![]() |
Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah sebagai kemenangan untuk rakyat dan sistem demokrasi di Negara ini. Beliau berkata keputusan mahkamah itu membuktikan bahawa Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini. Sehubungan itu, katanya, adalah mustahak bagi semua institusi kerajaan untuk menghormati semangat yang termaktub dalam perlembagaan. “Ini termasuk sistem pengasingan kuasa yang secara jelas menggariskan pengasingan di antara kuasa eksekutif, kehakiman dan juga perundangan. “Sejajar dengan itu adalah penting untuk kita mengiktiraf sidang bawah pokok yang berlangsung pada 3hb Mac 2009 serta segala resolusi yang diluluskan pada hari tersebut,” katanya. Bagi menyelesaikan kemelut politik di Negeri Perak, Datuk Seri Anwar berkata, Pakatan Rakyat tuntas dengan tuntutan agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan serta merta. Beliau berkata, ia bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan mana yang memperolehi mandat serta kepercayaan mereka melalui pilihanraya yang bakal diadakan nanti. “Kami yakin, rakyat pasti memilih yang terbaik buat masa depan mereka dan negara ini. Sepanjang kemelut di Perak, Pakatan Rakyat menunjukkan iltizam untuk tetap teguh menjunjung keluhuran Perlembagaan,” katanya. |
PAS Buat Ketetapan Mengejut, Putuskan Kerjasama Politik Dengan BERSATU
Berkuatkuasa Serta-Merta
-
*KUALA LUMPUR: *Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengejutkan landskap politik
tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta
...
19 jam yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Post a comment