BONGKAR Kalau cinta sudah dibuang Jangan harap keadilan akan datang Kesedihan hanya tontonan..

Khamis, 28 Mei 2009

PDRM Sudah Jadi "Polis Raja Di Malaysia"

   

TV Antara - Penangkapan hampir 160 pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sejak Najib Razak menjadi Perdana Menteri mencerminkan kepada dunia bahawa Malaysia telah menjadi sebuah negara polis.

Menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham polis menyalahguna kuasa dengan bertindak menahan orang awam sesuka hati mereka tanpa menghiraukan hak asasi manusia.

Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas mendakwa penahanan hampir 160 dalam jangka masa dua bulan adalah lebih buruk daripada Operasi Lalang pada 1987 semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad di mana 106 ditahan di seluruh negara.

"Sekarang jumlah mereka yang ditahan kali ini mencecah 157 orang di mana 80 daripadanya adalah di Perak," katanya.

Melihat kepada zalim dan melampau batas undang-undang mereka Ngeh berkata, "Polis DiRaja Malaysia" kini lebih dikenali oleh rakyat Perak dan rakyat Malaysia sebagai "Polis Raja Di-Malaysia".

Ini kerana dilihat sebagai polis bersekongkol dengan Umno dan Barisan Nasional untuk menyekat sepenuhnya kebebasan bersuara dan bergerak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Malam Selasa lalu, G Haridas, 34 - pemandu setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming - dan ahli Majlis Perbandaran dari DAP, Simon Uthaya Kumar, 51, ditahan diluar pintu masuk bangunan ibupejabat DAP di Ipoh.

Ngeh dan Nga bertikam mulut dengan timbalan ketua polis Ipoh, Ibrahim Abu Bakar berhubung tangkapan tersebut.Ibrahim dikatakan memberitahu bahawa polis boleh menangkap orang ramai yang berkumpul dalam kumpulan lima orang atau lebih.

Bagaimanapun, Ngeh pula menegaskan bahawa alasan tersebut tidak boleh diterima kerana dua orang sahaja yang ada ketika (Haridas dan Simon) dan mendakwa ia merupakan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis.

Ketua-Ketua Kampung Saman "Menteri Besar Mahkamah"


   

Ketua-ketua kampung lantikan Pakatan Rakyat yang telah dipecat oleh kerajaan negeri "Menteri Besar Mahkamah" Dr Zambry Abdul Kadir telah memfailkan saman terhadap beliau di Mahkamah Tinggi Ipoh pagi tadi.

Turut serta mengiringi ketua-ketua kampung tersebut ke mahkamah termasuk Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dan pemimpin Pakatan Rakyat negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Ketua-Ketua Kampung Negeri Perak, Mohd Ridzuan Afit saman yang dikemukakan mengandungi tujuh tuntutan terhadap Dr Zambry.

Antara lain mereka menuntut supaya mahkamah melarang kerajaan negeri membuat sebarang pelantikan ketua kampung sebelum 31 Julai 2010 iaitu tarikh tamat tempoh perkhidmatan mereka seperti watikah pelantikan daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Mereka juga memohon untuk membatalkan keputusan dan tindakan kerajaan negeri "Menteri Besar Mahkamah" yang memecat mereka berkuat kuasa 16 April lalu.

Disamping itu saman itu turut memohon perintah mahkamah melarang kerajaan negeri menggunakan dewan orang ramai di seluruh negeri oleh Barisan Nasional sehingga kes itu selesai.  

Mohd Ridzuan yang mewakili 817 ketua kampung yang dipecat dalam tindakan "Menteri Besar Mahkamah" itu yang dianggap tidak sah dan melanggar undang-undang berkata pihak mahkamah belum lagi menetapkan tarikh untuk mendengar saman mereka tetapi kes tersebut akan didengar dalam tempoh dua bulan dari tarikh difailkan.

Ketika dihubungi Tv Antara beliau berkata pemecatan yang dilakukan secara mengejut pada 16 April lalu dan sebelum tamat tempoh kontrak perlantikan pada 31 Julai 2010 adalah sesuatu yang kejam dan zalim yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

"Saya menerima surat pemecatan saya daripada pejabat daerah dan di dalam surat itu tidak disebut apakah kesalahan saya yang menyebabkan saya dipecat. Watikah pelantikan yang kami terima daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat adalah bagi tempoh dua tahun dan dengan tiba-tiba apabila bertukar kerajaan negeri kami dipecat secara mendadak.

"Ini adalah satu tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan. Ketua kampung bukannya satu jawatan politik dan kami berkhidmat kepada semua orang tidak kira fahaman politik sama ada dia PKR, Umno atau mana-mana parti politik," kata Mohd Ridzuan.

Menurut beliau lagi jawatan ketua-ketua kampung yang dipecat telah diambil alih serta merta oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan yang dilantik oleh BN seiring dengan perlantikan ketua-ketua kampung tersebut tahun lalu.

Selain menfail saman badan bertindak tersebut juga telah melancarkan kempen mengumpul tandatangan rakyat Perak sebagai tanda sokongan kepada ketua-ketua kampung yang dipecat.

Setakat seminggu lalu badan bertindak itu telah mengumpulkan lebih 250,000 tandatangan rakyat dari seluruh negeri Perak dan yakin dapat mencapai sejuta tandatangan dalam masa satu atau dua minggu lagi.

"Kempen tandatangan yang sudah kami lancarkan sejak seminggu lalu mendapat respons yang amat baik dan menggalakkan daripada rakyat seluruh negeri Perak. Ini menunjukkan mereka menyokong pakatan Rakyat dan menolak "Menteri Besar Mahkamah" yang berkuasa ke atas rakyat Perak melalui perintash mahkamah. 

"Rakyat Perak rata-rata mahukan Pakatan Rakyat kembali dan usaha mengumpul tanda tangan ini adalah sebahagian daripada langkah untuk mendesak supaya DUN Perak dibubarkan," tambah beliau.

Walaupun kerajaan kudeta "Menteri Besar Mahkamah" melakukan pelbagai untuk menghalang hasrat rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri rakyat tetap akan menolak BN kata Mohd Ridzuan.


Umno turut adakan ceramah di Penanti

PENANTI, 27 Mei (Hrkh) - Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya begitu 'teliur' (teringin) menyertai pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti tetapi apa boleh buat ia tidak mendapat perkenan Presidenya, Dato' Seri Najib Tun Razak yang kononnya tidak mahu terjerat dengan mainan politik pembangkang dan mahu menumpukan hasrat menjana ekonomi.

Di Penanti, walaupun ia tidak mendapat restu penyertaan calon Umno dan BN namun mulai dua malam berturut-turut parti yang hampir tengelam itu mula mengerakkan jentera penerangan ke beberapa buah kampung hatta di luar Penanti dengan harapan rakyat tahu kenapa BN bertindak begitu.

Semalam dikhabarkan Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Dato' Musa Sheikh Fazir mengadakan pidatonya di hadapan 50 orang di Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh.

Malam ini Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Lokman Nor Adam dijangka mengadakan peneranganya di Dun Penanti. Sehari sebelum ini beliau sempat bertemu pemuda di Bahagian Tasek Gelugor di Kampung Lubuk Meriam dengan kehadiran 70 orang tempatan.

Semalam Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti KeADILan, Badrul Hisyam Sharin ketika berucap di Bilik Gerakan Utama PAS N12 berkata, Umno sekarang macam gila talak berkokok di luar gelanggang.

Pakatan Rakyat katanya, tidak takut menyertai pilihan raya untuk mengembalikan hak rakyat yang telah mengangkat Adunnya sebelum ini. Berlainan dengan Umno dan BN mereka bimbang kalah kerana bagi mereka kekalahan merupakan azab yang paling pedih.

"Umno bukan senang melihat kita dok hentam mereka saban malam bagi menerangkan penyelewengan yang telah dilakukan. Mereka geram tak tentu fasal sehinggakah Timbalan Presiden Umno, Muhyidin Yassin tiba-tiba mengeluarkan kenyataan Umno tetap dibelasah oleh pembangkang walaupun tidak bertanding di Penanti," tegasnya.

Satu lagi kebimbangan Umno dan BN di seluruh negeri ialah golongan 'celik komputer' yang mana rata-rata golongan berkenaan tidak menyokong BN.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam ceramahnya pula menegaskan, Umno hampir dengan 'sakratul maut' maka mereka akan lakukan apa sahaja untuk menarik perhatian masyarakat termasuk menangkap sesiapa sahaja yang dikhuatiri boleh menjejaskan pengaruh Umno dan BN.

"Sekarang ini ahli dan penyokong Umno tinggal golongan yang gigit mee tak putus sahaja yang ada gigi lazimnya keluar atau tidak memberi sokongan padu pada BN. Golongan veteran lebih senang dengan keadaan lama," jelasnya. - mns_

Laporan PKFZ didedahkan esok

Laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan didedahkan kepada umum esok.

Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datuk Lee Hwa Beng mengesahkan bahawa beliau akan mengumumkannya dalam satu sidang akhbar esok.

Dalam emelnya kepada media, beliau berkata, sidang akhbar tersebut akan diadakan di LPK pada jam 3.30 petang esok.

ong tee keat and pkfz report released 270509
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau akhirnya telah mendapatkan lampu hijau Kabinet untuk mendedahkan keseluruhan laporan tersebut.

Beliau yang juga presiden MCA menulis dalam blognya bahawa kabinet telah membincangkan laporan PKFZ bagi kali ketiga hari ini.

"Saya gembira kerana perdana menteri dan anggota jemaah menteri berkongsi aspirasi saya bahawa kerajaan kita mesti telus dan menangani secara terus isu-isu yang ada.

"Menyembunyi masalah bukanlah satu opsyen," tulisnya lagi.
NST 27/05: Mat Selamat Kastari, caught by police after escaping from Singapore, has been detained under the ISA for two years in Kamunting.
Safe in ISA. This officially makes Mas Selamat the first person to be detained without trial under the Najib Administration.

I wonder why the Home Minister did it. Finders keepers? I mean, Najib has released 26 detainees from the ISA since he became PM early last month so why spoil that record by sending to Kamunting this alleged terrorist who escaped a high-security prison in Singapore?

Rabu, 27 Mei 2009

Bila Najib diusir dari Seri Perdana

Mohamed Hanipa Maidin 
Wed | May 27, 09 | 1:02:40 am MYT

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke kediaman rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana baginda telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan baginda di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat dan beberapa ahli BN yang mula menyokong Pakatan Rakyat telah berjumpa baginda di Istana Negara dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato� Seri Abdul Hadi Awang atau Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Surat baginda juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan, beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah dan berang lantas memohon menghadap Tuanku. Sebaik diizinkan menghadap Najib berkata:

"Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana�mana peruntukan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri.

"Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik."

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh Yang di-Pertuan Agong. Baginda dengan senyum berkata kepada Najib:

"Adakah memanda tua sudah lupa bahawa pada 22 Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato' Raus Sharif, Y.A Dato' Ahmad Maarop dan Y.A Dato' Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa:

a. Seorang Menteri Besar (di peringkat negeri) atau Perdana Menteri (PM) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau Yang di-Pertuan Agong memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti Adun atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16(6) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti Adun atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya (votes of no confidence).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan (1966) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

Yang di-Pertuan Agong seterusnya menambah:

"Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang memanda tua inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba? Bukankah memanda tua yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen memanda tua sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui pilihan raya semula di Perak.

"Maaf memanda tua, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa. Maka Beta dengan ini memerintahkan memanda tua sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana memanda bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri.

Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato� Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy), keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendekiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak (Absolute Monarchy).

Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan (legitimacy).

Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan, turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah, Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan, maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12 Mei 2009 di sebelah pagi, Zambry membuat permohonan bagi menggantung perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama. Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 Mei itu juga Y.A Hakim Dato' Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18 Mei 2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21 Mei 2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

Pada 21 Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak �pihak secara mendalam. Mahkamah hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk diputuskan. Memang hebat apabila Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari. Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari; saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut.

Suatu yang amat mengharukan kami (pasukan peguam Nizar) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman; ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita, sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan, insya Allah.- tajdid_

Selasa, 26 Mei 2009

Zambry vs Nizar

YB Sivakumar, YB Kula, bodyguard Siva, dan beberapa orang lain yg dianggarkan terkini hampir 20 orang telah ditangkap kerana hadir kePerhimpunan Haram di hadapan Wisma DAP. Blogger al-Hussyen melaporkan dari Mahkamah, bahawa YB Sivakumar ditangkap ketika keluar dari kawasan letak kereta menuju ke bangunan yg menempatkan Wisma DAP. Dari apa yg diberitahu juga, polis mengklasifikasikan perhimpunan itu sebagai perhimpunan tanpa permit..HARAM lah...!


Pada pagi ini juga, semua ketua2 kampung yg dilantik oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sedang menfailkan saman kepada Kerajaan Perak (UBN) sekarang kerana isu pemecatan ketua kampung. Kita nantikan dari al-Husseyn untuk alBanjari Online dari masa ke semasa...

Koleksi Gambar Program Puasa Sunat dan Mogok Lapar - Ihsan idhamlimblogspot


Polis berkumpul untuk apa? Polis bernama Glen memaklumkan perhimpunan tidak ada permit, dia bagi amaran sila bersurai, kalau tidak kami akan bertindak.

DS.Nizar ditemuramah selepas Program

Hidup Pakatan Rakyat, RM 200, 000.00 didermakan untuk perjuangan
rakyat Perak, Bubarkan DUN!.

Jurutera bersara, EN.Koon Yew Yin menyumbang RM 200, 000.00
tanda sokongan kepada Pakatan Rakyat Perak.

Jurutera bersara LAP.

Dato'. Ngeh meletakkan lilitan bubarkan DUN dan
gelang kuning kepada DS.Nizar tanda bermulanya Program.


Aminah digesa balik tarik balik tuduhan - Saifudin

PENANTI, 26 Mei (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menyerahkan semua tuduhan calon bebas, Aminah Abdullah kepada pihak peguam kononnya terdapat bukti mendapat sogokan dan tawaran oleh dua orang kepimpinan KeADILan .

Pengarah Pilihanraya KeADILan, Saifudin Nasution Ismail dalam kenyataan medianya di Yayasan Aman, Penanti pagi tadi menyebut, apa yang disuarakan oleh Puan Aminah belum terbukti kesahihan dan jika sekiranya tidak betul maka parti tidak teragak-agak meminta pihak peguam mengantar surat supaya beliau meminta maat atau tarik balik tuduhan tersebut.

"KeADILan tidak teragak-agak mengambil tindakan saman sekiranya apa dipertuduhkan tidak sahih dan kabur. KeADILan tidak mahu ia dijadikan isu kerana lebih mementingkan agenda memperkenalkan calon dan agenda perjuanganya bilamana memenangani pilihan raya nanti, " tegasnya.

Bukan masanya KeADILan melayan kerenah bekas ahlinya yang telah pun mengistiharkan keluar parti tetapi lebih menumpukan pada soal penerangan kepada pengundi.

Semasa sidang media pagi tadi, Aminah mendedahkan beliau didatangi dua orang wakil KeADILan iaitu Pegawai Khas kepada Exco dan salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan untuk membincangkan beberapa tawaran jawatan dan gantirugi serta menceritakan masalah dalaman parti.

Perkembangan lain Saifudin yang juga Ahli Parlimen Machang memberitahu, KeADILan telah mengatur 15 program sehari termasuk satu program perdana untuk calon N12 Penanti, Dr Mansor Othman turut padang berjumpa semua lapisan masyarakat.

Masa sekarang bukan memperbincangkan soal peribadi sebaliknya isu semasa yang boleh mempamerkan kejituan kerjasama di samping menerangkan kepentingan pilihanraya kecil ini.

"Jika menang di Penanti kita dapat meneruskan agenda yang telah di atur bersama Kerajaan Negeri. Dr Mansor yang akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 pasti memperkasakan apa yang menjadi agenda yang dekat di hatinya, " jelas beliau. - azm _

Mogok lapar: 8 MP, ADUN ditahan

Malaysiakini: Lapan wakil rakyat pembangkang termasuk ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran ditahan polis selepas perasmian mogok lapar Pakatan Rakyat untuk mendesak DUN dibubarkan.

Mereka antara 14 orang yang ditahan pagi ini, termasuk lima pekerja syarikat pengurusan acara yang sedang menyiapkan khemah untuk acara tersebut. 

perak hunger strike police arrest at ipoh dap office 260509 03
Kelima-lima ditangkap di depan Wisma DAP di Ipoh selepas jam 6 pagi ini. Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.

Belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' turut dirampas. Difahamkan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh cuba meruntuh khemah untuk majlis pelancaran tetapi tidak meneruskan niat mereka.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan pasukan pencegah rusuhan kelihatan di sekitar ibu pejabat DAP negeri itu.

perak hunger strike police arrest at ipoh dap office 260509 02
Pakatan Rakyat melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu. 

Menteri besar mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok tersebut. 

Beberapa ADUN Pakatan dan penyokong DAP, PAS dan PKR dijangka menyertainya sebagai bantahan terhadap rampasan kuasa BN. 

Mogok lapar ini akan berakhir di pejabat PAS Perak petang Khamis ini.

Sabtu, 23 Mei 2009

Perak - the epicentre of Umno fault-line


by Augustine Anthony 
22.3.09

(This article was written in anticipation of the Court of Appeal judgment in Nizar vs Zambry)

The judgment of Justice Abdul Aziz Abd. Rahim in the case of Nizar vs Zambry has attained clairvoyance status.

It had positioned the institution of rulers above politics, dignified the sultans and preserved the revered constitutional monarchy for generations to come.

In the ancient times the announcement of gestation or birth of crown prince will usually send sages and spiritual leaders into solitude in meditation and prayers in the harsh wilderness with the hope that the ruler to come will be benevolent to the subjects. History bears testimony of such adoration with monuments and poems of virtues and valour of such kings.

Today more than a billion souls, Hindus, Christians and Muslims all in India salute the great emperor Asoka knowingly or unknowingly when they rise in veneration of the majestic Indian national flag, the centre of it bears the wheel of Asoka.

But not all Rulers invite admiration. Scorn and disdain of the people witnessed the extinction of absolute monarchy in many parts of the world and replaced with power to the people by new systems of constitutional monarchy or an outright republic of a nation.

Power is placed in the hands of people’s representatives but authority is given not to deny the will and wishes of the people.

But the hearts of men are so easily corrupted.

Neither constitutional monarchy nor the presidency of a republic could remove the abuse of power and expansion of corrupt playing fields of those in whose hands the people have placed their power and authority that were removed systematically from the absolute monarchs.

Power corrupts and absolute power corrupts absolutely, so the saying goes.

The creation of constitutional monarchy and a system of parliamentary democracy with people’s power concentrated in the hands of UMNO in the last 52 years only goes to show that indeed UMNO enjoys the goodwill of the people of Malaysia.

But all that is about to change.

The epicentre of UMNO’s power shattering phenomenon is hidden deep in the emotions of the Perakians. It may well be UMNO’s fault line that may trigger the next and decisive Tsunami. A sea of people with their emotion translated into tidal waves of anger may well bring about permanent destruction to the once invincible fortress that now lies damaged at the shoreline built by UMNO painstakingly for more than 50 years led by many of their visionary leaders of the past.

But wait! Alas, those political leaders opposed to UMNO who now ride these tidal waves of anger (except for some notable veterans), are poor surfers unable to comprehend the deep current and direction of the waves. Tidal waves are fast and furious. Either you surf it or sink in it.

Many of these surfers are amateur opposition new kids on the bloc with the new found fame of Yang Berhormat. They try very hard to impress the undecided and uncertain people who had swung to the opposition in anger during the 2008 general election.

These YB’s must bear in mind that it takes more to continue winning the hearts and minds of the people than apple distribution in parliament house or bicycle paddling to the parliament entrance or constant holding of candle light in vigils and screaming “Saya YB, Saya YB” when apprehended by the law enforcement officers or even offering prayers to the ghost of unknown Ghengis Khan descendant who was blown to smithereens.

Many of these meaningless publicity stunts exhibited by these poor surfers are not only amusing but alarmingly annoying.

Internal squabbles aplenty, in short the Opposition’s value to people is fast descending to junk bond status.

While the surfers struggle at the high sea, close to shoreline the current Chief Architect surveys the damaged fortress and the coming of the tidal waves. Both he must confront and contain swiftly.

This Chief Architect is formidable, commanding an army of bureaucrat’s allegiance. His monumental fortitude sends uncluttered vibrations that he is determined to stay for more than one term as the commander in chief of the government of Malaysia.

The RAHMAN theory must die or UMNO will die. Die UMNO, this, the Chief Architect cannot and will not allow.

Najib Razak is a bangsawan pedigree. A Razak creation. Born and bred in the ways of leadership. As the son who enjoys the unseen goodwill left behind by the then chief architect of NEP in the 1970’s, he now enjoys the ancient cryptic command of the universe; the Vedas call it positive karma.

His reading of people’s anger is correct. He knows that he needs time to waft like gentle breeze to soothe the angry and humid emotion of the people. His weekly meet the people sessions is just about the right antidote in times like these. Just like his father.

His less than one hundred days in the seat of power shows that he is moving in the right direction.

Will Najib initiate the correct moves to dissolve the Perak State Legislative Assembly? Every thought is pointing to the inevitable. Dissolution of the Perak State Legislative Assembly is imminent.

To save UMNO or to squander the goodwill of the Malaysian?

It is your turn to think, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak

Jumaat, 22 Mei 2009

Keputusan Tiga Hakim Mahkamah Rayuan dianggap luar biasa

Tiga hakim Mahkamah Rayuan hanya mengambil lima minit untuk mengumumkan  Zambry Kadir dari UMNO adalah Menteri Besar Perak yang sah, dan bukannya Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

Lebih mengejutkan ketiga-tiga hakim berkenaan mengambil pendirian senada bahawa Sultan Perak mempunyai kuasa penuh untuk melantik Zambry tanpa mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri untuk mengambil undi tidak percaya terhadap Nizar. 

Hakim Md Raus Sharif, Zainun Ali dan Ahmad Maarop tidak memberikan hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang mempunyai implikasi mendalam terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini dan kuasa-kuasa istana sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Mengulas keputusan mahkamah itu, peguam Nizar, Sulaiman Abdullah berkata,  “negara kita  mempunyai hakim-hakim luar biasa dengan kebolehan luar biasa.” 

Kini Nizar hanya boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan sebagai ruang perundangan terakhir untuk menegakkan mandat rakyat dan perlembagaan negeri Perak.  

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tentunya sukar ditelan oleh bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat tetapi juga pendokong demokrasi malah di kalangan peguam sendiri. 

Presiden Majlis Peguam Malaysia K.Ragunath berkata keputusan mahkamah hari ini seolah-olah meletakkan kuasa-kuasa  Sultan sebagai menjangkau parlimen atau dewan undangan negeri. 

Ragunath berkata Mahkamah Rayuan seolah-olah memberikan Sultan kuasa-kuasa yang menjangkaui daripada apa yang diperuntukan oleh perlembagaan. . 

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata keputusan mahkamah tanpa penghujahan bernas adalah mengejutkan dan satu penganiayaan proses keadilan.

Namun beliau menjangka keputusan itu akan menjejaskan lagi kredibiliti Perdana Menteri Najib Tun Razak. 

“Keputusan hari ini hanya membuatkan rakyat lebih marah dan mempercepatkan kejatuhan BN,” kata Kit Siang. 

Ketua Pemuda Angkatan Keadilan Pemuda Samsul Iskandar menyifatkan keputusan itu “memualkan” dan dipengaruhi oleh tekanan politik. 

Beliau berkata keputusan tiga hakim itu jelas begitu cetek, tanpa disokong oleh fakta bernas,  bukan sebagaimana penghujahan lengkap yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar sah sebelum ini. 

Pemerhati politik berpandangan bahawa keputusan ini memang sudah dijangka kerana bibit-bibit campurtangan politik ini telah diwar-warkan oleh Perdana Menteri sendiri apabila beliau berkata BN hanya akan menimbang mengadakan pertemuan dengan Pakatan Rakyat bagi mencari penyelesaian krisis politik Perak setelah selesai proses mahkamah. 

Umumnya penyelesaian politik tidak ada kena-mengenai dengan keputusan mahkamah dan kenyataan Najib itu menimbulkan persepsi beliau sudah tahu hala keputusan Mahkamah Rayuan sebelum membuat kenyataan itu awal minggu ini. TVAntara

MB MAHKAMAH VS MB RAKYAT

1. MB Mahkamah bermaksud MB yang dipilih atau diputuskan oleh mahkamah sama ada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan. Manakala MB Rakyat dipilih oleh rakyat menerusi proses pilihanraya.

2. MB Mahkamah oleh dipilih dari seorang hingga lima orang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang memerintah. Manakala MB Rakyat dipilih oleh rakyat yang layak berumur 21 tahun keatas yang ada dalam buku daftar pemilih berdasarkan jutaan pengundi.

3. MB Mahkamah dipilih berdasarkan hujah dari peguam yang mewakili sesorang MB berdasarkan hujah perundangan yang memiliki tafsiran berbeza. Manakala MB rakyat diplih oleh rakyat berdasarkan isu dan perkembangan yang berlaku dalam aspek sosial, politik dan ekonomi.

4. MB Mahkamah hanya wujud apabila wujudnya rampasan kuasa setelah gagal menenangi hati rakyat melalui proses pilihanraya. MB Rakyat adalah MB yang dipilih berdasarkan keyakinan dan berjaya memenangi hati majoriti rakyat.

5. MB mahkamah dipilih berdasarkan keputusan hakim yang boleh berubah mengikut masa dan kepentingan ....MB Rakyat ialah MB dipilih dari lubuk dan suara hati rakyat yang akan menjadi HAKIM SEBENAR..HAKIM RAKYAT DI MAHKAMAH RAKYAT...

Mahkamah Rakyat Iktiraf Nizar sebagai MB



Mahkamah Rakyat memutuskan bahawa Dato Seri Ir Hj. Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Rakyat walaupun Mahkamah Rayuan hari ini yang bertindak sebaliknya apabila mengistiharkan Datuk Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Segala keraguan dan kemunsykilan wujud konspirasi terancang teserlah berdasarkan keputusan Mahkamah yang seolah-olah berada di bawah telunjuk Umno@BN.

Apa pun keputusan yang dibuat pada hari ini tidak mampu memadam dan menghakis tuntutan pilihanraya semula di Perak oleh majoriti rakyatnya. Saya yakin keputusan mahkamah hari ini akan meningkatkan simpati dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat di Perak dan seluruh Malaysia untuk menumbangkan Umno@BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Tiada dakwaan terhadap 5 peguam dan 14 lagi

Tiada sebarang dakwaan akan dikenakan terhadap lima peguam dan 14 orang lagi yang ditahan pada 7 Mei lalu kerana didakwa menyertai perhimpunan haram, demikian menurut polis hari ini.

Mereka dimaklumkan mengenai perkara itu ketika hadir melapor diri di balai polis Brickfields pagi ini.

Lima peguam tersebut ditahan ketika cuba memberi bantuan guaman kepada 14 orang tersebut, yang ditahan sewaktu menyertai nyalaan lilin sebagai tanda sokongan terhadap aktivis Bersih, Wong Chun Huat yang ditahan di bawah Akta Hasutan.

Pagi ini, peguam terbabit -kecuali seorang daripada mereka yang mengendali kes di Shah Alam - tiba di balai polis berkenaan pada kira-kira jam 10.10 pagi.

Mereka ditemani peguam masing-masing yang terdiri daripada Latheefa Koya, N Surendran dan Lim Chee Wei.

Kira-kira 20 orang peguam turut hadir untuk memberi sokongan.

Turut hadir ialah 20 orang awam, termasuk 14 orang yang ditahan pada yang hari sama dengan peguam terbabit.

Bagaimanapun, mereka dimaklumkan bahawa mereka tidak akan didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mengikut Akta Polis.

Ketua balai polis Brickfields Wan Bari Wan Abdul Khalid memberitahu media bahawa beliau terkejut melihat kehadiran peguam dan 14 orang terbabit di balai polis hari ini, kerana mereka telah dimaklum mengenai keputusan tersebut semalam.

Menurutnya, pihak polis telah memaklumkan keputusan itu kepada peguam M Puravalen yang mewakili mereka yang ditahan.

Kesemua mereka dibebaskan selepas ditahan semalaman di lokap sehingga mencetuskan bantahan keras daripada masyarakat peguam.

Berikutan itu, Majlis Peguam yang mewakili lebih 13,000 peguam di Semenanjung Malaysia, menuntut supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meletak jawatan.

Lima peguam yang ditahan itu ialah Fadiah Nadwa Fikri, Syuhaini Safwan, Puspawati Rosman, Ravinder Singh dan Murnie Hidayah Anuar..