BONGKAR Kalau cinta sudah dibuang Jangan harap keadilan akan datang Kesedihan hanya tontonan..

Jumaat, 15 Mei 2009

VK LINGGAM ADA SEBUT NAMA HAKIM DATUK RAMLY



KUALA LUMPUR [6.45 pm] - Hakim Datuk Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Datuk Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu. Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham (foto) tentang Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah. Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. "Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002," katanya. Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini, katanya. Beliau membangkitkan persoalan betapa mudahnya Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry sedangkan Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk berhadapan dengan tiga panel hakim.
Makanya sekarang sudah terbuktilah bahawa kenapaa Hakim Datuk Ramly itu begitu cepat mendengar dan membuat keputusan kes Menteri Besar Perak yang difailkan oleh Zambry baru-baru ini. Ini juga bermakna bahawa memang wujud keraguan dan pertikaian atas keputusan tersebut dimana permohonan Zambry didengar tidak sampai dua jam terus buat keputusan, sementara permohonan Nizar pula diberi tempoh lima hari dan perlu didengar oleh panel tiga orang hakim mahkamah rayuan. Benarlah laporan kami sebelum ini bahawa permohonan Zambry Kadir itu diputuskan melalui rundingan belakang atau "tabletalk" sahaja agaknya.

sumber dari pahangdaily.blogspot.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post a comment