" dipetik daripada www.PemudaGombak.com
BEBERAPA HARI SEBELUM HARI KEJADIAN…Selasa, 28 Julai. 5 hari sebelum kejadian.
Jumaat, 31 Julai. Sehari sebelum kejadian.
Handbill-handbill diedarkan di setiap masjid di seluruh Gombak.
Pada malamnya, para pemuda Gombak berkumpul di Markaz Tarbiyah Taman Melewar untuk persediaan program qiyamullail keesokan paginya. Program ini diaturkan oleh Lajnah Tarbiyah DPPG yang diketuai oleh Ustaz Tarmizi. Pada malam sebelum tidur, kami diisi dengan kata-kata semangat dan tazkirah untuk demonstrasi esok.
Di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, anggaran saya kira-kira 1000 orang berkampung di situ dari seluruh pelosok tanah air yang akan menyertai demonstrasi esok.
HARI KEJADIAN…
Jam 1 Pagi. Kira-kira 13 jam sebelum kejadian.
Ketika itu masih saya masih di Taman Melewar, kira-kira jam 1 pagi, saya mendapat SMS yang berbunyi;
”Pemuda Gerakan, Bar Council n Human Right gagal serah memo mansuh ISA ke Istana Negara 31/7/09 kerana tidak dapat jumpa Agong. Perhimpunan Esok ditangguhkan. Amklum kepada semua”
”Hampeh!!” getus hati saya.
SMS tersebut dihantar oleh nombor yang tidak dikenali; 012-269 8096.
Beberapa kali saya menghubungi kembali nombor berkenaan, tetapi gagal.
”Penakuttt!!!!”, saya membalas SMS berkenaan.
Saya yakin ia adalah SMS propaganda yang mahu pihak-pihak tertentu (Baca : anjing UMNO) menggagalkan demonstrasi esok.
Jika ada sesiapa yang mengenalpasti pemilik nombor berkenaan, sila maklumkan kepada saya.
Kira-kira Jam 5.00 pagi, para pemuda dikejutkan untuk bangun qiyamillail. Diikuti dengan solat subuh berjemaah.

Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man bersiap sedia berdemonstrasi daripada subuh lagi dengan memakai serban hitam, tanda protes kepada ISA
Selepas solat subuh, para jemaah dihidangkan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau memberi motivasi dan kata-kata peransang untuk kami semua turun berdemonstrasi pada hari berkenaan.
Jam 10.00 pagi, 4 jam sebelum kejadian.
Para pemuda Gombak dijadualkan berkumpul di Pejabat PAS Kawasan Gombak jam 10 pagi sebelum turun ke Masjid Negara untuk berdemonstrasi.

Sedang berbincang strategi untuk ke demonstrasi
Ketika saya tiba kira-kira jam 10.30 pagi, sudah ramai yang berkumpul di sana. Masing-masing membawa pelbagai peralatan untuk demosntrasi, terutama penutup muka dan garam.

Gaya seorang pejuang berani mati. Cuba teka, siapa?
Ustaz Salehuddin Nasir, Yang Dipertuan (YDP) PAS Kawasan Gombak (PKG) turut kelihatan. Beliau yang berjiwa muda turut menyertai Pemdua PAS Gombak untuk ke demonstrasi MANSUH ISA kali ini. Selain itu, Ustaz Hasbullah, Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Syarhan, Ketua Pemuda PAS Gombak, turut bersama-sama untuk ke demonstrasi.

Takbir! Takbir! Masing-masing tersenyum untuk berhadapan dengan FRU dan polis.
Kira-kira jam 11.00 pagi kami semua berkumpul di meja mesyuarat untuk mendengar amanat dan kata-kata peransang Ustaz Salehuddin kepada semua demonstrator.

Bergambar dengan banner yang sepatutnya digunakan untuk demonstrasi. Gambar ini menjadi rujukan selepas demonstrasi bagi mengenal pasti mana-mana pemuda yang hilang, dihilangkan, atau menghilangkan diri .
Sejerus selepas itu, kami semua berkumpul di luar pejabat sambil membahagi-bahagi risalah Buletin PemudaGombak.com untuk diedarkan kepada orang ramai pada demonstrasi itu nanti. Juga beberapa keping banner untuk digunakan ketika demonstrasi nanti.
(Nota: Pada akhir demonstrasi, tiada sehelai pun risalah yang berjaya diedarkan. Juga tiada sehelai pun banner yang berjaya dinaikkan) ![]()

Bersiap sedia menuju ke ibu kota untuk berdemonstrasi! Takbir! Takbir! Takbir! Allahuakbar!!!!
Kira-kira jam 11.25 pagi, para pemuda Gombak berkonvoi beramai-ramai menaiki motorsikal. Perjalanan normal yg selalunya memakan masa 15 minit menaiki motosikal, pada hari itu memakan masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke destinasi yang dituju, iaitu Bangunan Dayabumi.
Daripada Pusat Bandar Taman Seri Gombak, ke Jalan Gombak, kemudian masuk ke arah setapak melalui Jalan Taman Ibukota. Kemudian masuk ke Jalan Genting Klang, untuk mengambil jalan pintas ke Jalan Semarak melalui jalan Ayer jerneh, dan Jalan Ayer keroh. Jalan pintas tersebut melintasi Exit Lebuhraya DUKE yang menghala ke Jalan Semarak. Seterusnya masuk ke Kampung Baru melalui Jalan Raja Abdullah dan akhirnya sampai ke tengah-tengah Kuala Lumpur.
Semuanya gara-gara untuk melepasi sekatan lalulintas polis! Perjalanan yang selalunya mengambil masa kira-kira 15 minit menggunakan motosikal, kali ini memakan masa hampir satu jam!
Ketika itu, rata-rata kami telah berpecah. Hanya tinggal beberapa motosikal sahaja ketika itu yang bersama-sama saya. Motosikal yang membawa Ustaz Salehuddin juga tidak kelihatan. Motosikal Ustaz Syarhan juga tidak kelihatan.
Kemudian kami menghala ke Masjid Negera yang menjadi lokasi berkumpul. Nampaknya bulatan menghala ke Masjid Negara telah ditutup oleh polis.
Dari Jalan Kinabalu, kami menghala ke Jalan Tun Sambathan, menghala ke Brickfeild. Dari situ, kami berpatah balik menghala Pusat Bandaraya untuk masuk ke Dayabumi.

Antara yang tiba awal. Sementara menantikan pukul 2 petang, masa demonstrasi bermula.
Kami memparkir motosikal di tempat letak motosikal pejabat Pos besar di bawah Dayabumi. Selang beberapa minit, hampir kesemua motosikal yang bertolak daripada Pejabat PAS Kawasan Gombak tiba di tempat yang dijanjikan.

Gambar di bahagian bawah Bangunan Dayabumi. Bertentangan dengan stesen LRT. Masing-masing menanti dengan penuh sabar.Di sini, ramai orang yang sedang berkumpul. Tidak lama kemudian, kelihatan YB Saari Sungib, ADUN PAS Hulu Klang bersama-sama beberapa orang pemuda PAS Gombak tiba dengan menaiki LRT. Kami semua berkumpul di bangunan Dayabumi.
Kelihatan trak-trak peronda polis membawa anjing-anjing terlatih.
“Anjing bawa anjing!”, kata Sdra Afiffuddin, Timbalan Ketu DACS DPPG. Kami semua tergelak.
12.45 tengahari, Kira-kira sejam lebih sebelum kejadian.
Jam menunjukkan 12.45 tengahari, sementara menantikan masa demonstrasi, kami bergerak menuju ke Perhentian Bas Klang, menyeberangi Sungai Klang, menuju ke sebuah restoran. Di sana kami mengumpul tenaga sebagai persediaan demonstrasi. ![]()

Restoran Hameeds untung besar hari ni. Ramai demonstrator makan di kedainya. Siapa kata demonstrasi merugikan peniaga? Bayangkanlah semua meja dipenuhi dengan pelanggan-pelanggan yang mamakai baju merah hitam. Pemuda Gombak sahaja sudah 6 meja. Kalau satu meja RM 40? Ada kira-kira 50 meja di situ. Berapa banyak tu untung? Lu pikir la sendiri!!

Antara agenda penting di Restoran Hameed’s – pembahagian garam.
Apabila masih waktu zuhur, kami menunaikan solat Zuhur di tingkat 5 bangunan Uda Ocean. Ada juga cadangan untuk kami naik ke tingkat 5 menggunakan tangga untuk latihan demonstrasi. Tetapi ia hanyalah khayalan semata-mata, memandangkan masa sudah hampir suntuk.
Jam 2 petang. Masa kejadian.

Melangkah ke Masjid Negara daripada Bangunan Dayabumi.
”Huh, belum apa-apa lagi dah tangkap orang”, rungut beberpa orang dari kalangan kami.
”Biasala…,” balas yang lain pula.
Bergerak daripada Masjid Negara ke arah Dataran Merdeka. Kelihatan Petugas Unit Amal bertugas
Bagi mengelakkan diri daripada sasaran polis, Ustaz Syarhan mengeluarkan arahan agar risalah dan banner ditinggalkan dahulu. Kami berarak menuju ke Masjid Negara dari Bangunan Dayabumi.


Melintasi Balai Polis Bukit Aman. Kelihatan sepasukan polis sedanga memerhatikan kami. Mungkin takjub dengan kehadiran demonstrator yang begitu ramai.
Di sana telah ramai orang berkumpul. Kami menyertai mereka. Turut kelihat ketika itu beberapa pimpinan PAS.
”Jahanam ISA”
”Mansuh ISA”
”Hidup Rakyat”
”Hancur Umno”
Kedengaran terikan-terikan orang ramai menghangatkan demonstrasi. Ditambah pula dengan kehangatan terik matahari. Kami semua bergerak dari Masjid Negara, menghala ke arah pusat bandaraya melalui Jalan Kinabalu.
Di persimpangan Jalan Kinabalu dan Jalan Perlimen. Orang ramai berpusu-pusu. Ketika ini pergerakan terhenti seketika. Di hujung sana, demonstrator terhalang oleh anjing FRU.
Di flyover Jalan Kinabalu yang melintasi Jalan Parlimen orang ramai telah ramai berasak-asak. Ahli-ahli Unit AMAL PAS telah bersedia untuk mengawal lalulintas. Dari situ terlihat anjing-anjing Umno trak-trak polis dan trak-trak FRU.
Tiba-tiba perarakan tersebut terhenti. Saya ketika berada dihujung flyoveryang menyusur ke Jalan Parlimen.


Orang ramai mula berpatah balik untuk turun daripada flyover jalan Sultan Hishamuddin ke Jalan Parlimen, untuk ke Jalan Tun Razak.
Tiba-tiba terdengar terikan ”Turun! Turun!”, dari dalam kelompok manusia tersebut. Rupa-rupanya, anjing-anjing Umno FRU telah bersiap sedia menghalang di penghujung jalan sana.

Orang ramai merempuh halangan polis di hujung sana.
Tanpa melengah masa, kami terus patah balik dan turun menuju ke Jalan Parlimen. Di situ terdapat segerombolan polis. Perarakan terhenti sebentar. Para demonstrator di barisan hadapan bertembung dengan pasukan polis.
”Lailahaillallah! Lailahaillallah! Lailahaillallah!, !” tiba-tiba laungan tahlil bergema. Para demonstrator merempuh anjing-anjing polis-polis yang menhalang kami.
(Nota: Bersentuhan kulit dengan spesis anjing ini tidak perlu disamak)
“Takbir! Takbir”, jerit salah seorang daripada demonstrator, dan disahut dengan laungan “Allahuakbar!”
Terikan takbir dan tahlil sebentar tadi bagaikan memberi nafas baru. Mungkin syaitan-syaitan yang menolong anjing-anjing tadi, lari bergelimpangan mendengar terikan kami.
Kami berjaya merempuh dan seterusnya menuju ke Jalan Raja Laut.
Di persimpanagn Jalan Raja Laut dan Jalan Tun Perak kelihata trak-trak FRU sudah bersiap sedia.
Kami terus bergerak.
”Pang! Pang!” tiba-tiba terdengar bunyi letupan.
”Eh, bunyi apa tu?” tanya seorang pakcik.
”Bunyi FRU pukul belantan ke bunyi FRU tembak”, dia menyambung lagi.
Belum sempat saya memberi respon, beberapa peluru gas pemedih mata telah jatuh berdekatan dengan kami.

Janagn betulkan skrin komputer anda. Ini sahaja yang sempat dirakamkan dalam keadaan kelam kabut itu!
Rasanya soalan pakcik tadi sudah terjawab. Saya tidak pasti di mana beliau selepas itu. Apa yang pasti kami semua bertempiaran lari.
Masing-masing menahan kesakitan kesan daripada semburan gas pemedih mata tadi.
Saya berlari menuju ke arah Bank Rakyat di Jalan Parlimen. Sambil berlari saya mengeluarkan garam daripada poket vest untuk dimasukkan ke dalam mulut.
Di hadapan pintu Bank Rakyat, saya dan beberapa orang lagi berhenti melepaskan lelah. Kelihatan seorang wanita dengan mata yang berair.


Sepasang suami isteri yang saya temui di pintu Bank Rakyat. Hanya bantuan garam yang mampu saya berikan kepada mereka

Saya tidak sangka, ada juga kaum Cina yang menyokong Osama Laden! Yang pasti, simbol “1″ yang ditunjukkannya bukan merujuk kepada 1 Malaysia.
Saya memberi sedikit garam dan air untuk meredakan kesakitannya. Beberapa orang turut mengambil garam yang saya bawa.
”Cepat, sambung balik”, tiba-tiba terdengar suara entah darimana.

Masing-masing sedang mencari lokasi sesuai untuk bergerak ke Sogo.
Dengan langkah yang sedikit longlai, saya dan beberapa orang lagi ke arah Jalan Raja Laut. Belum sempat apa-apa, tiba-tiba saya terlihat trak FRU menyemburkan air.

Water conan mula bertinda. Kelihatan hanyalah semburan air sahaja di dalam gambar ini.
”Lari! Lari!”, jerit orang ramai yang berdekatan daripada situ.
Ketika ini, saya sudah terpisah dengan rombongan pemuda Gombak yang bersama-sama dari tadi. Mungkin terpisah ketika tembakan gas-gas pemedih mata tadi.
Saya bersama-sama beberapa orang lain lagi bergegas ke arah bawahflyover Jalan Kinabalu. Di sebalik tiang flyover, saya melihat trak anjing FRU menyembur air ke arah demonstrator.
Kemudian saya kembali ke arah Dataran Merdeka. Rupa-rupanya telah ramai yang berkumpul di situ melepaskan lelah. Saya menyertai mereka.
Sesi kejar-mengejar belum habis lagi. Saya melihat dari jauh, FRU mengepung di Jalan Parlimen dan Bank Negara. Trak air gas tadi menuju ke sana untuk menyembur air ke arah demonstrator.
Saya kira, gas pemedih mata kali ini agak berbeza daripada demonstrasi-demonstrasi sebelum ini. Kali ini ia lebih memeritkan dan memedihkan berbanding di demonstrasi anti-PPSMI dan BERSIH.
Saya cuba menghubungi beberapa orang kawan, tetapi gagal.
Selepas kira-kira 30 minit bermundar-mandir di perkarangan di situ, saya mengambil keputusan untuk kembali ke Dayabumi, melalui Dataran Merdeka.
Untuk ke sana, saya terpaksa melalui sekumpulan anggota polis. Saya cuba memberanikan diri dan menegur mereka.
”Boleh lalu sini bang?”, kata saya.
”OK, boleh. Kalau sorang-sorang takpe. Kalau ramai-ramai kita kejar”,rupa-rupanya anjing-anjing tadi boleh berkata-kata.
Jam ketika itu menunjukkan pukul 3.45 petang.


Kanak-kanak sekecil ini pun datang untuk menunjukkan perasaan marahnya kepada akta zalim ISA, walaupun memakai baju Upin dan Ipin berwarna hijau, bukan merah/hitam.

Keluarga ini datang dari Johor, bersama dengan 5 anak mereka yang lain. Yang masih sempat bersama mereka adalah anak yang paling kecil berusia 13 tahun. Yang lain-lain sedang dalam proses pencarian. Lihat wajah si bapa, tersenyum dan rilek je.

Saya terserempak dengan sekumpulan pemuda yang sedang berbincang dengan polis. Alahai, anjing manalah boleh dibawa berbincang…
Saya bertemu dengan Sdra Afiffuddin. Mata beliau kemerah-merahan. Rupa-rupanya beliau disimbahi air asid daripada water-conan dalam jarak yang dekat.
Sungguh kasihan beliau. Katanya, badannya seolah-olah terbakar sebaik sahaja disimbahi air tersebut. Beliau menggelupur berlari menyelamatkan diri daripada air bangsat tersebut.

Saya sempat mengutip keronsong peluru gas pemedih mata. Bahan bukti di padang mahsyar untuk mendakwa anjing-anjing Umno!
Kami beriringan menuju ke Dayabumi bersama-sama orang ramai yang lain.
Kira-kira jam 4.00 petang, kami singgah di sebuah restoran di Dayabumi sambil menantikan ahli-ahli kumpulamn yang lain.
Saya cuba menghubungi mereka untuk mengetahui kedudukan mereka. Ada yang terselamat. Ada juga yang masih terperangkap.
Di restoran tersebut, ada beberapa kumpulan daripada demonstrasi tadi bertukar-tukar cerita. Bau gas pemedih mata memenuhi ruang restoran sehinggakan pekerja-pekerja di situ terpaksa menutp hidung.
Tidak lama selepas itu, kelihatan Ustaz Zamri Mari Mengaji. Saya memanggilnya untuk bersama-sama di meja makan.
Saya bertanya kepadanya, ”Tiada shooting ke hari ni?”.
”Ha… Memang dah kena shoot pun!”, katanya.
Tidak lama, Ustaz Syarhan, Ustaz Hasbullah tiba bersama-sama beberapa pemuda Gombak yang lain.

Masing-masing bertukar-tukar cerita. Bagaikan baru pulang dari sebuah pesta!
Kehadiran mereka menggamatkan suasana di dalam restoran. Masing-masing bertukar-tukar cerita. Terdengar juga cerita kawan-kawan yang dipukul dan ditangkap. Kami mendapat maklumat yang Sdra Helmizan, Naib Ketua DPPG, dipukul dengan belantan. (selepas demonstrasi barulah diberitahu yang beliau tercedera ketika melarikan diri, bukan akibat dipukul belantan). Juga seorang anggota pemuda yang bersama-sama kami telah ditangkap polis.
Antara cerita yang agak melucukan ialah daripada Sdra Khairulfahmi.
Selepas tembakan-tembakan gas pemedih mata kali yang pertama, beliau bersama kira-kira 30 yang lain berlari ke arah tempat parking basement Bank Rakyat. Di sana, mereka terperangkap ke hujung tempat basement. Dalam keadaan yang terperangkap mereka menyembunyikan diri di dalam tempat parking tersebut kira-kira 30 minit untuk mengelak diri daripada anjing FRU.
Ketika di tempat parking tersebut, masing-masing berhati-hati ketika hendak bersuara. Bimbang kalau didengari sampai ke luar. Jika FRU datang dan membaling gas pemedih mata, tidak tahulah apa yang akan jadi. Selepas hampir 30 minit, barulah mereka berani mengeluarkan diri daripada tempat persembunyian.
“Wah, macam cerita Nabi ketika hijrah. Waktu Nabi dan Abu Bakar menyembunyikan diri di dalam gua Thur”, kata Sdra Fadzli, Ketua Lajnah DACS DPPG, menyedapkan cerita.
“Hahahaha….”, kami semua tergelak.
“Betul. Kalau FRU tu tunduk sikit je, tentu nampak kami kat dalam tu”,tambah Sdra Khairulfahmi.
“Cuma tak ada sarang labah-labah dengan burung je”, tambah saya.
Kami dikhbarkan beberapa berita penangkapan yang melibatkan pemuda Gombak. Salah seorang adalah anak kepada Ustaz Salehuddin Nasir. Juga seorang pemuda Gombak yang bertugas sebagai Unit AMAL. Juga isteri kepada salah seorang pemuda Gombak.
Sebelum pulang, kami singgah sebentar di Pejabat Agong PAS di Jalan Raja Laut. Rupa-rupanya di sana, FRU dan polis cuba merempuh masuk ke dalam Pejabat Agung PAS, tetapi gagal.

Gambar diambil daripada tingkat 2 Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut. Jam 5.30 petang, trak FRU masih ada. Mungkin mereka over-time hari tersebut.
++++++
Itulah serba sedikit coretan saya mewakili pemuda-pemuda Gombak yang menyertai demosntrasi kali ini
Sesudah demonstrasi, bagaikan baru pulang daripada pesta.
Pesta demonstrasi! Pesta rakyat!
Hidup rakyat! Hidup Islam!
Ketua Penerangan,
Pemuda PAS Gombak.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Post a comment