![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

| Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) kesal dengan tindakan polis yang didakwa memukul jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, Stanley Tan, sewaktu menangkapnya pagi tadi. Stanley ditugaskan untuk membuat liputan usaha ADUN Pakatan Rakyat untuk masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) Perak, untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Tiga daripada mereka adalah ADUN Pakatan Rakyat - Datuk Ngeh Koo Ham (Setiawan), Keshvinder Singh (Malim Nawar) dan Chang Ming Kai (Simpang Pulai). Tiga lagi yang itangkap ialah orang awam. |
![]() |
![]() |
Jawatankuasa DUN dilantik semula
![]() |
Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah menafikan pernah bergaduh di tandas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan Teoh Beng Hock pada pukul 2 pagi 16 Julai.
Tan menolak keterangan Mohd Anuar Ismail, pegawai penguasa kanan SPRM Selangor, di inkues menyiasat kematian Teoh di Mahkamah Koroner Shah Alam semalam. "Selepas kematian Teoh, saya dimaklumkan oleh Bulkini Paharuddin (pegawai SPRM) bahawa terdapat pergaduhan antara Boon Wah dengan si mati pada pukul 2 pagi bertempat di tandas SPRM," beliau dipetik berkata.
Turut hadir, tokoh popular DAP Lim Kit Siang dan exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang juga bekas majikan Teoh. Membela dirinya, Tan berkata, pada jam 2 pagi hari Khamis tersebut, beliau masih disiasat dalam sebuah bilik di pejabat suruhanjaya itu.
Bagaimanapun, ketika keluar kali kedua untuk ke tandas kira-kira jam 5 atau 6 pagi, beliau terserempak dengan Teoh di pantri. "Saya nampak Teoh mundar-mandir di pantri. Saya tanya pada dia, 'Teoh, kamu masih berada di sini?' "Teoh hanya tunduk kepala. Saya terus pergi ke tandas. Kemudian saya balik ke pantri. Saya tidak nampak Teoh lagi," katanya. Waktu itu kali terakhir beliau melihat Teoh semasa ditahan di SPRM Selangor, jelasnya. Sementara itu, Ean pula mempersoalkan motif sebenar Mohd Anuar membuat dakwaan yang serius terhadap Tan. "Apakah niat sebenar SPRM mengeluarkan tuduhan sebegini? (Adakah) oleh kerana Teoh sudah meninggal dunia, mereka boleh reka pelbagai jenis tuduhan palsu terhadapnya? "Adakah SPRM cuba menolak dan mengalih tuampuan kisah sebenar kematian Teoh?" soalnya. | |||
KUALA LUMPUR, Aug 26 – Just moments after learning that the disciplinary committee had called for his expulsion tonight, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek stopped short of calling for party members to remove Datuk Seri Ong Tee Keat as MCA president but he did call for an uprising.
“I have confidence that MCA members will not let one man destroy the party. It will be a sad day for MCA that if we do not rise to the challenge of saving the party.
“Comrades who love the party will come to realise that it’s time to stand up and unite to save the party. Otherwise, we will soon fade into oblivion,” he said.
With the move by Ong to have Dr Chua thrown out, plans by the party No 2’s supporters to call for an extraordinary general meeting are expected to be quickly put into motion.
Yesterday, six party divisions in Perak had openly called for Ong to be suspended over allegations made by Barisan Nasional (BN) backbenchers chief Tiong King Sing that he had personally donated RM10 million to MCA through Ong.
The allegations have been denied by Ong, but his reputation has been severely damaged while many in MCA see the party being dragged into the president’s personal tiff with Tiong.
Dr Chua said the effort to remove him came as no surprise because he claimed there had been a sustained attempt by the party president to subvert the wishes of the rank and file by “ending my political career.”
The MCA No 2 faced dismissal today for tarnishing the party’s image after the party disciplinary committee dredged up the issue of him being secretly filmed in bed with his mistress in late 2007. He had in 2008 resigned as minister and from party posts to take responsibility for the scandal.
But last October, he overcame the odds and won re-election as MCA deputy president. Ong has seen him as a major political threat since then.
Despite his denials, Ong is seen as the man behind the disciplinary panel’s decision to go ahead with its hearing against Dr Chua even though the complainant had withdrawn his complaint.
Dr Chua said tonight that, for party members, doing nothing was not an option now, in what will be seen as a call to his supporters to challenge Ong.
“The MCA President has outlined three main agenda for the party: Economic, Politics and Inter-racial Harmony. But in reality, it appears that his most important political agenda is to remove Chua Soi Lek.
“Now, I hope he can sleep well,” Chua said. “But not all of us have that luxury. For those of us who love the MCA, our work has just begun.”
Dr Chua said that it was an open secret that those who were not on the same page as the party president are regarded as his enemies or a threat.
He said that dissenters were labeled as “anti-MCA, gangsters, and cooperating with businessmen by taking money to topple him.”
“Today, it is not about Chua Soi Lek, nor is it about Ong Tee Keat. It is about MCA, as the second largest component party of BN, still drifting without direction and purpose. It has been more than 16 months since the March 8 general election but there has been little evidence of change.”
He said there had been no closing of ranks while morale remained low and suspicion, the order of the day.
The results of the Permatang Pasir by-election won by PAS with strong Chinese backing, he said, was evidence of how far the party had slipped.
KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Bekas Naib Presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mendakwa ramai pemimpin Umno yang terlibat jika didedahkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).Umno, dakwanya lagi, tidak puas hati dengan dengan cara Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat mendedahkan skandal tersebut.
Bekas Menteri Kesihatan itu juga membayangkan apa yang dihadapi oleh Ong kini sebagai konspirasi Umno untuk menjatuhkannya.
Dakwaan Chua itu tampil selepas dakwaan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam “payroll” Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing.
KDSB ialah pemaju PKFZ.
Sejak Ong bergelut dengan pendedahan Tiong yang mendakwa memberikan RM10 juta kepada Presiden MCA itu, tidak ada pemimpin Umno yang kelihatan bersimpati kepadanya.
“Pernahkah anda melihat Perdana Menteri tampil mempertahankan Ong? Pernahkah anda dengar Timbalan Perdana Menteri mempertahankan Ong berkaitan skandal PKFZ?
“Atau di mana para pemimpin Umno lain untuk mempertahankan Ong mengenai isu itu? Tidak ada”.
Perkara sedemikian, katanya, tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Dahulu, wujud keakraban yang kukuh di mana para pemimpin BN akan mempertahankan satu sama lain tetapi perkara sedemikian tidak berlaku.
“Presiden parti komponen yang kedua terbesar dalam BN diserang dan tidak ada sesiapa pun dari Umno yang tampil mempertahankannya,” kata Chua ketika bercakap kepada para pemberita selepas majlis makan malam yang dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang di Bukit Mertajam Ahad lalu.
Menurut beliau lagi, apa yang berlaku itu, ditambah pula khabar angin yang tersebar luas di dalam BN yang mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berpuas hati melihat Ong menjadi Presiden MCA dan lebih suka Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memimpin parti itu, telah melemahkan kedudukan Ong.
“Kesemua ini menunjukkan dakwaan Ong bahawa beliau diserang dari dalam dan luar adalah benar,” kata Chua.
Semalam, Ong hari ini menfailkan saman dengan tuntutan RM500 juta terhadap Tiong, tetapi apa yang popular sebagai kehendak hatinya yang mahu dilihat bersih dan telus telah banyak tercemar.
12 Ogos lalu, Tiong mendakwa beliau memberikan RM10 juta kepada Ong.
Menurut Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
“Saya tawarkan cek tetapi Ong mahu (dalam bentuk) tunai kerana ia lebih cepat,” kata Ahli Parlimen Bintulu itu yang juga bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP).
Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan ‘berhutang’ kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.
Faizal juga ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar.
Ketika menafikan dakwaan Tiong itu dalam perjumpaan MCA Selangor, Ong berkata: “Kalau saya mengambil duit, saya sepatutnya menjadi kawan baik beliau tetapi mengapa saya menjalankan siasatan ke atas Tiong dan syarikatnya, KDSB?
“Kalau saya mahu, anda fikir dia tidak akan beri lebih banyak lagi?”
Walaupun sebelum ini Ong memberi amaran kepada Tiong bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang, tetapi Tiong berkeras tidak mahu menarik balik kenyataannya.
Beliau malah mengalu-alukan laporan polis yang dibuat oleh Ong.
“Beliau boleh teruskan dan saman saya,” tegas Tiong.
Tidak cukup dengan itu, beliau mencabar Ong bersemuka serta mendedahkan akaun bank beliau dan isterinya kepada umum.
“Saya mempunyai saksi rahsia yang boleh mendedahkan niat sebenar Ong apabila beliau mengarahkan siasatan ke atas isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ),” kata Tiong.
Beliau mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat jumlah wang dalam akaun bank peribadi Ong dan isterinya.
Ong pula tidak kelihatan memberikan jawapan yang meyakinkan kepada cabaran Tiong itu.
“Dia boleh cakap apa sahaja, tetapi saya rasa apa yang penting ialah keadilan dan kebenaran akan mengatasi segala-galanya dan bukan berasaskan cakap dengar oleh individu yang kredibilitinya dipersoalkan,” katanya.
Muhyiddin pula kelihatan seolah-olah mahu isu pemberian RM10 juta itu disembunyikan apabila menyatakan, pertengkaran terbuka Ong dan Tiong itu telah mencemarkan imej kerajaan dan Barisan Nasional (BN).