Belum sempat dengung disebabkan ubat kaki tiga aku hilang. Belum sempat hingus akibat selsema aku berhenti meleleh..belum sempat aku salin seluar dalam…kerajaan Perak bertukar tangan lagi.
Dalam aku dok kata…ia berlaku lagi. Mahkamah Tinggi kata A, Mahkamah Rayuan kata B. Kita nak kata apa? Tahan saja la…kena buli.
Berapa lama hangpa nak tahan? Berapa lama hangpa nak kena buli? Kalau hangpa masih percaya kepada demokrasi ala Malaysia…jangan komplen.Terima saja.
Aku tak mau cakap pasai keputusan mahkamah. Yang tu loyar buruk pun boleh sembang tujuh cawan.
Cuma yang aku nak tanya…siapa yang menangani krisis Perak ini dari sudut Pakatan Rakyat?
Pakatan Rakyat tak ada Pemerintah. Anwar hanya jadi Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR…tapi bukan Ketua Turus Pakatan Rakyat. Penglibatan Anwar dalam kes Perak cukup sikit. Takat datang bagi ceramah dan keluar kenyataan. Anwar gagal membimbing Pakatan Rakyat Perak…malah membiarkan saja Perak dikemudikan oleh Nizar.
Haji Hadi pun serupa. Takat bersuara kat masjid Rusila.
Mungkin depa sebok…tak pa la. Tapi ketua-ketua Pas dan PKR Perak pi mana? Hangpa pernah dengar kenyataan atau arahan dari Ahmad Awang dan Hj. Osman?
Pernah dengar ulasan atau pendapat dari Ahmad Awang atau Hj. Osman?
Daripada mula krisis Perak sampai sekarang, penglibatan Ketua PKR dan Pesuruhjaya Pas Perak langsung tak nampak. Dalam sidang media pun tak ada. Nak kata buat sidang media pun tak jugak. Habih depa buat apa?
Krisis Perak memerlukan kepimpinan yang kuat.dan pemimpin itu perlu ada di centre of activity setiap masa. Kalau Anwar sebok di Kuala Lumpur, Hj. Hadi sebok di Terengganu…pemimpin PR Perak perlu ada di Ipoh. Tapi kalau Ahmad Awang pun sibuk di Bagan Serai, Hj. Osman sibuk di Kelang… sapa nak jaga negeri?
dan apa kejadahnya Ketua PKR Perak duduk diKelang? Nak jaga Perak atau nak jaga Selangor?
DAP dah cukup kuat. Tapi Nizar masih belum cukup kuat. Betul…dia Menteri Besar..tapi dia tak boleh nak buat keputusan bagi pihak Pas sebab dia bukan Pesuruhjaya Pas Perak. Dia boleh suruh rakyat Perak turun ke Ipoh..tapi kalau Ahmad Awang kata…”tak payah turun la..”, cakap Nizar tak laku.
PKR Perak…tak tau nak kata apa. Dah la keruntuhan PR Perak disebabkan oleh dua katak PKR yang melompat. Bila jatuh…apa yang PKR Perak buat? Setiap kali pemimpin Pakatan Rakyat Perak bermesyuarat..selalunya selepas tu ada sidang media. Dan orang pun bertanya…mana pemimpin PKR?
kot-kot la ada Hj. Mail kat belakang. Tapi kalau takat Hj. Mail…lebih kurang aku jugak. Kurang-kurang pun..kemana aku pi…ada jugak peminat nak bergambar.
Kalau dilihat kepada apa yang berlaku sekarang..orang yang mengendali krisis Perak ini hanyalah Nizar dan Ngeh. Orang-orang parti..baik Pas atau PKR hanya menunggu perkembangan kat markas atau kedai kopi.
Sekurang-kurangnya..orang Pas ada juga buat ceramah. Tapi orang PKR buat apa?
Anwar kena ambil perhatian kepada Perak. PKR Perak makin hari makin teruk. Ketua PKR Perak duduk di Selangor. Timbalan Ketua PKR Perak dah jadi calon bebas menyokong Umno. Sapa yang mengemudikan PKR Perak? Kalau Anwar pun tak ambil pot tentang PKR Perak…kalau lingkup pun memang patut.
Haji Hadi pun kena ambil serius tentang Pas Perak. Respek kat Hj. Ahmad Awang tu satu hal…tapi memimpin Perak dalam keaadaan gawat ni satu hal.
Mungkin ada yang akan tanya…pasai apa tiba-tiba aku dok balun Hj. Hadi dan Anwar? Sebab aku dah tak percaya kat mahkamah. Kalau aku percaya kat mahkamah…aku tak payah sebut Anwar dan Hj. Hadi. Serahkan saja nasib Perak ni kepada Sulaiman Abdullah dan Hanipa Maidin. Tapi kedua-dua lawyer ni hanya mampu geleng kepala..melihat bagaimana mahkamah diperkudakan.
Nak harap Sultan? Semalam Sultan ada peluang terbuka untuk membubarkan DUN. Surat permohonan untuk membubarkan DUN dihantar jam 9.25 pagi. Kalau Sultan atau Raja Muda memperkenankan pembubaran DUN semalam…selesai krisis Perak ni. Tapi.. pengurniaan pingat lebih penting dari menyelesaikan kemelut Perak.
Nak harap sapa lagi?
Jalan terakhir ialah menggerakkan kuasa rakyat. 54% rakyat Perak menyokong Pakatan Rakyat. Dan dengan segala kedurjanaan UBN di Perak…sokongan itu makin meningkat. Itu sebab UBN takut mengadakan pilihanraya DUN. Cuma…tidak ada keseriusan dikalangan kepimpinan Pakatan Rakyat.
Kalau Anwar benar-benar serius dengan Ketuanan Rakyat…buat la sesuatu. Kalau tidak…aku akan mengatakan Ketuanan Rakyat itu hanyalah gimik politik…sebab akhirnya kita masih bertuankan Umno dan Barisan Nasional. Kalau Ketuanan Rakyat gagal..Anwar gagal.
Kalau Hj. Hadi mahu memartabatkan perjuangan Islam…buat la sesuatu. Kalau tidak..rakyat Perak terpaksa jugak bertuankan iblis.
Jangan salahkan rakyat Perak..sebaliknya rakyat Perak akan mengatakan..Anwar dan Hj. Hadi gagal.






langit tak selalu cerah...
BalasPadam