 'mandamus' (untuk memaksa) kepada syarikat pembalakan tersebut. Pada 17 September tahun lalu, Kerajaan Negeri Pahang diperintah membayar RM60 juta kepada syarikat itu selepas ia gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu. Namun anehnya, pihak terbabit beriya-iya pula merayu setelah waktu yang sepatutnya dulu telah dipersia-siakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post a comment