PARIS: Penyiasat kemalangan Perancis menyatakan tidak ada kepastian sama ada ketua juruterbang pesawat Air France 447 yang sedang melakukan kawalan ketika pesawat itu menjunam ke Lautan Atlantik.
AP melaporkan, ketua agensi penyiasatan kemalangan Perancis, Paul-Louis Arslanian juga berkata, beliau "tidak optimistik" yang pasukan penyelamat akan menemui kotak hitam pesawat itu yang dipercayai berada berbatu-batu dalam air.
Juruterbang bagi penerbangan jarak jauh seringkali bergilir-gilir melakukan kawalan untuk kekal dalam keadaan berjaga-jaga.
Ditanya sama ada ketua juruterbang berada dalam kokpit ketika pesawat tersebut jatuh, tidak ada pengesahan mengenai perkara itu.
Katanya "kami malah tidak tahu masa sebenar kemalangan itu".
BERITA TERDAHULU
Cebisan ditemui disahkan pesawat Air France
FERNANDO DE NORONHA (Brazil): Sebuah tempat duduk pesawat, tompokan bahan api dan cebisan-cebisan putih yang bertaburan dalam lingkungan tiga batu ditemui di tengah-tengah Lautan Atlantik pada Selasa dipercayai lokasi di mana pesawat Air France 447 menjunam jatuh, kata Menteri Pertahanan Brazil, Nelson Jobim.
Pasukan juruterbang tentera Brazil mengesan bangkai pesawat tersebut di kawasan kira-kira 400 batu ke timur laut pulau-pulau pantai Brazil. Pesawat yang membawa 228 orang itu hilang Ahad lalu kira-kira empat jam selepas berlepas dari Rio de Janeiro ke Paris.
"Saya boleh mengesahkan yang cebisan-cebisan dalam lingkungan lima kilometer itu adalah daripada pesawat Air France," kata Jobim dalam satu sidang media di Rio.
Katanya, tidak ada penumpang yang dijumpai dan tidak ada tanda-tanda penumpang yang hidup.
Usaha mengesan cebisan-cebisan pesawat dan menempatkan perakam-perakan kotak hitam yang mengeluarkan signal selama 30 hari dijangka akan semakin sukar.
"Kita sedang melakukan usaha tanpa henti dalam keadaan cuaca yang amat sukar dan di dalam kawasan yang kedalamannya mencecah sehingga 7,000 meter," kata Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon di Parlimen pada Selasa.





kalu dah crash kat atlantik tu payah la nk jumpa bangkai or mayat..kalu jumpa pon..take months
BalasPadam